"BE STRONG!"

911 18 0
                                    

Butang lonceng pintu ditekan beberapa kali. Seketika kemudian, daun pintu terkuak. Yoona menyambut kepulangan Yuri dengan senyuman lebar.

"Hey... Saya rindukan awak." Kata Yoona dengan suara manja. Yuri tersenyum. Dia menghempas tubuhnya ke sofa. Yoona terus duduk di sebelah dan merebahkan kepalanya ke bahu Yuri.

"Awak terlalu sibuk. 5 hari tak balik rumah... Superstar?" Usik Yuri. Yoona menampar pahanya sebagai tanda protes.

"Sekurang-kurangnya saya ada menghantar mesej. Awak pasti tak rindukan saya!"

Yoona mencebik. Yuri hanya ketawa kecil melihat telatahnya. Pipi Yoona digosoknya lembut dengan belakang jari. Agaknya, Yoona amat suka diperlakukan begitu. Dia malah memeluk bahu Yuri.

"Saya rindukan awak, maaf saya tak sempat nak hubungi awak, superstar..." Yuri masih mahu mengusik.

Kebelakangan, Yoona amat sibuk dengan penggambaran drama terbarunya. Selesai satu, satu. Jadi Yoona jarang dapat bersama member yang lain. Apabila ada peluang bersama begini, selalunya Yoona dan Yuri akan menghabiskan masa mereka dengan bercerita dan bermain permainan video. Mereka sahabat baik sejak dulu. Sangat rapat.

"Yoongie~ahhh... Hmm. Saya mendapat kata dua daripada manager oppa dan sekutunya. Tentang..."
"Gosip tu? Ahhhh~ saya harap awak akan okay." Pintas Yoona. Sekarang, Yuri pula merebahkan kepala ke bahunya.

"Mereka tak benarkan saya bertemu dengan kakak itu lagi." Kata Yuri dengan nada suara yang bulat.
"Awak kecewa? Itu sepatutnya yang awak lakukan. Untuk kebaikan awak."

Yuri mengeluh.

"Saya tak kecewa, lah... Walaupun mereka marah saya, saya tahu saya salah. Awak betul. Menghentikan semua itu memang patut saya lakukan." Yuri menggenggam tangan Yoona. Mereka memang begitu. Saling menenangkan dan menyokong. Mereka seperti itu sejak mereka masih terlalu muda, dan serba-serbi kurang mengerti tentang hidup. Oleh sebab itu, mereka saling bersandar antara satu sama lain.

"Bagaimana dengan Sica? Dah okey?"
"Macam mana awak tahu saya dan dia tengah tak okey?" Yuri melepaskan tangan Yoona. Dia merenung muka Yoona. Yoona jadi menggelabah.

"Aishhh~ kan awak yang bagitahu hari tu... Jessica tak pedulikan awak?" jelas Yoona dengan wajah serius.
"Ohh..." ingatan Yuri kembali ke dalam litar. "Saya tidak tahulah... Dia tetap tak pedulikan saya." sambung Yuri.

"Mestilah dia marah kalau buah hatinya bermesra dengan orang lain...kekekeke."
"Saya tak pasti saya ni buah hatinya atau bukan. Dia buat saya takut, Yoona..."

Mendengar esakan Yuri, Yoona berhenti ketawa.

"Kenapa awak perlu takut? Jessica memang macam tu. Sekejap okey, sekejap dingin. Awak dan dia berkawan sudah bertahun, awak patut lebih kenal dia berbanding orang lain."

"Saya bertahan, tapi saya takut saya akan penat, dan saya takut saya akan hilang rasa... Saya sayangkan Sica."

Yoona memeluk bahu Yuri lebih erat. Dia membiarkan saja Yuri menangis di bahunya.

"Awak harus kuat, Yuri. Kalau awak sayangkan Sica, awak perlu bertahan. Fight for your love!" Yoona hampir ketawa apabila menyedari bahawa kata-kata itu merupakan salah satu dialog dalam dramanya.

Yoona tahu tentang Yuri dan Sica. Sebelum gelaran Royal Family itu wujud, Yoona sudah dapat melihat yang Sica amat tertarik kepada Yuri. Tetapi Kwon Yuri terlalu naif untuk menyedari perasaan Sica terhadapnya. Karakternya yang suka bermain, periang dan peramah menyebabkan Yuri tidak tahu membezakan antara hubungan persahabatan dan perasaan cinta. Semua orang dilayan dengan cara yang sama. Yuri memeluk semua orang. Yuri juga bermanja dengan semua orang. Akhirnya SONE jadi panasaran kerana mempasangkan Yuri dengan setiap member SNSD. Memikirkan itu, Yoona terasa ingin menumbuk muka sahabatnya itu.

My Beautiful MaskTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang