Bab 2

16 0 0
                                    

-Amir-

Seorang yang tenang. Berfikiran matang tetapi sesetengah orang tidak faham dengan kelakuannya dan dianggap 'si pelik'.

Aku tidak tidur lena memikirkan apa yang akan berlaku esok hari. "Boleh ke aku dapat kawan esok? Pasti mereka tidak akan berkawan denganku" keluh Amir bermonolog sendirian.

Jam 6.00 pagi,

Aku bangkit dari tidur melihat sekeliling. Masih gelap dan sejuk. Walaupun seorang diri, tapi bilik ini dilengkapi seperti orang yang berkahwin. Katil queen saiz, penghawa dingin, serta meja solek dengan cermin yang besar. Malah ada tandas peribadi di dalam bilik.

Ibu datang mengetuk pintu. "Amir..bangun mandi pastu sembahyang subuh". 

Aku menggeliat bangun dari tempat tidur. Mencapai tuala yang tersangkut di pintu kemudian menuju ke tandas.

Setelah selesai mempersiapkan diri aku solat subuh.

Di luar rumah driver sudah siapkan kereta untuk menghantar aku ke sekolah. Aku anak tunggal dalam keluarga ini. Keluarga aku boleh dikatakan kaya juga. Jadi tak hairanlah jika aku minta apa sahaja terus dapat.

Aku terlelap dalam perjalanan ke sekolah. Kereta Mercedez Benz aku berhenti di hadapan pagar sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota.

Jam G-Shock aku menunjukkan 7.15 pagi. Aku keluar dari kereta. Berhenti seketika, terdiam kaku.

Tempat ramai pelajar, berdiri dan mendengar bebelan cikgu, dikawal oleh pengawas yang berpuluh dan tidak boleh bercakap - perhimpunan.

Tiba-tiba, "perhatian kepada semua pelajar, sila ke Dewan Bahtera sekarang juga. Terima kasih." Pengawas membuat pengumaman mengarah pelajar ke perhimpunan.

Aku melangkahkan kaki ke dalam pagar sekolah dan menuju ke dewan.

Beribu orang, berpuluh guru, bising.

"Err, pishang rr sekolah start dah kena perhimpunan." antara suara yang sependapat dengan aku.

Tapi,

Ada pulak kata yang antonim dengan aku, "baguslah perhimpunan ni, mengajar kita bangun awal malah mengajar kita menepati masa" seorang pelajar yang nampak sebaya denganku.

Serabut pun ada. Punyalah skema ayat dia.
Setengah jam berlalu. Selepas perhimpunan pelajar tingkatan 1 diminta untuk tunggu sebentar. Mungkin orientasi.

***

"Tuan Amir, sorry uncle lambat sikit datang ambik tuan harini sebab kereta tengah service lagi ni." kata Pak Mat dalam panggilan tengahari tu.

Jadi aku fikir pergi kedai mamak dulu lah sementara tunggu Pak Mat datang. Dalam restoran tu aku nampak classmate aku duduk sorang sorang. Entah dari keberanian ni datang, aku pergi tegur dia.
Jadi takdelah bosan sangat aku dibuatnya. Sebelum aku balik sempat jugak aku bagi nombor telefon aku.

Hai.

Mesej whatsapp masuk. Aku capai iPhone 5s aku. 11.30 p.m. Julia. Budak sekelasku tadi. Masih segar suaranya dalam fikiranku. Aku tersengih keseorangan. Angau.

***

Dah 7 tahun kami berkawan. Dah macam macam benda kami lalui bersama. Suka, duka, pahit, manis, ketawa, tangis dan segala perasaan la. Pelik bukan lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan baik? Tak pelik pun.

We help each other. Thats bring us together.

TARUHWhere stories live. Discover now