JNA 3

335 1 0
                                    

NURIN mematikan enjin skuter Honda merah jambunya di luar pagar. Perlahan-lahan dia menolak skuter tersebut untuk dipakir bersebelahan dengan kereta Encik Arshad di porch. Sengaja bersusah payah memerah keringat supaya emak dan abah tidak menyedari kepulangannya dari tempat kerja . Hari ini Nurin pulang sedikit awal dari biasa. Sengaja tidak buat kerja lebih masa. Dia merancang untuk pergi ke rumah Alan melawat popo . Semalam Alan telefon , menyampaikan salam rindu popo. Nurinpun rindu juga pada popo, sudah dua minggu dia tidak melawat nenek Alan yang lumpuh separuh badan itu. Selepas acapkali ditegur abah dengan serius, Nurin tidak berani lagi berulang-alik ke rumah Alan sesuka hati, sesedap rasa .Sebagai seorang anak, hendak tak hendak, dia kena patuh pada larangan abah. Namun begitu , sesekali dia tetap pergi secara sembunyi-sembunyi. Sedari kecil, hari-hari Nurin ke situ, jika tidak jengok rumah Alan terasa harinya tidak lengkap , serba tak kena. Setiap ahli rumah tersebut sudah seperti keluarganya sendiri, malah kadang-kadang Nurin merasakan mereka lebih menyayanginya dengan ikhlas dan sepenuh hati berbanding keluarganya sendiri. Tidak pernah sekali mereka memandang rendah pada kekurangan yang ada pada Nurin. Merekalah pembakar semangat untuk Nurin terus mengharungi hidup dengan tabah. Nurin menyusup perlahan-lahan ke arah belakang rumah, menuju ke rumah Alan, atau lebih tepat lagi rumah Uncle Wong. Keadaan rumah Uncle Wong berbeza bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan rumah keluarga Nurin. Rumah Nurin, rumah batu dua tingkat yang cantik rekabentuknya, sedangkan rumah Alan hanya rumah lama, rumah papan dua bilik dengan separuh batu di bahagian bawah. Uncle Wong membawa popo dan Alan tinggal di situ sejak Alan berumur 4 tahun lagi. Bermakna sudah 24 tahun mereka berjiran, seusia dengan umur Nurin sekarang. Atas perbezaan itulah emak Nurin sedikitpun tidak terasa kewujudan keluarga Wong di belakang rumah. Mujur juga di belakang, jadi emak Nurin tidak bising-bising membebel kata pondok buruk itu menyakitkan mata. Jika di bahagian hadapan rumah, pasti dia selalu membingit, malu pada kawan-kawan yang kononnya datin-datin dan pun-puan seri yang selalu datang bertandang. Sepuluh biji epal Fuji dalam beg plastik warna biru dijinjing tangan Nurin. Panjang leher dia menjengok ke dalam rumah. Pintu terbuka luas, bayang manusia sikitpun tak nampak. Katil popo di satu sudut ruang tamu kecil itu juga kosong. Ke mana pula popo ni? Dia bukan boleh berjalanpun. Alan pun tak nampak muka, selalu tu pantang Nurin terjengul di muka pintu, tersengih-sengih dia menyambut. Nurin dah beritahu hendak datang masa dia telefon tadi. Tak best la, kalau Nurin datang orangnya tak ada. Bukan senang curi datang sini. Mata Encik Arshad tu susah nak tutup, mata Puan Azah lagi la dashyat, tajam tahap melampau, nampak saja silap Nurin, walau sebesar kuman. "Taraaaa..." . Satu lembaga tinggi serba putih dengan topi tinggi menegak di kepala tiba-tiba berada di hadapan muka Nurin. "Ohh...hantu... mak hantu...pak hantu, eh apek hantu, apek..apek tua" . Epal Fuji terlepas dari tangan, berterabur di lantai. Abang Alan mengekeh ketawa. Lucu tengok wajah terkejut Nurin. Sangat la comel. "Apa la merepek...Abang Alan yang begini bergaya dikatanya hantu ". "Memang hantu. Hantu apek!". Ulang Nurin sedikit geram. Alan suka buat dia sakit jantung. Dia bertinggung mengutip