Bab 8

240 16 3
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Di lapangan terbang Incheon

"Wahh~Nyamannya!!"Haraa mendepakan tangannya ala-ala titanic.Sudah agak lama dia tidak menghirup udara Korea.Betapa rindunya disini.

Haraa melihat persekitaraannya. Tidak banyak yang berubah.Ada juga bangunan yang dibina namun dalam proses.

"Haraa...ppali!"jerit Hyorin yang baru selesai meletakkan bagasi di bonet kereta taxi tersebut.

~skip~

Tiada perbualan yang tercetus didalam taxi.Yala...Haraa mahu berbual dengan siapa kalau Hyorin sudah terlelap disebelahnya.Kesian Hyorin...

Haraa membuang pandang kearah tingkap.Sudah lama dia tinggalkan bandar Seoul.Dia jadi rindu pulak.

Kereta itu mula memasuki satu selekoh.Hampir sampai ke destinasi mereka.

"Ahjussi..berhenti kejap."arah Haraa dengan tiba-tiba.

Kereta itu terus berhenti menyebabkan Hyorin terjaga dari lenanya.

"Wae..wae?"soal Hyorin dalam mamai.

"Tunggu kejap ehh.Aku nak pi dekat situ ja."kata Haraa lalu membuka pintu.

Hyorin masih lagi mamai.Dia lihat kemana Haraa tuju.Taman?

Sejuk.Haraa memeluk dirinya agar tubuhnya berasa hangat.Kakinya perlahan melangkah kearah taman itu.Masih segelintir kanak-kanak bermain disitu bersama rakannya yang lain.

Disini...dia ingat lagi...beberapa hari kemudian sebelum dia lari dari Korea...kejadian perit yang berlaku antara Kai dan juga dirinya sendiri.

Haraa ingat lagi...dia ikut Zelona ke taman kerana Kai mahu berjumpa dengannya.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia gatai sangat nak ikut.

Bila sampai,cepat-cepat Haraa bersembunyi disebalik semak yang tidak jauh tempat Kai dan Zelona duduk.

Haraa dapat lihat Kai memaut lengan Zelona lalu mengungkapkan sesuatu.Hati Haraa retak apabila dia dapat mengagak apa yang Kai katakan.Dia ikut balik apa mulut Kai katakan.

'Saranghae.'

Sakit. Hati Haraa sakit,pedih tak terkata.Haraa mengetuk kepalanya sendiri.Kenapa dia bodoh sangat pi ikut?Kalau dah tau diri sendiri akan merana?

Akhirnya,Haraa terus berlalu pergi dan tanpa dia sedar dia terlanggar seseorang.Haraa tak tahu siapa,dia terus saja pergi.

Fuh..sepatutnya Haraa lupakan saja saat itu.Namun..sekali lagi...peristiwa yang paling dia takut nak ingat kembali menayang semula.

Flashback~

Bunyi loceng dari luar rumah menganggu konsenstrasi Haraa yang khusyuk mendengar lagu ketika itu. Headphone dilemparnya kasar. Pantas saja dia bangun dari katil.

" Ye ye.. orang datang la ni! Sabar la!" Pekiknya. Dia mencapai getah sebelum rambut blondenya diikat kemas. Pintu bilik dibuka sebelum dia menuruni anak tangga dengan perlahan.

Gerangan manusia manalah yang datang ke rumah orang malam-malam macam ni? Sudah la chingunya tiada dirumah kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Jadi hanya tinggal dia saja di rumah tanpa ada sesiapa pun.

Guruh yang berdentum kuat membuatkan Haraa sedikit gentar. Semestinya fikirannya mula membayangi benda-benda buruk yang akan terjadi. Dia mendekati ke muka pintu.

"Nuguya?" Tanya dia. Payung yang tersimpan rapi didalam pasu dikeluarkannya.

Tiada sahutan.

Liurnya ditelan. Dia melihat melalui lubang kecil yang ada di pintu itu. Wajah orang itu kelihatan samar-samar. Loceng masih lagi kedengaran. Entah mana datang keberanian dari dalam dirinya terus saja dia membuka pintu dengan drastik.

I'm Sorry [EXO KAI] [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now