Bab 14

227 12 2
                                    

Haraa pandang hadiah yang berada dihadapan pintu itu tidak berkelip.Dia mengambil hadiah itu dan membelek.Sebelum dia masuk kedalam rumah,dia perhati sekeliling.

Tiada sesiapa.Pintu terus ditutup oleh Haraa.Hadiah yang berada pada tangannya menimbulkan seribu pertanyaan kepadanya.

"Siapa yang bagi ehh?" Soal dirinya sendiri.

Nak kata untuk orang lain sah-sah la bukan.Terang lagikan bersuluh apabila namanya terbentang luas pada sekeping kertas disitu.

Tanpa membuang masa,Haraa terus membuka hadiah yang diterimanya itu.Haraa tak tahu kenapa tapi dia tetap gembira dengan pemberian yang diterimanya.

Patung bear yang berwarna pink lembut disertakan coklat kegemarannya. Bagaimana 'orang' itu boleh tahu apa yang disukainya? Adakah ini kebetulan?

"Orang bagi kita terima...rezeki jangan ditolak." Haraa bermonolog seorang diri.

Coklat yang tertera Cadburry dibukanya lalu dia terus makan sehingga licin.Yang sebenarnya dia tengah lapar sangat-sangat...kalau boleh sekali dengan plastik-plastik tu pon ditelannya.

Perkara ini terjadi banyak kali dan berterusan sehingga Haraa tidak dapat duduk senang.Setiap hari,pada waktu pagi pasti saja ada bekalan dan ayat-ayat sweet dicatatkan pada kertas.

Hari ini Haraa menerimanya lagi.Kali ini kad itu tertulis membuatkan Haraa terkaku seketika...

I love when you smile at me...
I love when you stare at me...
I love when you call my name...
I love when you hold my hand...
But...
You never know what i felt when i saw you with other guy...
I felt...hurt...

A/N:hahahahaha...ayat..tolong la.Sorry..author xtau laki romantik camna..tu yg gelak sehabis mungkin tu.....sorryy2.

Adakah orang yang menghantarnya ini orang yang dia kenal?Tapi siapa?Dia mempunyai ramai kawan lelaki?Mana satu?

Takkan Jungkook? Hatinya mula terdetik.Mungkinkah?

Haraa mengetap bibir.Menahan rasa.Apa yang patut dia buat sekarang ini?Dia cukup takut dalam bab perasaan orang tambah-tambah dalam percintaan.Hatinya sudah tertutup untuk lelaki.

Dia tak sanggup nak terima dan dia takkan bagi lelaki harapan.Dia tidak mahu orang itu terluka.Seperti dirinya sekarang ini.

Sedang Haraa ralit melayan perasaan,bahunya disentuh oleh seseorang.Haraa berpaling.

"Waeyo?Kau kenapa nie?Aku panggil kau pun tak dengar." Ujar Sulli.

"Eoh?"mata Haraa berkelip-kelip. "Kau panggil aku ka tadi?Sumpah aku tak dengar." Kata Haraa dengan sungguh-sungguh.

"Hmmm..."mata Sulli meliar pada tangan Haraa. "Igen bwoya?( what's that?)"

"Ohh.." Haraa menyembunyikan barang yang diterimanya itu daripada Sulli.Dia tersengih seperti kerang busuk.Kepala digeleng tanda tiada apa-apa.

Sulli ditinggalkan oleh Haraa yang dalam keadaan terpingga-pingga.Dalam keadaan kelam kabut,Haraa terlanggar Hyorin menyebabkan pegangannya terlepas.

"Mianhe Haraa..." Hyorin meminta maaf lantas cuba untuk mengangkat barang yang sudah selamat mendarat diatas lantai.

Namun belum sempat Hyorin mencapainya,tangan Haraa terlebih dahulu mengambilnya.Lantas dia terus masuk kedalam bilik.

Hyorin pula terpingga-pingga disitu.Baru saja Hyorin melangkah,sekeping kertas berwarna merah jambu dijumpainya lalu dipungut.Dibaca kata-kata yang tercorek pada kertas tersebut.