semula buah epal di lantai. Ni , kalau lebam -lebam, tak sedap nanti, jaga Alan dia kerjakan. Alan turut sama mengutip buah tersebut. Tersenge-senget topi panjangnya ke arah Nurin. "Apa ni Abang Alan, sakit la..." . Marah Nurin. Alan sengih-sengih dengan muka nakalnya. "Dengar-dengar akauntan kita naik gaji, dapat bonus, bawa buah epal je ke untuk popo?". Usiknya dengan suara perlahan. "Itu la Abang Alan, tak sensetif langsung dengan apa yang popo mahu. Bukankah popo paling suka buah ni? Ada cucu dia beli?" . Nurin angkat-angkat kening tanya. "Kalau cucu lelakinya beli, popo tak pandang pun buah tu, dia makan buah yang cucu perempuannya bawa saja, semua sedap katanya". Balas Alan, juga angkat-angkat kening mengusik. Nurin jeling , dipukul lengan Alan dengan sebiji buah epal di tangan. "Mengada". Alan ketawa kecil. Gembira jika bertemu Nurin, ada-ada saja yang buat hatinya tercuit. Sebab itu jika berhari-hari tak tengok muka, bukan saja popo yang rindu Nurin, dia lebih-lebih lagi, tak tertanggung rasanya. "Abang Alan baru balik ke?" . Berkerut dahi Nurin, baru perasan yang lelaki tersebut lengkap dengan pakaian chefnya, dari kaki sampai ke kepala. Masa kena topi kejap tadi dia tak terfikir pun. Biasanya Alan salin uniformkerja kepada pakaian biasa sebelum pulang. Alan sengih. Dia pusing-pusing badan di hadapan Nurin beberapa kali. Tujuan sebenar nak tayang baju dan headgear chef yang baru itu . Dia baru sahaja menyarungnya , khas untuk Nurin lihat. "Sudahlah tu pusing...peninglah!". "Handsome tak?" . Alan masih dengan mood menunjuknya. Handsome? Alan kalau tak pakai baju pelik-pelik tu pun, dah sedia handsome. Rupa dia bukan macam apek cina yang chokia-chokia tu, dia ni tak macam orang cina, wajahnya ala-ala pan Asia . Dari mana entah dapat paras rupa yang elok tu, Nurin tak berapa pasti, kalau ikutkan rupa Uncle Wong, memang fail, apek habis! Tetapi, menurut Alan, mama dia Minah Saleh, entah betul, entah ke tidak ,sebab Alan tu kekadang suka juga kelentong Nurin. Betul la kut sebagai jawapan kenapa Alan menjadi seorang yang kacak. Jika dia daftar ke agensi model, sudah tentu ramai yang berebut-rebut untuk ambil promosi barang mereka. "Err...Abang Alan dah naik pangkat ya?". Nurin terfikirkan sesuatu bila lihat kelainan dengan uniform yang dipakai Alan. Bajunya lagi bergaya dengan topi yang semakin tinggi. "Perasan pun, ingat dah nak merajuk dah!" Alan senyum puas hati. Berita gembira ini mesti dikongsi dengan Nurin juga. Gadis itu sudah lama menjadi sebahagian dari hidupnya. "Ho keng ah (Waah...hebat) !" Nurin bertepuk-tepuk tangan gembira. "Tahniah-tahniah Abang Alan. Nampaknya doa Nurin setiap kali lepas sembahyang dimakbulkan Allah". Terharu Alan dengar, gadis ini memang tulus terhadapnya. Dia sangat-sangat berterimakasih pada Nurin yang terlalu baik itu. "Shiey shiey meimei , atas doa-doa untuk Abang Alan. Semangat Yien yang buat Abang Alan selalu nak kerja sungguh-sungguh". Nurin menyeringai nakal. "Boleh la Abang Alan menabung lebih banyak duit untuk buka restoran kita kan...cepat sikit projek berjalan. Nurinpun berjimat sungguh-sungguh, tak mahulah hutang bank banyak-banyak , susah kita nanti, nak cover interest lagi." Kata Nurin ceria. Mereka berdua berangan-angan untuk buka restoran makanan cina 'halal'. Restorn yang dikongsi bersama. Sebab itu dua-duanya gigih menabung sekarang ini. Alan tidak mahu bekerja makan gaji selama-lamanya. Dia hendak berniaga sendiri. Dia yakin kepakarannya