"ABANG ALAN, Ayien rasa Ayien dah jatuh cintalah!"
Tergiang-giang ayat 'gempak' Nurin melalui corong telefon . Semalaman Alan tak dapat tidur memikirkan. Mula-mula dengar, Alan memang marah, kecewa habis, tak terkata apa hingga dia matikan talian dengan alasan nak ke bilik air. Tidak percaya yang Nurin sudah jatuh cinta dengan orang lain, dan dia bukan lelaki itu.
Tiga puluh minit kemudian baru dia telefon Nurin semula. Selepas bertenang dan berfikir, rasa kasihan pada Nurin melebihi segala rasa yang lain. Nurin sekadar ingin berkongsi bahagia dengannya. Dengan siapa lagi Nurin hendak mencurahkan rahsia hati kan , selain dari dia? Dengan itu, walau hati hancur berkeping-keping ditahankan juga demi seorang Nurin.
"Siapa lelaki yang bertuah tu meimei?" Seingat Alan, dah lama juga dia tak guna gantinama meimei pada Nurin.
"Err...err..."
"Tak nak share dengan Abang Alan ke siapa orangnya?"
"Err...bos Ayien...malu sebenarnya nak bagi tahu Abang Alan".
Alan diam, hanya nafas sahaja yang kedengaran di telinga Nurin. Dia cuba tenangkan diri. Jika face to face, sudah tentu Nurin perasan wajah gelisah dan kecewanya.
"Dia suka Ayien juga?"
"Entah, ya kut. Dia layan Ayien baik sangat, berbeza layanan pada orang lain. Cara dia pandang, ambil hati , beri perhatian, buat Ayien rasa sangat istimewa".
Nurin sangat malu sebenarnya untuk bercerita pada Alan, tetapi dia tak tahu pada siapa hendak diluahkan segala rasa dalam dada ini. Alan sahaja orang yang tepat baginya. Nak tak nak dia kena keluarkan perasaan yang terpendam ini, takut meletup pada orang yang salah, lalu disalah ertikan. Dengan Alan lain, dia selalu memahami, tidak menjaja cerita sana sini. Mereka bagaikan satu hati .
" Dia dah confess?"
"Err... err...belum".
Nurin nak jadi bisu kejap boleh tak. Tak tergamaknya nak mengaku. Seolah-olah Nurin yang perasan sorang-sorang. Memang iya pun! Eei... Malu! Malu! Malunya!
Sebaliknya Alan di sebelah sana menarik nafas lega. Baru boleh balik rumah dengan tenang. Dia masih lagi on duty, namun semua tugasan sudah siap , tinggal menunggu masa untuk punch card.
" Hati-hati meimei. Abang Alan tak nak lihat meimei bertambah derita. Cukup-cukuplah dengan apa yang Ayien suffer selama ini".
Nasihat ikhlas Alan sebelum memutuskan talian. Tetap bimbang , takut Nurin dipermainkan lelaki-lelaki di luar sana. Mereka tidak kenal Nurin sebagaimana yang dia kenal. Dan sudah tentu mereka tidak sayang Nurin sebagaimana yang dia sayang. Alan sangat yakin itu. Seratus peratus!
Tetapi apa yang dia boleh buat untuk Nurinnya?
Nurin perlu bahagia...dan dia tidak mampu buatkan gadisnya bahagia...
"Marry her. And you change... ".
Itu cadangan papa.
"Be a Muslim? Kerana hendak kahwin Ayien papa?".
" Look Alan, bukan sekadar kahwin Ayien saja, tapi papa mahu Alan punyai sesuatu dalam diri. In your heart, your soul. Sampai bila Alan nak hidup macam papa? . I don't want you to be like me. Not at all. I want you to be happy, inside and outside. Papa tahu Alan anak yang baik, lelaki baik, bertanggungjawab, malah lebih baik dari sesetengah mereka yang taat Tuhan, tapi jauh di sudut hati, papa mengharapkan sesuatu yang lagi baik ada dalam diri Alan".
Alan faham maksud papa. Papa mahu Alan hidup sebagai manusia yang punya jati diri, makhluk dunia yang punya harga, ada jiwa, ada roh. Bukan kosong , hanya bersandarkan kasih sayang papa dan popo. Cuba bayangkan jika kedua-duanya tiada nanti, bagaimana hidup Alan? Selama ini kehadiran papa, popo dan tidak ketinggalan Nurin yang buat Alan jadi kuat dan bersemangat untuk hidup. Alan hidup untuk mereka.
YOU ARE READING
JUJURLAH NIKAHI AKU
RomansKarya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata...