Bab 28

187 17 0
                                    

Untuk kali yang keberapa, Haraa menyenduk sebelum merasa bubur yang dibuat olehnya untuk Kai. Dia tersenyum. 'Rasa dah okay dah ni' dia mengumam perlahan. Cukup dia risau apabila lelaki itu tiba-tiba saja boleh demam. Pelik. Sudahlah Kai demam semasa group mereka hendak melakukan konsert World Tour di Amerika.Ini pun dia tahu kerana Suho beritahu.Macam-macam yang jadi pula. Jadi, dia sedikit syukur kerana demam lelaki itu tidaklah seteruk mana.

Haraa mula bergerak ke sinki untuk membasuh tangannya. Bunyi bekas sudu dan garfu yang sedang diusik oleh seseorang menganggu tumpuannya yang tengah memasak. Siapa lagi kalau bukan suaminya yang 'tercinta'. Haraa menyelak rambutnya kebelakang. Dia semakin tidak selesa dengan pandangan redup Kai itu. Dia pura-pura untuk menyusun pinggan mangkuk di rak walhal ianya sudah elok tersusun.

Kai hanya memandang. Sedikitpun pandangannya tidak beralih. Dengan kedua tangannya yang ditongkat didagu, dia ralit memerhati Haraa yang kadang-kadang kelihatan kelam kabut membuat kerja. Dia tersenyum. Pasti gadis itu tidak selesa dengan dirinya sekarang ini. "Hati-hati la susun semua barang-barang tu. Dah la mahal. Karang kalau pecah, kau kena ganti semua balik." Kai sengaja menyakat gadis itu.

Harap-haraplah yang Haraa tidak tahu bahawa dirinya tidak sebenarnya. Dia cuma pura-pura demam semata-mata tidak mahu jauh dari gadis itu. Rasa tidak sanggup pula. Entah kenapa dia mempunyai perasaan begini? Takkan dia suka Haraa? Tiba-tiba dia teringat kata-kata hyungnya,Luhan tentang perasaan terhadap Haraa. Adakah ianya cuma sekadar rasa simpati atau dia memang betul sukakan gadis itu? Aduh, buntu dia memikirkan jawapannya.

Tapi, kalau Haraa tahu yang dia tidak demam pun, apa masalahnya? Cakap sajalah yang dia tidak mahu Haraa tinggal keseorangan, dan takut barang-barang didalam rumah ini dirosakkan oleh kerana sikap Haraa yang sedikit kelam kabut itu? Ahhh.. dia ego lagi. Mengapa dia harus menidakkan perasaannya pada gadis itu? Matanya leka memerhatikan Haraa yang menyendukan bubur yang masih panas ke dalam mangkuk seraya api dapur ditutup.

"Nah.. makan la. Masih panas lagi ni."

Kai hanya menurut. Inilah sebabnya mengapa dia tertarik pada gadis ini. Salah satunya ialah keprihatinan yang diberikan. Kai mula memegang sudu bersedia untuk merasa masakan Haraa pada pagi ini. Giliran Haraa pula yang memerhati gerak geri Kai. Kai yang ingin memasukan bubur itu kemulutnya terhenti disebabkan pandangan Haraa kepada dirinya kini. Dia pula jadi cacing kepanasan.

"Kau tengok-tengok apa? Pergi la ambil air kat aku. Nak bagi aku tercekik makan bubur ni, ke?"

Haraa tergelak. Dahi Kai berkerut. "Kau gelak kenapa?"

"Takde la. First time dengar orang makan bubur tercekik." Haraa makin galak ketawa.

Kai mencebik. "Melawan.. melawan.. pergi la ambil air cepat. AKu dahaga. Nak minum." Kai bersuara tegas. Terhenti ketawa Haraa.

"Nae.."

Haraa mula bergerak mengambil gelas sebelum dituangnya air kosong. Segera gelas itu diletakkan di atas bar tempat Kai sedang makan kini. Dia memandang Kai lagi. Khusyuk saja lelaki itu makan. Dia tersenyum. "Kau ni dah kenapa? Kalau nak bubur ni, pergi la ambil. Jangan kacau masa makan aku. Aku tak kan kongsi dengan kau."

Haraa menjuih bibir. Sakit-sakit pun still boleh marah dia lagi. Ini demam betul-betul ke tipu ni? "Awak memang demam betul-betul ke, Kai?"

Terbatuk-batuk Kai mendengar ayat Haraa itu. Haraa yang melihatkan perkara itu terus menyuakan Kai air untuk diminum. Kai menegus perlahan. Terkejut dia. Bukan sebab dia demam betul atau tak, tapi kerana Haraa menyebut namanya. Belum pernah dia mendengar Haraa menyebut namanya dengan begitu formal. "Kweanchanyo? Nak aku ambil air lagi ke?"

