Part 20

325 24 12
                                    

Let Me Know

Part_20

(The truth)

Jk:Noona! Noona! Ireona!

Panggil Jungkook. Dia cuba mengawal suaranya~ Takut kalau² suaranya akan di dengari oleh manusia yang dah culik mereka berdua.

Yae Rin membuka matanya. Rasa kabur je. Bibirnya masih terasa pedih. Mungkin sebab tamparan kuat dari lelaki tu. Ciss! Unnie aku tak pernah pun nak jentik aku. Yae Rin terpinga² sebaik saja melihat Jungkook yang turut terikat tangan dan kakinya berada di sebelah dia sekarang. Kenapa Jungkook?! Itulah yang menjadi tanda tanya sekarang!

Y:Jungkook? Kenapa awk pun kat sini?! Awk takde kaitan pun dalam hal ni~
Jk:Sy...

×: Siapa cakap budak ni takde kaitan?! Sebab budak ni dah jadi saksi langgar lari malam tu! Macam mana aku nak lepaskan dia senang². Hahh?! Kim Yae Rin?!

Mata Yae Rin buntang melihat lelaki itu berdiri tidak jauh dari mereka. Jungkook menelan liurnya. Rasa tak sedap hati mengganggu ketenangan hatinya. Memang dah tak tenang pun sejak kena culik tadi.

***
Jimin membuka matanya. Rasa berat saja matanya nak terbuka. Dengan rasa sakit di belakang kepalanya lagi. Gila! Siapa punya kerja. Dia langsung tak boleh fikir. Sedar² aje dia dah berada dalam keretanya sendiri. Tapi dia masih ingat semalam di sampai di tepi pelabuhan kapal ini untuk berjumpa Heeli. Lepas saja dia keluar dari kereta dan berjalan ke kawasan yang di janjikan. Kepalanya di pukul dari belakang. Terus dia tak sedarkan diri. Menyedari hari sudah cerah, lelaki itu cepat² mencari iphonenya. Dia perlu telefon Yae Rin! Dan Taehyung! Dia betul² rasa ada sesuatu yang tak kena! Ke mana pula iphonenya. Rasanya semalam ada di dalam poket seluarnya. Dia cuba selongkar dalam keretanya. Tetiba dia terpandang ke bawah. Iphonenya terdampar berdekatan dengan pedal minyak dan brek. Tak guna betul! Macam mana boleh ada dekat bawah ni! Gumam Jimin bengang. Dia membuka iphonenya. Tak lama skrin menyala. Nasib masih boleh buka. Dia terus menelefon nombor Yae Rin. Tapi tak berangkat! Di cuba sekali lagi~ Masih tak angkat! Mana Yae Rin ni?! Jimin mula risau dan semakin berdebar. Tak tunggu lama dia terus menghidupkan kereta. Dia perlu balik cepat. Yae Rin! Itu je yang mampu dia fikir sekarang.

×××

Taehyung terjaga dari tidur agak lewat pagi ni. Selepas keluar makan dengan Jimin, dia bersekang mata pula menjaga ommanya yang tak berapa sihat. Dia tak pedulikan phonenya yang tengah dicas di meja kerja lalu dia ke bilik air utk mandi.

15 minit berlalu~

Taehyung keluar dari bilik air dan terus mencapai phonenya yang berada di meja kerjanya.

V: 23 misscall? Bwoya ige? Siapa yang call ni?!

Buntang mata Taehyung melihat semua misscall itu dari Jungkook. Kenapa pulak budak ni call. Semua panggilan dibuat awal pagi tadi~ Dia cuba menghubungi Jungkook kembali tapi cuma masuk voice mail. Taehyung mula risaukan Jungkook. Macam ada yang tak kena je. Taehyung membuka Line chatnya.

Jk:Hyung? Kenapa tak angkat call?

Jk:Hyung! Sy perlu jumpa hyung! Penting!

Jk:Hyung! Angkatlah call!

Jk:Hyung! Sy dah nak sampai!

Jk:Hyung! Tolong sy!

V:Kenapa dengan Jungkook ni?! Yaish! Ni buat aku risau ni!

Phonenya tiba² berbunyi minta diangkat.

V:Hu?Jimin?!

~

Jimin sampai di rumah dalam keadaan tergesa². Di tahan aje rasa pening yang dia rasa sekarang. Sakit akibat dipukul tu dia dah tak pedulikan. Dia keluar dari kereta dan terkejut besar apabila melihat pintu rumah terbuka luas. Dia dah tak boleh fikir banyak dan terus meluru masuk ke dalam rumah. Jimin mampu memandang keadaan dalam rumahnya dengan rasa bingung! Semua bersepah. Kusyen kecil sofa semua terdampar di lantai. Buku² juga sudah jatuh dari rak. Dan yang paling dia terkejut, bingkai gambar dia dan Yae Rin yang diambil semasa di Jepun berderai pecah!

LET ME KNOWWhere stories live. Discover now