Sahabat mempunyai hakikat ILMU DAN ZIKIR
Hakikat yang ketiga terbahagi kepada dua iaitu :
ILMU
i) MAKSUD
- Tahu mana satu PERINTAH ALLAH dan tahu mana satu LARANGAN ALLAH.- Tahu PERINTAH ALLAH YANG DIDAHULUKAN dan DIKEMUDIANKAN, contohnya ketika bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan TINGGALKAN KERJA, dan PERGI KEPADA SEMBAHYANG. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tidak memahami kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.
- Maksud ilmu juga "Apa2 yang dapat membantu kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu."
ii) KELEBIHAN
- Seseorang yg BERAMAL DENGAN ILMU LEBIH DITAKUTI SYAITAN DARIPADA 1000 orang abid/ahli ibadah yang beramal tanpa ilmu.***PERBEZAAN :
Ø SEORANG YANG BERILMU ialah seorang yang mempunyai PEMAHAMAN AGAMA yang baik dan pengetahuannya itu dipraktikkan dalam sikap serta ibadah harianya.Ø AHLI IBADAH ialah seorang yang banyak beribadah tetapi tidak berdasarkan ILMU syari'at. Mereka melakukan ibadah dengan mengikuti perasaan dan naluri saja, atau hanya ikut-ikutan orang-orang awam yang ada di sekitarnya.
- Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah sepanjang malam.
- Orang yang menuntut ilmu semata-mata kerana Allah swt jika ditakdirkan meninggal matinya dikira shahid.
- Sesiapa yang keluar menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah swt akan mendorongnya jalan ke syurga.
- Malaikat mendoakan org yg menimba ilmu.
iii) CARA MENDAPATKAN
- Kita kena dakwahkan KELEBIHAN dan KEPENTINGAN ILMU pada diri kita dan orang lain.- Ilmu terbahagi kepada dua
i) ILMU MASAILØ Ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara
Ø Kita boleh belajar dengan guru-guru
ILMU FADHAIL
Ø Ilmu tentang kelebihan sesuatu amal.
Ø Ilmu fadha'il boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab Fadha'il Amal (di dalam majlis Ta'lim wa Ta'lum)
Ø Kita duduk dalam majlis TAKLIM Fadha'il Amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal, Insya-ALLAH.
- Kita kena BERDOA agar ALLAH S.W.T memberi hakikat ILMU dalam hati kita.
ZIKIR
- Dalam sebuah hadith menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda ;' telah berjayalah mereka yang unggul sendiri'.Para sahabat bertanya :" Siapakah yang unggul itu ya rasululullah?'
Rasulullah menjawab ' Ialah mereka yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya ( yakni orang-orang yang sentiasa sibuk dengan zikrullah'.
i) MAKSUD
- Kita kena ingat ALLAH dalam apa jua keadaan atau situasi.- Meletakkan nama ALLAH SWT dalam hati kita pada setiap masa dan ketika.
ii) KELEBIHAN
- Orang BERZIKIR HIDUP di sisi Allah,tidak BERZIKIR MATI di sisi Allah.- Seorang yang BERZIKIR MASUK SYURGA tersenyum-senyum.
- Seorang yang BERZIKIR mematahkan kekuatan syaitan.
- Allah akan sediakan PINTU SYURGA KHAS utk org yg ISTIqomah berzikir.
- Zikir juga MEMBESARKAN AMALAN PAHALA.
- Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam kelapangan dan kesenangan,nescaya Allah swt juga akan sentiasa mengingatinya dalam kesusahan dan kesempitan.
iii) CARA MENDAPATKAN
- Kita kena dakwahkan KELEBIHAN dan KEPENTINGAN ZIKIR pada diri kita dan orang lain.- Amal zikir harian 300 pagi dan petang.
- Subhanallah (33x), Alhamdullillah (33x), Allahuakhbar (34x)
- SELAWAT ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad saw. (100x)
- Lailahaillah anta subhanak inna kunna laminazollimin (100)
- Astaghfirullahal'azim (100
- Amal MEMBACA QURAN, SOLAT SUNAT, DOA-DOA MASNUN.
- Kita kena BERDOA agar ALLAH S.W.T memberi hakikat ZIKIR dalam hati kita.

YOU ARE READING
Mudzakarah 6 Sifat Sahabat
SpiritualMaksud, Kelebihan dan Cara Mendapatkan Hakikat Sifat Sahabat.