boleh digunakan untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan. Alan balas dengan senyum hambar. Dengan kenaikan pangkat sebagai Ketua Chef Chinese Food, gajinya mencanak naik , malangnya minggu lepas doktor mengesahkan yang penyakit popo semakin serius dan dia kena menyediakan bajet bulanan bagi membeli ubat-ubat yang dicadangkan. Kiranya kenaikan gajinya tidak memberi apa-apa kesan, dia masih tidak dapat menaikan kadar simpanan setiap hujung bulan. Tak naklah beritahu Nurin perkara ini, kasihan gadis itu yang terlalu mengharap. "Tengok ama, itu dua-dua budak kalau jumpa, kita yang tua-tua ini tak ada nampak, tak dihirau pun. Banyak sedih kan". Uncle Wong dan popo sudah agak lama duduk di atas katil bujang popo di situ. Tadi Uncle Wong memandikan popo di bilik air di bahagian belakang. Popo ketawa . Nampak giginya yang rongak-rongak. Ceria wajahnya dia bila nampak kelibat Nurin berada dalam rumah. Dia sangat sayang pada Nurin, sama seperti sayang pada cucu lelakinya yang seorang itu. "Ala uncle, jangan merajuk nanti tak lawa. Bukan Yien tak nampak, Alan yang kepoh-kepoh menunjuk-nunjuk baju baru dia. Popo baru lepas mandi ya? Biar Yien siapkan popo ya uncle". Pujuk Nurin. Uncle Wong bangun dari katil untuk beri ruang Nurin berada di sebelah emaknya. Memang begitu sejak dulu, Nurin setiasa ringan tulang membantu . Dah tu pandai ambil hati mereka sekeluarga. "Yien bawa buah yang popopesan?". Tanya popo perlahan-lahan. Dia tidak berapa fasih berbahasa Melayu, tetapi tetap menggunakannya demi Nurin. Laju Nurin angguk dengan senyum manis. Betul kata Alan, popo akan makan banyak buah yang dibelinya , tidak buah yang dibeli Alan atau Uncle Wong. Memilih betul popo, padahal rasa buah-buah tu sama sahaja. "Bawa popo, nanti lepas pakai cantik-cantik boleh makan ya. Untuk meimei,Abang Alan dah siapkan dim sum tau". Alan ambil bungkusan epal Fuji tadi untuk dibawa ke dapur. Niatnya untuk kupas dan potong cantik-cantik dengan ukiran sekali untuk popo makan. "Hoyey...sedapnya!. Prawn dim sum kan?" 'Tak habis-habis demand. Udang mahal tau!". Alan jerit , kakinya melangkah ke dapur. "Kedekut! Abang Alan ...Nurin tak boleh lama-lama ya". Nurin juga menjerit dari ruang tamu yang tak seluas mana itu. Sambil tu tangannya lincah menyarungkan baju popo. Lepas ini sapu bedak, sika rambut, siap! "Tahu...dah ready dah!" Balas Alan dari dapur. Menggeleng Uncle Wong dengan keletah mereka. Dia sudah biasa dengan keadaan begitu. Sebab itu sunyi sangat kalau Nurin tak datang. Tak ada bising-bising dan suara gaduh-gaduh. Nak tunggu anak Alan...entah bilalah tu . Alan belum mampu lagi dari segi kewangan untuk berumahahtangga. Lagipun nak kahwin dengan siapa , segak-segak Si Alan, teman wanitapun tak ada. Ada tak ada, tu ha yang di depan itu sajalah. Uncle Wong memang la berkenan sangat dengan Nurin untuk dijadikan menantu. Tak kisah walau berlainan bangsa dan ugama. Masalahnya tentu ditentang keras keluarga Nurin. Berkawanpun mereka tak benarkan , inikan pula berkahwin. Jangan berangan la Wong. "Uncle, ingat girlfriend ke, senyum sorang-sorang?" Sapa Nurin. Dari tadi dia perasan Uncle Wong berwajah manis. "Mana ada? Lu tu bila mau kahwin?" "Mau kahwin sama siapa uncle? Jari empat, siapa mau?". Nurin angkat tangan kanan yang tak cukup jarinya ke atas. Popo menariknya semula ke bawah. Tak suka Nurin menayang kecacatan kecilnya . Uncle Wong hanya sengih. Dia jarang menyentuh fasal kekurangan Nurin. Tidak mahu