HANYA DIA: PART 13

148 10 2
                                    

Pagi tu CEO big hit panggil semua bts untuk meeting. Tapi Jhope, Jin dengan v tak ikut sebab jage jungkook kat rumah. Jadi rapmon, suga dengan Jimin je yg meeting waktu tu.

"Mcam yg korang tau, kontroversi pasal jungkook dah tersebar kat media. Wartawan pun dah start tanye pasal ni. Peminat dah marah. Ranking kite pun jatuh teruk. Ape kite nak buat sekarang?". CEO tu cuba bincang dengan diorang.

"Pecat eunjin.". Selamba rapmon cakap.

"Ape maksud kau hyung. Die kan manager kite". Jimin pandang rapmon tajam.

"Kau buta ke? Tak tengok ape die buat dekat maknae. Tu baru jungkook, kawan baik die sendiri. Lepas ni, tak mustahil kite plak". Tegas rapmon.

"Kite bagi la die peluang. Lagi pun die sendiri cakap die tak buat benda tu. Kite sendiri pun tak pasti lagi kan".

"Jimin. Kau nak benda ni berterusan ke. Kau dengar sendiri kan peminat dah marah. Pekak ke?". Suga pandang tepat kat mata Jimin.

"Yang kau nak backup sangat eun tu knpe? Kau suke die?". Rapmon bengang. Jimin bangun macam nak tumbuk diorang tapi manager sempat pegang die.

"Okay stop. Mungkin betul cakap Jimin. Kite bagi die peluang. Jadi, kite akan buat interview and panggil semua wartawan untuk soal jawab dengan korang. Lagi pun saye dah cari orang untuk siasat benda ni. Kalau betul eunjin salah, saye sendiri akan pecat die. Tapi kalau tak, tu terpulang dekat die sendiri. Deal?". CEO tu bagi cadangan.

"Erm. Okay. Aku setuju". Diorang terima cadangan tu.

S K I P

Sampai je dekat dorm, rapmon terus baring kat sofa. Nak rehat kejap kate nye. Suga dah naik atas. Jimin pergi dapur sebab nak ambik air. Sampai je dekat dapur langkah jimin terhenti tibe2.

"Minju?!! Buat ape kat sini?!". Nada jimin naik.

"Ouh oppa..dah balik ke. Minju buat kan sup panas untuk jungkook oppa. Die kan tak sihat". Selamba je minju cakap. Jimin tak pedulikan die. Die ambik jus dalam peti ais dan minum rakus. Habis je minum die hentak gelas tu kuat sambil pandang minju tajam. Terus die pergi dari situ. Muke die bengang. Tapi die diam. Die capai jacket, cap dan mask die dan keluar dari rumah. Die hempas pintu tu kuat sampai kejut kan rapmon. Tapi lepas tu rapmon tidur balik. Mlas nak layan perangai Jimin.

***
Eunjin jalan dekat gigi air. Pantai tu buat die rase tenang. Angin kuat tiup rambut die. Dah lame die berjalan tapi rase penat tu takde. Tibe2 eunjin rase ade tangan yang genggam tangan die. Terus die pusing tepi.

"Jimin oppa..". Nada eunjin lembut dan kali ni die tak melawan. Jimin terus tarik die dalam dakapan.

***
Jimin dengan eunjin duduk beralaskan pasir sambil menghadap pantai. Lame diorang senyap.

"Oppa percayakan eun". Jimin mule cakap bile die perasan eunjin senyap dari tadi.

"Nae??". Eunjin pandang die.

"Walaupun benda tu tak pasti lagi. Tapi hati oppa tetap cakap yang eun tak buat semua tu". Eunjin hanya angguk lesu. Takde ape yang die nak cakap sekarang. Mungkin Jimin percaya die. Tapi BTS yang lain sebaliknya.

"Eun jangan la risau sangat. CEO dah cari orang untuk siasat benda ni. Dan kalau-".

"Eun tau. Diorang ade call tadi. Jangan risau pasal eun. Eun okay". Die senyum tawar. Sengaje die potong cakap Jimin. Dah letih die dengar benda yang same.

"Kookie macam mane? Die okay?". Soalan eunjin buat Jimin terkedu. Die tak sangke dalam keadaan macam ni pun die masih lagi fikir pasal jungkook.

"Die..tak sihat sikit. Demam. Ade kat dorm tengah rehat".

Hanya Dia...Where stories live. Discover now