***

TOKK!TOKK!TOKK!!

"Aishh...yala..sabarla.Tak sabar betul."kutuk Chen sambil berjalan kearah pintu.Baru saja dipulas tombol pintu tersebut,pintu itu sudah dikuak dengan kasar menyebabkan muka Chen dan pintu bertemu dengan jayanya.

Chen menjerit kesakitan kerana dia dapat merasakan hidungnya hampir patah.

"Ahh...mianhe Chen shii."

"Appo~Hyorin.Kau tau tak nie aset berharga aku?" Rungut Chen sambil mengosok batang hidungnya yang kian memerah.

"Chen...Kai eodi?" Soal Hyorin staright to the point.

"Kai ahh!!!" Jerit Chen sambil berjalan kearah ruang tamu lalu dilabuhkan punggung disitu.

"Ne!!" Balas seseorang.Siapa lagi kalau bukan Kai.

"Ada orang nak jumpa!!" Jerit Chen lagi dengan high notenya.Selepas itu tiada balasan.Namun Hyorin dapat dengar seseorang turun dari tingkat atas.

Kelihatan Kai dengan headphone dililit keliling lehernya.Rambut lelaki itu sedikit kusut namun masih terserlah kekacakkannya.

"Waeyo?" Soal Kai acuh tak acuh.Telefon bimbit yang berada di tangan disimpan dalam poket seluar.

Hyorin tidak mengeluarkan kata.Sebaliknya dia menghulurkan sesuatu kepada Kai.

Kai pada mulanya tertanya namun diambil juga huluran itu.Dia memandang wajah Hyorin sesaat sebelum matanya fokus pada kertas warna merah jambu itu.

Bibir Kai bergerak sepertinya dia membaca kata-kata itu.Kemudian dia terdiam.Lama juga matanya fokus pada kertas tersebut.Liur ditelan.

"Dah habis baca?"

Kai tidak memberi respon.

"Adakah kau yang hantar?" Tanya Hyorin.

Diam lagi.

"Yah!Kim Jong In!!"

Barulah Kai sedar.Selama ini dia berangan rupanya.

"Huh?"

Hyorin keluh.

"Aku tanya kau ka yang hantar benda alah nie?"soalan yang sama diulang.

"Ani.Aku tak hantar pon benda nie.Kenapa?" Jawab Kai dengan jujur.

Mulut Hyorin hampir ternganga.Apa?Kalau bukan Kai siapa lagi?Nak kata Kai tipu...tengok dari sinar mata dan riak wajah Kai seperti dia tidak tahu apa.

"Seseorang hantar kad nie pada Haraa.Banyak kali dah.Dalam 2 minggu lepas." Terang Hyorin kepada Kai.

"Banyak kali?Setiap hari?" Soal Kai lagi.Meminta kepastian.Dan Hyorin mengangguk tanda mengiyakan.

"Kau ada-"

"Molla.Aku tak tahu apa."

Kad merah jambu yang dipegang oleh Kai dilempar semula lalu dia naik ke tingkat atas.

Hyorin mengeluh besar.Kad yang dilempar oleh Kai diambilnya.Dia merenung kearah kad tersebut.

Kalau bukan Kai...siapa lagi?Tapi daripada cara nie macam orang yang betul-betul rapat dengan Haraa.Tapi siapa? Hyorin bermonolog dalam hati.

Dalam kepala Hyorin cuba untuk ingat semula rakan lelaki mana yang selalu rapat dengan Haraa selain daripada Kai.Fikir punya fikir sehinggala

Jangan jangan...

*****

Jeng jeng jeng~
Korang rasa siapa yang hantar barang tu dekat Haraa?Cer teka...

Part kali ini author rasa mcm pelik skit tapi xtau la pelik kat mana.Takat nie dulu author boleh buat...author sakit hari nie..so idea terbantut..mianhe...

Tapi author cuba lagi...thanks dkat reader yang still baca ff nie...thanks sgt2...

Author kena pergi...omma author dh marah tu..bye!

I'm Sorry [EXO KAI] [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now