gadis tersebut terus rasa rendah diri. Di mata Uncle Wong, itu saja yang Nurin kurang, yang lain semua tip top, cantik, baik, bijak , dan yang paling penting dia pandai buat orang bahagia. Bertuah lelaki yang dapat memilikinya nanti. Apa yang lebih penting dalam hidup ini selain dari rasa bahagia? Ada duit juta-juta pun kadangkala tidak dapat membeli perasaan tersebut. "Satu hari, Yien mesti duduk atas pelamin yang cantik bersama lelaki yang paling baik, yang sangat sayang sama Yien". Popomenyampuk. Bersungguh-sungguh dia berkata dengan bahasa baku. Amboih popo, petang ini bahasanya mengalahkan sasterawan Melayu . Pandai pula sebut pelamin segala. Terror rupanya. Mula-mula, masing-masing terdiam untuk dengar apa yang hendak disampaikan popo. Kemudian , semuanya tergelak sakan . Alan yang baru masuk ke situ dengan tangan menatang dulang penuh makanan pun tergelak kuat. "Amin-amin popo. Moga doa popodimakbulkan Tuhan. Suatu hari nanti pasti Yien akan bersanding atas pelamin indah bersama lelaki yang sangat cinta padanya, yang akan menjaga Yien baik-baik sampai akhir hayat". Tokok Alan dengan suara yang begitu perlahan. "Siapalah lelaki malang itu..." . Suara Nurin sedikit sedih. Tersentuh dengan harapan-harapan mereka. Setakat ini dia belum nampakpun lelaki yang ikhlas terhadapnya, kecuali lelaki yang bernama Alan Wong. Itupun menganggap dia tidak lebih dari seorang adik perempuan. Panggilan meimei sendiri bermaksud 'adik perempuan', takkan pula Nurin hendak berangan yang lain-lain pula. "Lelaki bertuah! Ada, lelaki itu pasti ada. Abang Alan yang tak ada Tuhan inipun yakin lelaki baik itu ada untuk meimei Yien. Cuma masa saja belum tiba lagi". Nurin juih bibirnya yang comel. Yalah tu. Pandailah Alan ! "Dim sum time!. Alan mula mengalihkan suasana. "Buah time!" Nurin capai sepotong epal , di suap ke mulut popo. Alan buka pembungkus chopstickbaru , lalu dia gunakannya untuk menyuap dim sum udang ke mulut Nurin. Nurin makan dengan wajah gembira. Alan pandai manjakan dia, dari kecil begitu. Kemudian Alan guna chopstick lain untuk menyuapkan papanya yang duduk di hadapan. "Abang Alan dah bungkuskan untuk Fatin, nanti Ayien bawa balik ya?" Wajah Nurin terus berubah. Dia takut dengan amaran abah. Jangan beri Fatin Auni makan sebarangan. Maksud abah, makanan dari rumah belakang. Puas Nurin beritahu yang makanan dari rumah Alan halal, abah tetap tidak percaya. Yalah, apa bukti Nurin kan? Popo seorang vegetarian tegar, UncleWong pula tidak makan haiwan terlarang itu sebab dia ellergik, mulut dia akan bengkak-bengkak jika makan. Abang Alan pula memang dari kecil hanya makan makanan yang Nurin makan sahaja. Sumpah dia tak pernah sentuh makanan yang orang Islam tak makan. Pengaruh Nurin sangat besar terhadap cara hidup Alan. Walaupun dia pakar dalam masakan cina. Melihat perubahan riak muka Nurin, Abang Alan tahu. "Tak mengapa kalau Yien tak nak bawa balik, Abang Alan faham". "Err...tak, tak. Nurin nak ! Nurin sorok dalam beg besar ni, abah tak nampak. Nanti boleh makan dengan Fatin senyap-senyap dalam bilik". Nurin ketawa. Abang Alan dan Uncle Wong juga ketawa. Kasihanpun ada dalam hati masing-masing. Nurin nak makanpun payah di rumah sendiri. "Hari tu Yien beritahu , Zurin Shallot tu dah nak balik Malaysia terus. Dah habis belajar ke?". Adik Nurin, Zurin Asyura tu, Abang Alan gelar shallot atau bawang merah disebabkan perangai sengal yang tak makan saman terhadap kakak sendiri. Tak pernah sekalipun Zurin