JNA : BAB 7

3.6K 47 2
                                    

BAB 7

TUBUH Nurin menggelentar kesejukan dalam kereta Passat Zanif. Acapkali Nurin kerling butang kawalan penghawa dingin yang diset pada suhu sejuk maksima. Encik Zanif di sebelah kelihatan rilek sahaja. Tanda suhu sejuk melampau ini tidak memberi kesan apa-apa padanya.

Logiklah Nurin, badan kamu tu besar mana, badan dia bagaimana? Kamu tu kurus , tak ada lemak-lemak berlebihan bagi memanaskan badan dalam keadaan terdesak macam ni, sedangkan tubuh orang sebelah, sasa berketul-ketul dagingnya, tentu saja tak hairan dengan keadaan sekitar yang kurang menyenangkan. Lagipun ...dia kan sudah terbiasa dengan cuaca sejuk di luar negara sebelum ini. Owh ya, boleh pula Nurin lupa hal itu.

"Senyum-senyum tu kenapa?". Ton suara, alunan menggoda.

Aik? Encik Zanif boleh nampak bibir dia dalam cuaca yang beransur gelap ni? Malu. Rasa nak sorok muka, tapi tak tahu di mana.

"Tak ada motif apa-apa. Anggaplah sebagai ucapan terimakasih pada Encik Zanif yang banyak belanja saya sepanjang di Melaka. Tak sangka pengganti Tuan Zainal juga sangat baik ".

Zanif ketawa. Baik-baik ada makna, awak saja yang lambat pick up, omelnya dalam hati.

"Semua bospun, kalau jumpa staf secantik dan sebaik you, secara automatik akan jadi bos penyayang, tak kiralah yang muda ke, tua ke.".

Zanif kerling Nurin dengan senyum sengetnya. Hendak sahaja dia cuit hidung comel yang terletak elok di wajah gadis itu, namun niat tersebut masih dapat dikawal. Nurin berbeza dari perempuan-perempuan yang selalu didampinginya. Mereka itu suka saja dipegang sana sini. Kalau teringin buat aje, tak luak kata dia orang, masa muda la nak enjoy, rasa semua, kalau dah ganyut nanti taklah kempunan hingga sanggup tok wan rogol cucu sendiri. Bernas sungguh alasan mereka.

Nurin terdiam. Dia rasa tercekit air liur sendiri mendengar kenyataan Encik Zanifnya. Alahai, bos ni pandailah mengayat. Tapi silap orang. Cantik? Takkan pada Nurin kut. Entah-entah bos teringat pada girlfriend dia yang cantik lalu terpuji Si Nurin. Trajisnya.

Untuk pengetahuan bos, Si Nurin ni tak ada mana-mana lelaki muda pun yang berkenan dan nak buat baik. Kecuali Alan anak Uncle Wong. Itupun sebab simpati dan sekadar hubungan seperti abang-adik, bukannya berkasih cintan cintun. Pendek kata, Nurin ni perempuan yang tak laku. Bakal menjadi andartu seperti Kak Ju di sebelah mejanya, malah lebih teruk lagi agaknya sebab Kak Ju tu pandai saja berusaha. Nurin nak usaha apa dengan jari 4-6 ni? Siapa yang suka? Mungkin ada , tetapi lelaki itu buta!

"Singgah R&R depan okey? Makan"

"Makan lagi? Yang tadipun belum hadam lagi Encik Zanif"

"Hesy, mestilah kena makan lagi, dinner, tadi tu minum petang. Biar you sampai rumah dengan perut penuh. Taklah father you kata I ni bos kedekut. Dan boleh buat jamak taqdim maghrib-isyak terus di situ. Balik nanti boleh terus rehat ,nampak you macam dah penat sangat ".

Nurin angguk . Suka. Bangga dan respek sangat dengan peribadi Encik Zanif yang sungguh perihatin itu. Patutlah Tuan Zainal selalu menyeru-nyeru anak lelakinya kembali ke tanah air. Hampir menanah la telinga Nurin mendengar luahan perasaan bos tuanya. Baru dia faham kini.

Ha tu dia Nurin, dua-tiga hari lepas mengumpat lagi tuduh Encik Zanif tak solat, bukti yang jelas, jamak-jamak sembahyang pun dia handal. Tabik hormat kat encik seorang ni kerana tak menunjuk-nunjuk bab-bab beribadah. Sebab , masa tiga hari bekerja di Melaka, Encik Zanif selalu menunjuk arah surau kepada Nurin, tetapi tidaklah dia bersaing atau mendahului Nurin ke situ. Dia pergi surau, namun tidak di hadapan mata Nurin. Telah Nurin.

Bab solat, kes ditutup, Encik Zanif dapat markah penuh. Bab-bab lain? Pun markah penuh! Berbintang-bintang .Tidak ada yang kurang pada Encik Zanif kecuali satu hal, dia perokok tegar. Hurm...sebelum ini, Nurin paling menyampah dengan lelaki yang hisap rokok, tapi entah la ke mana perginya rasa benci itu , bila berdepan dengan Encik Zanif. Tidak pula terdetik perasaan tidak suka dalam hatinya.

JUJURLAH NIKAHI AKUWhere stories live. Discover now