Hall 2, Queen Residence.
Aku melangkah masuk dengan nafas yang berat. Memerhati sekeliling. Dewan penuh dengan meja bulat. Ahli ahli korperat, Dato', Tan Sri, Datin dan staff syarikat Helman Holdings Sdn. Bhd. turut memenuhi dewan tersebut.09.01 p.m.
Majlis dimulakan dengan kata kata formal oleh pengerusi majlis. Ucapan aluan diberikan oleh Dato' Helman, pemilik syarikat Helman Holdings Sdn. Bhd. Khusyuk aku mendengar kata kata yang berisi oleh ayahku sendiri. Ju meminta izin untuk ke tandas. Aku menghiraukannya. Seterusnya ucapan daripada tetamu kehormat, Tan Sri Ramlan. Ketika itu baru aku perasan ketiadaan Ju. Aku meminta izin untuk pergi mencari Ju. Kemudian aku meluru ke kawasan tandas. Aku mencari cari Ju. Aku tunggu Ju di luar tandas dalam beberapa minit sambil ditemani oleh suara merdu kumpulan koir di pentas yg sedang memberikan persembahan kepada tetamu yang hadir. Kemudian Ju keluar. "Kau okay tak?" tanyaku. "Aku okay" balasnya ringkas. Kemudian kami berjalan kembali ke arah dalam dewan. Setibanya di pintu masuk, masa ibarat terhenti apabila aku dan Ju melihat pisau panjang yg keluar daripada dinding dewan melibas semua tetamu di dalam dewan.
Dewan yg gilang gemilang kini berubah tempat paling ngeri yg pernah aku nampak seumur hidupku. Pintu pintu terkunci dengan sendiri. Semua tetamu menjerit panik. Mencari cari pintu keluar. Kemudian satu pintu terbuka. Semua tetamu yg terselamat berlari ke arah pintu tersebut. Aku dan Ju masih tercegat di situ. Tanda tanya beribu bermain di minda. Apakah yang berlaku? Aku melihat tetamu tetamu yg putus kepala, terburai isi perut, dan kumpulan koir yg terbelah dua di pentas. Aku tergamam. Diam seribu kata.
Apa patut aku buat? Ikut yg lain masuk ke pintu tersebut? Tiada pilihan.

YOU ARE READING
TARUH
Mystery / ThrillerBanyak yang kita hilang. Hari demi hari. Semua sebab satu perkara - pertaruhan. Nyawa, wang, keluarga, anak, isteri malah rumah semua hilang dari pandangan. Apa yang dipertaruhkan? Berbaloi? Dihitungkan baki yang ada. Menatap muka di cermin pecah, m...