BAB 8
AKHIRNYA Encik Zanif pulang setelah dua jam lebih berada di rumah Nurin. Kasihan dia, kena melayan Puan Azah yang sibuk interview itu ini , tak jemu-jemu menanya. Mujur Encik Zanif dilihat mempunyai kesabaran yang tinggi. Tersenyum sahaja. Selalu sahaja dia kerling Nurin yang duduk agak jauh darinya.
Habis , semua orang dah himpit Encik Zanif dekat-dekat, terpaksalah Nurin mengalah, kena menjarakkan diri, asalkan dibenarkan mengadap bos pun dah cukup bagus. Semasa mak-mak datin ramai tadi, mulut dan mata emak kerapkali mengarah Nurin sebagai isyarat masuk ke dapur, atau ke mana-mana sahaja, asalkan jauh dari teman-temannya. Bila mereka balik, barulah Nurin dibenarkan berada di situ semula , itupun sebab tak patutlah kan untuk biar Encik Zanif , sedangkan hanya Nurin yang bos kenal.
Di mata Nurin , si adik 'kesayangan'nya punyalah tergedik-gedik untuk tarik perhatian Encik Zanif . Yang best nya , bos layan dia biasa-biasa saja, tidaklah mempamirkan keterujaaan apatah lagi untuk mengedik sama. Malah bos lebih banyak memandang Nurin dengan memberikan senyuman demi senyuman. Alahai...ini yang buat hati Nurin mula perasan dan terpaut habis pada bos!
Tapi kan bos, takkanlah Zurin yang ump tu boleh kalah di tangan Nurin si cacat? Macam tak caya pula . Jujur ke bos ni?
"Good night Nurin, see you on Monday"
Ayat Encik Zanif , sebelum dia tutup pintu kereta. Ditujukan untuk Nurin seorang tau, sedangkan Zurin pun tercegat berdiri di sebelah. Nurin balas dengan anggukan dan senyuman paling manis yang mampu dia buat. Seingatnya hanya dua orang lelaki saja yang pernah dapat senyuman ini. Alan dan Encik Zanif. Abah , tak masuk kira la.
Hati Zurin sudah panas membara. Terang-terangan martabatnya terjatuh bedebuk-debuk malam ini. Patut ke dia yang anggun macam ratu baba-nyonya ni tidak dihiraukan , dan lelaki itu rela memilih musuh azalinya yang OKU tu? Sedangkan dia mengenali Zanif lebih dahulu, semasa di Australia lagi . Huh...sungguh dia rasa terhina!
"Ceh perasan ! Sedarlah diri tu sikit. Takkan ada lelaki hebat inginkan kau, kecuali untuk main-main. Orang bodoh macam kau saja yang tak tahu".
Dihamburnya Nurin selepas kereta Zanif bergerak pergi.
Amboi, elok sungguh bahasa si adik. Namun, seperti biasa Nurin tetap berlagak seolah-olah tak terkesan apa-apa . Cara itu akan buat Zurin lebih stres dari pumpang-pumpang berbalas kata.
Apa-apapun , terselit rasa bahagia di hati Nurin. Encik Zanif membuatkan dia rasa menjadi seorang gadis sempurna. Terbuai-buai dengan layanan baik dan kata-kata romantisnya. Tak kisahlah Encik Zanif jujur atau tidak. Yang penting saat ini perasaannya penuh bunga-bunga . Seronok.
Nurin masuk ke dalam rumah . Badan tersangat letih, dia cuma mahu mandi dan tidur. Rindu sangat untuk peluk Fatin. Dua malam tidak sekatil dengan si comel itu. Rindu juga pada wajah sahabat purnamanya. Masuk ini, tiga malam tidak bersidang di bawah cahaya bulan. Lama tu...
Koleksi lelaki pojaan Nurin sudah dua orang tau...jangan tak percaya. Nurin tersengih sendiri.
Sampai di anak tangga untuk ke tingkat atas, Nurin perlahankan langkahnya. Ada perbualan sensasi. Dengar, jangan tak dengar.
"Emak berkenan betul dengan Encik Zanif tu Zurin"
"Ha, Zurin kenal dia dah lama mak. Dulu dia kerja tak jauh dari tempat Nurin belajar".
"Zurin kenalah rebut peluang, jangan terlepas pada anak dara orang lain. Tadi mak-mak datin tu dah ada yang pasang angan. Kalau dapat orang macam tu jadi menantu, baru mak puas hati, ada rupa, ada harta, ada pelajaran, budi bahasa pun tak kurang. Baru padan dengan anak mak yang cantik jelita , putih gebu ni".
YOU ARE READING
JUJURLAH NIKAHI AKU
RomanceKarya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata...