Beberapa Ulama telah memberitahu bahawa Terdapat 6 sifat dalam diri Sahabat yang harus kita contohi iaitu:
1) SAHABAT mempunyai hakikat Yakin atas kalimah
LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
Hakikat yang pertama terbahagi kepada dua iaitu :
LAILAHAILLAALLAH
i) MAKSUD :
LAILAHAILLAALLAH- Kita kena keluarkan kebesaran Makhluk dari hati kita, dan masukkan kebesaran ALLAH dalam hati kita.
- Kita kena YAKIN bahawa ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA.
ii) KELEBIHAN
LAILAHAILLAALLAH- Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah LAILAHAILLAALLAH di akhir kalam nya Allah mewajibkan SYURGA baginya.
- Iman sebesar zarah ALLAH akan bagi dia SYURGA seluas 10 kali luas dunia. INSYALLAH
iii) CARA MENDAPATKAN
LAILAHAILLAALLAH- Kita kena dakwahkan kelebihan dan kepentingan kalimah LAILAHAILLAALLAH kepada diri kita dan orang lain.
- Kita kena gunakan 4 pancaindera kita untuk memuji kebesaran Allah.
a) Kita kena gunakan MATA kita untuk MELIHAT kebesaran ALLAH.b) Kita kena gunakan TELINGA kita untuk MENDENGAR kebesaran ALLAH.
c) Kita kena gunakan MULUT kita untuk BERCAKAP tentang kebesaran ALLAH
d) Kita kena gunakan AKAL kita untuk FIKIR kebesaran ALLAH.
- Akhir sekali kita kena BERDOA kepada ALLAH agar ALLAH S.W.T campakkan HAKIKAT LAILAHAILLAALLAH ke dalam hati kita.
Yang seterusnya,
MUHAMMADUR RASULLULAHMaksud -
- Kita kena YAKIN bahawa Tiada kehidupan yang boleh membawa kejayaan di DUNIA dan AKHIRAT melainkan mengikuti 100% cara kehidupan/sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W.- Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Sunnah Surah yang bermaksud PENAMPILAN Nabi S.A.W contohnya rambut Nabi, janggut Nabi, pakaian Nabi, serban Nabi, selendang Nabi, selipar Nabi, celak Nabi dan sebagainya.2. Sunnah Sirah yang bermaksud AKTIVITI harian Nabi dari bangun tidur sampai tidur balik seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara berjalan, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, bacaan quran Nabi, solat Nabi, qiamullail Nabi dan lain-lain lagi.
3. Sunnah Sarirah yang bermaksud perkara SPIRITUAL dan DALAMAN atau FIKIR nabi seperti zikir Nabi, pedih hati Nabi, tangisan hati Nabi, kerisauan Nabi terhadap ummat, kepedihan hati Nabi melihat kerosakan ummat, kebencian Nabi terhadap kemungkaran dan lain-lain lagi.
KELEBIHAN
MUHAMMADUR RASULLULAH- Sesiapa yang dapat MENGHIDUPKAN SUNNAH NABI di ZAMAN FASAKH dan MUNKAR (zaman kerosakan umat) ini, ALLAH akan bagi dia 100 PAHALA SYAHID.
- Sesiapa yang mengamalkan SUNNAH ISTIQAMAH mereka akan memasuki SYURGA bersama Nabi.
- Bagi mereka yang mengamalkan sunnah dijanjikan mendapat 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran di akhirat :-
Di DUNIA
i) Disayangi orangii) Ditakuti musuh
iii) Hidupnya diberkati
iv) Agamanya tidak dicemari
Di AKHIRAT
i) Kita akan mengenal Rasulullah.ii) Rasulullah akan memberi syafaat
iii) Rasulullah akan mengenali kita
iv) Kita akan berjiran dengan Rasullulah di kubur.
iii) CARA MENDAPATKAN HAKIKAT
MUHAMMADUR RASULLULAH
- Kita kena dakwahkan KELEBIHAN dan KEPENTINGAN hakikat MUHAMMADUR RASULLULAH kepada diri kita dan orang lain.
- Kita kena amal 3 Sunnah NABI iaitu SUNNAH SIRAH, SUNNAH SARIRAH dan SUNAH SURAH dalam kehidupan seharian kita.
- Kita kena BERDOA kepada ALLAH agar ALLAH S.W.T campakkan hakikat kalimah MUHAMMADUR RASULLULAH ke dalam diri dan hati kita.
YOU ARE READING
Mudzakarah 6 Sifat Sahabat
SpiritualMaksud, Kelebihan dan Cara Mendapatkan Hakikat Sifat Sahabat.