bersikap baik pada Nurin. Mentang-mentang la dia cantik dan sempurna. "Entah! Dulu kena extend satu tahun. Patutnya tahun depan la balik". "Abang Alan rasa dia fail tu, dah tak dapat diselamatkan lagi , kena buang kolej." Bulat mata Nurin pandang Alan. Memandai je Alan serkap jarang begitu. Tapi boleh jadi juga. Zurin tu pergi Australia bukan betul-betul nak belajar, lebih kepada main-main je, menghabiskan duit emaknya. Habislah sebidang tanah emak di Banting sana kena jual untuk tampung perbelanjaan Zurin di negara kangaroo tu. Dulu, masa Nurin mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan ditawarkan belajar dengan tajaan kerajaan ke New Zealand, bermatia-matian emak menentang. Kata emak, belajar tinggi-tinggipun tak guna, cacat juga, tiada siapa nak pandang. Tetapi, Zurin yang SPM sekadar cukup-cukup makan itu nak belajar ke luar negara, sanggup emak bergolok bergadai menanggung. Sedih hati Nurin bila mengenangkan. Namun Allah Maha Kaya, Nurin belajar di UKM pun, berjaya juga dengan cemerlang, setiap semester meraih Sijil Dekan. Selepas tamat ijazah pertama dalam bidang Perakaunan, Nurin ditawarkan sambung ke peringkat sarjana. Sekali lagi Puan Azah mengamuk sakan membantah. Dia suruh Nurin cari kerja cepat-cepat, boleh bantu keluarga. Nurin akur. "Teruklah meimei Abang Alan dikerjakan shallot nanti. Mesti makin mengada-ngada sebab belajar luar negara". Nurin sekadar senyum hambar. Terbayang juga apalah nasibnya nanti. "Entah- entah , Yien balik ni dia dah ada di rumah". "Hish, Abang Alan ni, dua-tiga minggu lagilah! Sempat Yien nak bernafas dulu, sebelum semput dikerjakan bawang merah yang cantik jelita tu sampai lunyai ". Hahaha. Alan ketawa. Dia memang suka mengusik Nurin. Comel! "Yien dah kena baliklah! Takut Puan Azah bad mood, teruk Yien malam ni". "Yalah". Balas Alan sepatah. Semua penghuni rumah buruk itu memahami keadaan Nurin. Bagi mereka, dapat melihat Nurin sekejappun jadilah. Tak perlu tamak, takut nanti langsung tak dapat. Menumpang kasih haruslah berpada-pada. Nurin peluk popo, laga pipi kiri dan kanan. "Hurm, popo wangi". Popo ketawa riang. "Abang Alan, tak nak peluk ke?" . Usikan yang sama setiap kali jumpa. "Penampar ada la". "Huih...takutnya". "Zai jian popo, uncle, my Abang Alan". Ucapan terakhir Nurin dengan manjanya. "Take care Yien. Esok Abang Alan call ya. Apa-apa hal cepat-cepat roger Abang Alan tau". Alan mengiringi Nurin ke muka pintu. Nurin angguk. Tak pesanpun, memang Nurin selalu kacau Alan. Pada siapa lagi dia hendak mengadu? Tubuh Nurin diperhati Alan sehingga hilang dari pandangan. Berat dia hendak melepaskan Nurin setiap kali jumpa. Itu yang dirasa sejak beberapa tahun ini. Adakah panggilan 'meimei' masih lagi sesuai digunakan? Senyap-senyap Nurin menapak ke dalam rumah sendiri melalui pintu dapur. Di ruang tamu, suasana sedikit bising dengan suara-suara yang kurang jelas butir bicaranya. Ini mesti mak-mak datin datang bergossip. Desis hati Nurin. Emak tidak suka dia bersalam dengan kawan-kawannya. Emak malu ada anak cacat. Ini yang buat Nurin serba salah, hendak ke biliknya mesti melalui ruang tamu. Pedulikanlah! Nurin nekad . Kena leter satu malam, sudah biasa. "Dah senja baru ingat nak balik ?". Sergah Puan Azah dengan garangnya. Di sebelahnya tersengih seorang gadis berpakaian sendat dengan bahagian dadanya menonjol ke hadapan. Nurin terpaku. Betul telahan Alan. Shallot sudah balik! Habis la...

Jujurlah nikahi akuWhere stories live. Discover now