Part 21

295 19 4
                                    

Let Me Know

Part_21 (Special)

#Hospital..

Jin berjalan sambil memeluk bahu isterinya menuju ke arah Pn.Park yang masih menunggu di depan wad Jimin. Mereka berdua baru keluar dari wad Yae Rin yang hanya selang beberapa langkah tak jauh dari wad Jimin. Jin dan Yae Ra duduk di kerusi menunggu bersebelah dengan kerusi roda Pn.Park.

Jin:Eomoni...Jimin macam mana?
Pn.P:Hmm..masih belum sedar...Macam mana dengan Yae Rin?
YR: Keadaan dia dah stabil lepas sedar tadi... Tapi dia dah tidur balik. Doktor tak bagi lama sangat dekat bilik dia.
Pn.P:Yae Ra...Eomoni minta maaf sangat sebab eomoni tak dapat jaga Yae Rin dengan baik. Dan bagi pihak Jimin, eomoni betul² minta maaf juga . Kalau selama ni Jimin banyak menyakiti adik kamu. Eomoni betul² rasa bersalah terhadap kamu berdua.

Luah Pn.Park ikhlas. Dia benar² tak dapat menahan perasaan lebih² lagi selepas apa yang terjadi kepada anak menantunya. Rasa bersalah menggunung terhadap Jin dan Yae Ra...

YR:Eomoni..Gwenchana...Yae Ra tak salahkan sesiapa. Lagipun benda yang terjadi ni bukan kita yang minta. Malah Yae Ra bersyukur sebab eomoni dah sayangkan Yae Rin macam anak sendiri. Harapnya Jimin pun akan cepat² sedar nanti. Eomoni kena kuat tau..
Jin:Jangan pesan eomoni je. Awk pun sama. Jangan fikir sangat. Kesian baby kat dalam perut tu nanti.

Jin tersenyum dan sempat berpesan kepada isterinya. Yae Ra memang tabah, nasiblah dia dapat isteri yang kuat macam Yae Ra..Walaupun pada mulanya Yae Ra agak cemas tapi sebaik sampai di Korea dan tiba saja di hospital, mereka dapat tahu Yae Rin dah sedar. Dia dah tak secemas itu lagi. Bahkan dia boleh menerima keadaan adiknya selepas gadis itu sedar tadi...

YR:Arasseo. Janganlah risau. Kim Yae Ra kan kuat. Lebih² lagi kalau ada Kim Seok Jin di sisi.

Jin dan Pn.Park tertawa apabila mendengar kata² dari Yae Ra. Seketika lupa mereka pada rasa sedih dan bimbang yang bermukim di hati tu.

Pn.P:Eomoni risau. Takut kalau² Jimin lambat sedar...
Jin: Eomoni...Janganlah fikir macam tu. Sy yakin Jimin akan cepat² sedar. Dia akan bangun juga untuk Yae Rin...Tapi...

Jin diam sekejap dan dia saling berpandangan dengan isterinya. Pn.Park mula tertanya. Tapi apa? Hati dia mula tak tenang...

Pn.P: Kenapa Jin? Ad yang tak kena ke?
Jin: Tapi...Yae Rin...

Jin tak tak tahu sama ada patut meneruskan kata² nya atau tidak~

***

Jimin duduk di sebuah kerusi kecil di satu sudut. Tapi sekelilingnya suram saja. Yang dia nampak ada satu lorong menuju ke arah yg bercahaya. Tapi dia tak dapat bangun . Kakinya terpaku kat situ. Langsung tak dapat di gerakkan. Dia teringat pada Yae Rin. Isterinya! Mana Yae Rin. Dia nak jumpa Yae Rin. Dia betul² rindukan gadis itu. Tetiba dia terdengar derapan tapak kaki dari satu arah yang gelap gelita. Jungkook muncul dari situ...

J:Jungkook? Jungkook aa? Awk tak apa² ke?

Tapi Jungkook tak pedulikan panggilan Jimin. Lelaki itu hanya menjeling Jimin. Dia terus melangkah ke arah tempat bercahaya tu. Jimin keliru. Apa semua ni. Dia rasa macam baru saja sedar dari mimpi ngeri tapi tiba² saja dia berada di tempat yang sejuk dan gelap begini. Heeli muncul pula dari arah yang sama di mana Jungkook mula² muncul. Tapi muka gadis tu pucat aje... Heeli berpaling dan merenung Jimin. Ada linangan air mata pada wajah gadis itu.

H:Jimin...Mianhae...

Heeli bersuara lirih buat hati Jimin rasa sayu. Apa yang dia dah buat pada Heeli. Dah lama dia dendam gadis itu atas kesalahan yang mencalar keegoan lelakinya sahaja. Kejam! Ya, dia kejam pada Heeli. Tapi selepas Heeli bersuara, gadis itu terus hilang . Sama macam Jungkook tadi. Jimin meliarkan pandangan. Mana Yae rin. Dia nak Yae Rin?! Tapi Yae Rin tak muncul. Mata Jimin terpaku pada susuk tubuh seseorang yang baru saja keluar dari arah sama juga sperti Jungkook dan Heeli.

LET ME KNOWWhere stories live. Discover now