Bab 4

262 16 0
                                    

~Seminggu kemudian~

Jari Haraa bergerak satu persatu.Kepalanya juga digeleng sedikit.Haraa cuba untuk membuka matanya namun dia rasa begitu susah untuk dia membukanya.

Namun akhirnya dia berjaya juga.Dia melihat sekeliling yang berasa asing baginya.Didalam bilik itu semuanya putih.Haraa menoleh kearah kanan.

Seseorang sedang tidur disisinya.Hyorin.Senyuman terhias dibibirnya.

"Haraa?Kau dah sedar?"Hyorin bangun apabila dia terasa kepalanya diusap oleh seseorang.Hyorin menenyeh matanya bagi menghilangkan mengantuk.

"Akhirnya kau sedar juga.Risau aku dengan keadaan kau nie."Hyorin sepertinya rasa cemas apabila Haraa dikhabarkan dia terlibat dalam kemalangan. "Mian"Haraa memohon maaf.

"Hyorin."panggil Haraa.

"Hmm?"wajah Hyorin dialih kepada Haraa.

"Berapa lama aku tak sedarkan diri?Semuanya okay kan?Baby aku okay kan?"soal Haraa bertubi-tubi.Haraa pelik apabila raut wajah Hyorin menjadi keluh.Ada sesuatu yang tidak.kena ka?

Hyorin masih lagi diam seribu bahasa.Dia melihat Haraa dengan perasaan rasa serba salah yang menggunung. "Seminggu ja kau tak sedar.Kau okay ja."Hyorin membalas dengan hambar.

"Aku tak kesah pasal diri aku.Yang penting anak aku.Dia okay ja kan?"Haraa masih lagi bertanyakan soalan yang sama.Dia memaksa Hyorin agar memberitahunya.

Haraa bertambah cemas apabila Hyorin dari tadi lagi seakan tidak mahu bercakap tentang hal itu.

Suara Haraa menjadi serak. "Baby aku okay ja kan?Dia selamat kan?"jatuh air mata di pipi putih itu.

"Hyorin!!Bagitau aku baby aku okay ja kan?Mana mungkin dia akan tinggalkan aku."suara Haraa tika ini sudah tinggi.Otakknya sudah memikirkan perkara yang negatif.

Hyorin yang melihat Haraa dilanda kesedihan pantas mengosok perlahan belakang badannya.Ingin menenagkan gadis itu.

"Sabar okay?Maafkan aku Haraa.Baby kau dah pergi.Hentakan yang agak kuat semasa kau eksiden tu kau dah pun keguguran kerana janin kau tak cukup kuat lagi.Kandungan kau masih baru lagi."Hyorin dengan tenang memberitahu perkara itu.

Haraa mempunyai hak untuk tahu.Hyorin turut sedih nasib yang menimpa keatas Haraa.Macam-macam perkara yang berlaku.

"Tak!Nie semuanya mimpi ja kan?Kau tipu aku kan?Aku tau kau tipu aku Hyorin.Kau kan suka buat lawak."

Jatuh kesian Hyorin kepada Haraa.Kawannya itu seakan tidak dapat menerima apa yang berlaku.Dia masih beranggapan bahawa ini semuannya adalah mimpi.

"Arghh!!!Baby aku!!!Tak guna!!!!Semuanya jantan tak guna tu punya pasal.Kalau dia tak muncul..benda nie takkan terjadi!!!!!Aku benci kau!!!!!!!!!!!!!!!!!"Haraa tidak dapat mengawal emosinya dengan baik.Malah makin teruk jadinya.

Haraa baling bantalnya kearah pintu bilik air.Kakinya yang diselimuti dengan gemar ditolak dengan kasar.Gelas yang berada disebelahnya juga Haraa menolak ketepi.Haraa sudah bertindak diluar jangkaan.

Hyorin segera kearah Haraa. "Haraa~ahh.Sabar.Jangan ikutkan emosi kau."

"Sabar?!!Kau nak aku sabar macam mana lagi?!!!Hanya diam saja tanpa buat apa?Kalau bukan sebab jantan tu...yang tak tiduri aku malam tu....perkara nie takkan berlaku!!!Dia dah aku benci sekarang nie dia dah tambahkan kebencian aku dekat dia!!!"Haraa menjerkah kuat.Apa yang dikatakan Haraa semuanya luahan hatinya semata-mata.

Haraa menangis sepuas-puasnya.Digenggam rambutnya akibat dia terlalu tekanan.Haraa sudah kehilangan benda yang paling berharga sekali dalam hidupnya.Lebih berharga dari nyawanya sendiri.

Hyorin membiarkan saja Haraa melayan perasaan.Tidak mahu masuk campur.

5 minit berlalu,esakan Haraa makin kurang.Namun lain pulak jadinya apabila Haraa bertindak menarik jarum yang berada di tangannya.

Mata Hyorin membulat besar. "Haraa!Apa yang kau cuba buat nie?"

Haraa melihat wajah Hyorin yang gelisah itu. "Apalagi?Mungkin aku patut mati ja.Mesti anak aku tunggu aku disana."kata Haraa dengan lemah.Tangannya masih lagi cuba mencabut wayar yang bersambung dengan tubuhnya.

"No!Kau salah.Anak kau lagi sedih kalau dia tahu ommanya dia nie bunuh diri.Mesti ada sebab anak kau pergi dan bukannya kau."

Sedikit sebanyak kata-kata Hyorin masuk juga dalam kepala Haraa yang sedang kusut itu.Haraa berhenti daripada mencabut wayar itu.Perlahan-lahan tubuhnya disandar di katil dan merenung kearah jendela.

'Mungkin...aku patut teruskan hidup seperti biasa?'hati Haraa berbicara kepada dirinya.Haraa tak boleh lakukan perkara bodoh.

Haraa cuba untuk bertenang dan berfikir secara rasional.

Hyorin melepaskan keluhan apabila Haraa kembali tenang.Dia berjaya memujuk Haraa dengan elok.Tak perlu doktor datang dan memberi dose tidur.Hyorin membersihkan bilik yang bersepah itu dengan bantuan pekerja disitu.

Apabila sudah selesai,Hyorin merehatkan diri diatas sofa empuk.Dijeling kearah Haraa yang sudah terlelap.

Melihat keadaan itu,Hyorin juga berasa satu badannya letih teramat.Perlahan-lahan badannya direbahkan keatas sofa sebelum lenanya membawa ke alam mimpi.

I'm Sorry [EXO KAI] [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now