Selepas 3 hari berorientasi, aku masuk ke kelas. Harini aku datang awal, jadi ak dapatlah lihat ragam pelajar lain yang sebaya denganku.
Selepas perhimpunan, aku lihat seorang budak lelaki, tinggi setara denganku. Aku ikut dia hingga ke kelas. Dia sekelas denganku? 1 Ikhwan. Pelajaran dan pembelajaran, PdP yang pertama bermula. Matematik. "Argh, apasal matematik dah awal pagi cenggini?" keluh seorang pelajar di sebelahku. "Hei, nama awak apa?" soalku. "Heliza" jawabnya ringkas.
***
Balik sekolah tu aku pergi mamak sebab ayah cakap dia ada hal sikit. Sementara tunggu ayah bolehla aku isi perut. Sekolah aku ni takdelah kat bandar sangat. Ada la beberapa kedai kat sekeliling tu termasuklah restoran mamak ni. "Hai, sorang je erk?" sapa budak lelaki kelas aku yang aku ikut tadi. "Ye, duduklah dulu." ajakku.
Dari gaya dia nampak macam orang kaya. Jam G-Shock Bumblebee yang mungkin harga beratus ringgit, rambut gaya pompadour dan iPhone 5s di atas meja. Aku mula segan dengannya. "Nama awak apa?" tanya budak lelaki tu. "Kalau nak tahu nama orang, kena kenalkan diri dulu." balasku selamba. "Saya Amir." balasnya. "Err.. nama aku Julia boleh panggil Ju." aku kekok memberitahu namaku.
***
3.30 petang aku sampai kat halaman rumah. Aku masuk dan membuka lappyku. Aku melayari isu terkini, streaming drama korea dan youtube. Begitulah rutin harianku dari darjah enam lagi.
"Ju..dah solat ke belum?!" saut ibuku arahku untuk solat asar. Sedar tak sedar dah pukul 5.37 p.m. Aku bingkas bangun dari katil. Menggeliat seketika.
Selesai memberi salam, aku teringat yang Amir sempat menyerahkan sehelai kertas. Aku berdoa kemudian membuka telekung lalu mengambil beg sekolah. Aku meraba raba mencari kertas tadi.
Tertulis nombor telefon - 0137689384 Nombor Amir mungkin. Sebenarnya aku tiada hati pun pada Amir. Tapi bagi aku Amir tu boleh tahan la, tiada jerawat di muka, putih tapi takde la melepak putihnya dan bibir yang masih merah. "Tidak merokok Amir ni rasanya," bisik hati ku.
Aku mencapai smartphone lalu save nombor Amir. Aku membuka whatsapp. Aku teragak agak. Sejenak berfikir. 'Hai'. Kemudian tiba tiba jariku bergerak tanpa diarah menekan butang sent.
***
Itulah mula mula aku kenal Amir. Tahun demi tahun kami berkawan dengannya. Tidak pernah bermanja. Amir sahaja lah tempat ditadahnya telinga mendengar masalahku setiap hari. Kadang kadang aku juga mendengar masalah. Kebanyakan masalahnya ialah perhatian. Ibu bapanya sibuk dengan kerjaya mereka. Rumah sebesar dua tingkat hanya Amir, pembantu rumah alias bibik, tukang kebun dan pemandu yang membawa Amir kemana sahaja dia hendak - Pak Mat.
YOU ARE READING
TARUH
Misterio / SuspensoBanyak yang kita hilang. Hari demi hari. Semua sebab satu perkara - pertaruhan. Nyawa, wang, keluarga, anak, isteri malah rumah semua hilang dari pandangan. Apa yang dipertaruhkan? Berbaloi? Dihitungkan baki yang ada. Menatap muka di cermin pecah, m...