Kai segera mengeleng. Ditariknya lengan Haraa yang ingin mengambil air kosong lagi untuknya. "Aku okay. Cuma batuk saja. Tak terok pun."

Haraa terjeda. Dia terpukau dengan cara Kai itu tadi. Lembut saja pegangannya. Tidak sekasar dulu. Tanpa sedar bibirnya menguntumkan senyuman bahagia. "Kenapa kau senyum? Gila ehh?"

Haraa tidak membalas. Sebaliknya dia masih statik berdiri dikedudukannya. "Kau tau tak, selalunya kalau salah seorang daripada pasangan suami isteru tu demam, si pasangan tu kenalah suap suami atau isterinya. Orang kata, suapan dari orang yang tersayang ni mujarab ubatnya untuk sembuh."

Kai tersenyum herot. Belum pernah dia bergurau manja dengan isteri sendiri. Jadi, apa salahnya kalau dia mencubanya sekarang? Mana tau Haraa akan semakin tertarik dengannya. Haraa yang masih blur dengan soalan Kai itu hanya memandang Kai tidak bereaksi. "Hish kau ni lembap la. Suapkan la aku yang demam ni. Tu pun nak kena ajar ke? Isteri apa la kau ni tak prihatin kat suami sendiri."

Haraa mencebik. Kalau dia tak prihatin, tak ada dia masakan bubur untuk lelaki ini. Dia mencapai sudu yang berada didalam mangkuk sebelum disuakan ke arah Kai. Makin lebar senyuman lelaki itu. 'Gedik.' Desis Haraa. Tapi, dia rasa selesa pula begini. Ahh.. sememangnya dia sudah gila. Angau dengan suami sendiri.

Hingga kali ke berapa suapan yang diberikan, Haraa melihat mulut Kai yang comot. Makan bubur pun boleh kotor ke mulut? Teruk betul lelaki ini. Kalau peminat tahu, mesti digelakkan awal-awal lagi. Nasib dia isteri Kai, jadi dia tidak rasa benda itu lucu. "Awak makan ni comot la. Kejap, s
aku ambil tisu."

Baru saja Haraa ingin bergerak, Kai lebih pantas memegang tangannya. Haraa tercegang. Dah kenapa dengan mamat ni? "Ada cara lain la boleh hilangkan comot ni. Tak payah pakai tisu, membazir saja."

Haraa mengerut dahi. Ada ke? Cara apa? "Cara apa?"

"Dengan cara ni..."

Cupp!

Haraa terkedu. Bibirnya ditaut lama oleh Kai. Tubuhnya bagaikan digam merelakan perbuatan drastik itu. Matanya membulat. Mereka berjeda lama. Dibuai dengan perasaan yang bahagia. "Errmm.. rasa strawberries. Manis."

Kai menjilat bibirnya. Haraa masih lagi terkedu. Ciuman yang entah kali ke berapa mendarat dibibir mungilnya. "Tengok.. kan dah hilang comot tadi."

Tiada respon. Kai ketawa besar. Amboi, terkejut benar gadis ini. Itu belum dia membuat benda yang berat-berat, baru cium saja. "Haraa.. dah la tu. Tak payah nak terkejut sangat la. Normal la kiss tu."

Muka Haraa membahang. Betapa malunya dia sekarang. "Kalau kau still macam ni, aku buat benda 'lain' pulak nanti. Haraa.."

Senak perut Haraa mendengar nada suara Kai yang sudah berubah menjadi nada bapak kucing yang gatal. "Haraa...." Kai tersenyum nakal. Matanya kelipkan. Sengaja mengoda gadis itu.

"Yahh!! Byuntae!!"

Lintang-pukang Haraa berlari naik ke atas menuju ke bilik. Pintu dihempas kuat. Kai ketawa besar. Gadis itu suka mencuit hatinya dengan tindakan yang sebegitu. Lagi tinggilah semangatnya nak mendekati gadis itu dengan lebih dekat. Dia menyambung kembali permakanannya yang terhenti dek perkara tadi itu. Bibirnya tidak putus-putus dengan senyum. Inikah kemanisan berumah tangga? Ya. Dia sukakan semua ini. Memang indah.

TBC...

Pfftt...bab kali ini buatkan author mahu gelak berguling-guling sampai Johor.Oh my god~

P/S: Please vote and comment...and once again..stop being silent reader.Kinda annoying.Sorry.

I'm Sorry [EXO KAI] [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now