"VODKA"

683 12 0
                                    

Makan malam pada malam itu menjadi sangat janggal. Semua orang memilih untuk lebih banyak berdiam. Sama ada masakan Yuri dan Jessica sangat sedap atau semua orang memang kelaparan, mereka tidak mengalihkan perhatian mereka dari pinggan masing-masing.

Yuri menepuk paha Taeyeon dari bawah meja. Taeyeon mengangkat kening. Dia berjaya mengawal reaksi terkejutnya. Dia melihat Yuri memberi isyarat ke arah dapur. Tanpa berfikir panjang, dia terus bangkit lalu Yuri mengikut di belakangnya.

Merek hanya dihantar oleh 4 pasang mata yang melihat tanpa ada rasa mahu berkata-kata. Namun dalam hati mereka, masing-masing mencipta andaian dan tekaan.

Yoona rasa terpinggir kerana Taeyeon dan Yuri tidak mengajaknya. Mereka sedang merencanakan sesuatu. Tidakkah dia juga patut tahu memandangkan mereka memang bertiga sejak mula? Dia memuncungkan bibir. Seketika kemudian, dia pura-pura mengunyah makanannya perlahan-lahan apabila merasakan Seohyun sedang memerhati gelagatnya.

"Yoongie, awak nak lagi?" tanya Jessica, sambil jarinya lentik menunjuk mangkuk spageti di hadapannya. Matanya merenung muka Yoona dengan galak. Pandangan itu menyebabkan Yoona terasa sedikit berpeluh. Memang sejak dia sampai siang tadi, Yoona jadi takut bila direnung begitu.

"Tak. Gomawo, umma..." kata Yoona spontan. Dia tersengih-sengih dan cuba menyembunyikan rasa gugupnya Mendengar jawapannya itu, Seohyun ketawa kecil.

"Kyeopta..." komen Tiffany dan Seohyun serentak. Mereka langsung ketawa.

"Nasib baik awak ingat. Panggil appa. Makanan akan sejuk." Jessica membuat memek muka victory. Akhirnya Yoona tahu dia sepatutnya berada di posisi mana. Jessica tersenyum. Sebenarnya, dia iri hati melihat kemesraan Yuri dan Yoona di kolam siang tadi. Memanglah dia tahu mereka sahabat baik. Tapi perasaan cemburu itu kadang-kala sangat liar. Cemburukan tak bermata?

"Entah apalah yang mereka buat. Saya jadi mahu tahu." Tiffany yang sudah agak berkeadaan baik itu bersuara. Moodnya langsung sudah semakin baik, tidak seperti petang tadi. Seohyun gembira melihatnya begitu, sudah kembali seperti biasa.

"Saya gembira umma dah semakin ceria begini. Gomawo, appa. Kekekekeke!" Kali ini giliran Seohyun pula berseloroh.

"Yaaa~! Jangan merepek. Makan cepat." pintas Tiffany laju. Mukanya jadi kemerahan bila diusik begitu. Dia melihat Jessica ketawa lalu mengangkat kening kepadanya. Dia tidak faham maksud isyarat itu namun dia ketawa dengan senang dan berterima kasih kepada Jessica dalam hati.
______________________________________________

"Bagaimana?"
"Bagaimana apa?"
"Kalian."
"Kami?"
"Ya. Awak dan Fany. Okey?"

Taeyeon membuat aksi Thumbs up sambil tersenyum sedikit. Dia sepertinya tidak berapa gembira.

"Nah... Awak perlu ini." Yuri menuang vodka ke dalam gelas lalu menghulurkannya kepada Taeyeon. Dia kemudiannya menuang separuh gelas untuk dirinya sendiri sebelum mereka mula menghirup minuman itu bersama.

"Terima kasih." ucap Taeyeon lambat seperti sedang berfikir. Air itu ditelan tanpa dinikmati. Dahi Yuri berkerut. Kemudian dia mengeluh. Dia memang tidak berapa suka minuman berbau keras itu.

"Saya dah beritahu dia semua."
"Semuanya?"
"Ya. Semua yang saya mahu dia tahu."
"Jadi...?"
"Dia cuma senyum."
"Itu saja?"
"Dia panggil saya pabo."

Yuri ketawa tanpa dapat dikawal. Melihat Taeyeon tidak ikut ketawa, Yuri terus memeluk lehernya.

"Saya cakap saya cintakan dia. Dan dia hanya senyum. Dia tak cakap dia cintakan saya juga." kata Taeyeon perlahan sambil meneguk vodka dari gelas walaupun Yuri masih memeluk lehernya. Yuri menggosok belakang Taeyeon. Taeyeon selesa diperlakukan begitu.

My Beautiful MaskTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang