"RUMORS"

4.3K 76 10
                                    

Keadaan di rumah besar itu sunyi, tidak riuh seperti biasa. Selalunya, pada jam begitu Seohyun sudah bangkit dan perlahan-lahan berjalan membangunkan yang lain dari lena masing-masing. Kebelakangan ini, masa tidur dan rehat mereka sangat singkat. Mereka tidak mahu bangun terlalu cepat. Mereka rindu untuk bermimpi dan mengigau seperti beberapa tahun yang lalu. Tapi semua itu menjadi semakin mustahil. Jadual kerja yang padat memaksa mereka untuk tidur bila-bila masa yang terluang, di mana-mana sahaja mereka berpeluang.

Pukul 8 pagi. Bunyi salakan Hani mengejutkan Taeyeon. Dia membuka mata lalu terkebil-kebil memandang siling. Cuaca pagi itu agak dingin. Taeyeon masih mengantuk. Dia menarik selimutnya hingga ke paras bahu. Dia belum mahu bangkit. Melihat Yuri yang masih tidur di sebelahnya, dia ingin memejam mata semula.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dalam malas-malas, Taeyeon terpaksa juga bangkit dari katil. Nama Tiffany terpampang pada skrin.

"Hello...?" Sapa Taeyeon sebaik sahaja panggilan itu diangkat.
"Taeyeon, awak dah bangun...? Selamat pagi."

Taeyeon tersenyum saat terdengar Tifany ketawa kecil melalui corong telefonnya.

"Selamat pagi... Saya baru bangun tapi Yuri masih tidur. Semua orang masih tidur. Awak masih bekerja...?"
"Oh? Awak tidur bersama Yuri?!" Suara Tiffany bertukar tegang.
"Kami tidur bersama, tapi kami tidak berasmara. Hahahaha..."
"Mereka bertengkar lagi?"
"Hmm... Kebelakangan banyak berita kurang sedap menimpa Yuri. Kesian dia. Dah la tertekan, Jessica pula semakin dingin."

Tiffany diam sejenak. Yang kedengaran cuma bunyi nafasnya.

"Awak percaya Yuri ada hubungan dengan perempuan tu?" Akhirnya Tiffany bersuara semula. Mungkin, dia mengambil masa untuk berfikir sebelum melontarkan soalan itu kepada Taeyeon. Takut nanti tersilap cakap, Taeyeon pula salah anggap. Tiffany tahu Taeyeon dan Yuri berkawan baik, walaupun tidak semesra orang lain, tapi mereka ada suatu ikatan yang orang lain tidak tahu. Ikatan itu sangat kuat dan mereka berpegang pada hujung tali masing-masing.

Soalan itu sudah Taeyeon jangka. Semalam, Sooyoung sudah terlebih dahulu bertanyakan seoalan itu. Kalau semalam Taeyeon berani menjawab "tidak benar" dan "tidak percaya" kepada Sooyoung, kali ini dia ragu-ragu. Dia tidak selesa untuk berbohong kepada Tiffany.

"Urmmm... Saya percaya Yuri ada penjelasannya sendiri. Tentang gosip dia dan perempuan itu, saya yakin Yuri sentiasa tahu apa yang dia lakukan. Dia tak mungkin akan membuat kerja gila." Ujar Taeyeon sambil menggaru dagu. Dia mengerling sekilas ke arah katil. Yuri masih berdengkur halus.

"Saya pasti akan bagitahu awak kalau saya tahu sesuatu tentang itu..." Taeyeon menabur janji apabila menyedari Tiffany hanya berdiam.
"Saya harap cerita tu tak benar. Saya tidak mahu melihat hubungan Yuri dan Jessica musnah hanya kerana perkara seperti itu. Ya, seperti yang awak cakapkan, saya harap Yuri sentiasa sedar dan berhati-hati dengan tindakannya." Tiffany memindahkan telefonnya ke tangan kiri.

"Hubungan persahabatan antara mereka tak patut termusnah hanya kerana cerita seperti itu. Saya rasa, pasti Jessica akan menjauhkan diri kalau benar Yuri menyukai perempuan... Saya tak boleh bayangkannya."

Taeyeon menahan nafas mendengar kata-kata Tiffany itu. Jantungnya berdegup laju. Maksudnya... Bagi Tiffany selama ini antara Yuri dan Jessica itu hanya ada hubungan persahabatan? Tidak lebih dari itu?

Ahhh~~ patutlah. Tiffany pernah memberitahu yang segala tindakan intim sesama member adalah bertujuan untuk menggembirakan peminat mereka. Mereka harus sanggup melakukan apa sahaja asalkan peminat mereka gembira. Patutlah selama ini... Ahh. Taeyeon mengelap matanya yang tiba-tiba berair.

"Awak jangan risaulah. Saya akan nasihatkan Yuri." Kata Taeyeon sambil mengawal suaranya.
"Saya mungkin akan pulang lambat. Malam tadi saya tidur dalam van. Shooting ni mungkin akan selesai petang nanti."

My Beautiful MaskTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang