Harini Amir nampak pelik. Pelik maksud aku, bukan macam biasa. Bukan Amir yang selalu aku kenal. Amir biasanya tenang sahaja. Tapi kali ini dia nampak gelisah.
"Kenapa dengan kau Amir?" tanyaku. "Oh Ju, takde apa. Aku cuma fikir something je." balas Amir. "Apa yang kau fikir tu?" tanyaku lagi. "Ayah aku ajak join bisnes dia." balas Amir. "Oh, baguslah tu. Kau boleh belajar bisnes ayah kau pastu teruskan bisnes ni bila dia dah tiada nanti. Mungkin ini yang dia inginkan." kataku.
Amir berfikir sejenak. Dia tidak mahu bekerja, sibukkan diri, kembali dikawal oleh jadual harian atau dia masih mahu hidup dalam dunia DoTA dia tu - mungkin. Tapi aku pun terfikir jugak, apasal Amir taknak accept je bisnes ayah dia? Bisnes apa yang ayah Amir buat sampai dia teragak-agak.
***
BMW Z4 berhenti di hadapan rumahku. Aku kenal kereta ni. Amir keluar dari kereta. Dia berdiri di pagar tanpa kata. Pagi ni dia nampak tenang. Aku jemput Amir masuk. Mak ada kat rumah. Di dalam rumah mak tengah menjahit baju kurung tempahan orang. Kemudian melihatkan Amir yang datang dia berhenti menjahit dan bersembang dengan Amir. Mak aku dengan Amir ni ramah jugak lah. Aku meminta diri ke dapur untuk buatkan air. Amir hanya tersenyum kecil padaku."Kenapa awal-awal pagi dah datang rumah aku ni?" tanyaku sambil menuang air. Amir tidak menjawab lalu menyirup air teh panas.
"Aku datang ni ada sesuatu nak bagitahu aku." balas Amir seperti menyorokkan sesuatu daripadaku. "Kau pehal mir?" tanyaku geram. "Takdela, aku nak offer kau jadi personal assistant aku." terang Amir. "Maksud kau?" tanyaku pura-pura tak faham. "Aku nak kau tolong aku dalam bisnes ni." terang Amir lagi. Sekarang baru aku faham apa maksud Amir. "Oh, berapa kau nak bayar aku?" tanyaku yang mula serius. "RM6000 sebulan." balas Amir ringkas. "Baiklah aku setuju." balasku tanda setuju.
***
2 bulan sudah aku bekerja dengan Amir. Semua perihal dia aku jaga dengan rapi. Segala gerak geri dia, aku catatkan. Jadual hariannya aku buatkan.
Esok ada perjumpaan di Quins Residence. Kami bertolak dari Johor ke Terengganu awal pagi tadi. Semua ahli perniagaan dalam bisnes ini berkumpul di sana esok hari. Entah apa yang menunggu kami di sana. Perjumpaan ni yang ketiga aku mengikuti Amir selepas perjumpaan di Melaka dan Langkawi.
BMW Z4 Amir parkir beberapa meter daripada hotel tersebut. Biasanya dia tak suka berjalan jauh tapi kali ini ada sesuatu perlu diuruskan katanya. Apabila keluar dari kereta Amir memanggil aku di bonet belakang kereta. Amir menyerahkan aku Glock-18.
Aku memandang tepat ke dalam mata Amir. Menghadam perkara yang baru sahaja berlaku. Pertama kali dalam hidup. Apa yang ada di tanganku? Adakah aku akan membunuh orang? Amir yang nampak aku gelisah pantas menafsirkan perbuatannya.
YOU ARE READING
TARUH
Mystery / ThrillerBanyak yang kita hilang. Hari demi hari. Semua sebab satu perkara - pertaruhan. Nyawa, wang, keluarga, anak, isteri malah rumah semua hilang dari pandangan. Apa yang dipertaruhkan? Berbaloi? Dihitungkan baki yang ada. Menatap muka di cermin pecah, m...