MAKSUD
- Kita kena MEMBAWA KETAATAN DALAM SOLAT, KELUAR SOLAT contoh dalam solat kita menutup aurat, diluar solat kita menutup aurat, dalam solat kita tundukkan pandangan, diluar solat kita tundukkan pandangan, dalam solat kita baca Quran, diluar solat kita baca Quran, dan lain-lain lagi.- Seorang Ulama' berkata, bagaimana pembawakan kita di dalam solat, demikianlah juga kita di luar solat. Contohnya, dalam solat kita tawajjuh, diluar solat pun kita akan tawajjuh. Dan INSYAALLAH, begitulah sebaliknya.
- Kita kena belajar untuk menangani masalah kita melalui solat. Jika ada masalah berdoa pada Allah.Minta petunjuk daripada Allah. Bukan dr manusia.
ii) KELEBIHAN
- Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai
( Sebagaimana kisah Saidina Ali R.A.H tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali R.A.H tersebut. )- Solat dapat mencegah kita dari fasakh dan mungkar
- Kaum Lelaki yang bersolat di mana azan dilaungkan secara berjemaah akan diberi ganjaran 27 pahala.
- Kaum Wanita yang menggalakkan suami atau muhrim solat di mana azan dilaungkan akan dapat pahala penuh solat lelaki di masjid atau surau ( 27 + 1 pahala sendiri punya solat )
- Kelebihan lain bagi wanita yang mengambil wudu' sebelum azan diazankan, dihari kebangkitannya nanti Allah swt akan membangkitkannya dengan wajah yang bercahaya seperti matahari.
- Kaum wanita ambil wudu' selepas azan diazankan,in shaa Allah dihari kebangkitan nanti Allah akan bangkitkan dia dengan wajah bercahaya seperti kerlipan bintang di langit.
- Jika wanita itu bersolat di dalam rumahnya sendiri dan di dalam bilik YANG TERTUTUP seumpama dia berimamkan Rasulullah SAW.
- Barang siapa yang dapat menjaga solatnya dengan solat di awal waktu dan bersolat ikhlas kerana ALLAH. ALLAH akan bagi dia 5 ganjaran.
i) Rezekinya dipermudahkan
ii) Ditarik azab kubur
iii) Mendapat buku catitan amal dr tangan kanan.
iv) Melintas titian sirat sepantas kilat.
v) Masuk SYURGA TANPA HISAB
iii) CARA MENDAPATKAN
- Kita kena dakwahkan KELEBIHAN dan KEPENTINGAN SOLAT KUSYU' DAN KHUDUK kepada diri kita dan orang lain.
-Mafhum Hadis (Kunci Syurga ialah solat, dan kunci Solat yg sempurna ialah wuduk)
- Amalkan solat-solat sunat untuk tampung kekurangan solat fardu kita.
In shaa Allah dengan itu solat kita akan bertambah kekualitiannya.- Kita kena solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu solat di awal waktu berjemaah, di tempat azan di azankan bagi lelaki dan perempuan di rumah.
- Kita DOA kepada ALLAH agar ALLAH campakkan hakikat SOLAT KUSYU' DAN KHUDUK ke dalam diri dan hati kita.
![](https://img.wattpad.com/cover/57423722-288-k540217.jpg)
YOU ARE READING
Mudzakarah 6 Sifat Sahabat
SpiritualMaksud, Kelebihan dan Cara Mendapatkan Hakikat Sifat Sahabat.