Kisah Waktu Kecil

6.5K 451 7
                                    

Aku lelaki sulung daripada empat orang adik beradik. Kakak aku
Khadijah merangkap benih sulung yang bercambah dalam rahim Puan Mama meninggal dunia ketika 7 bulan dalam kandungan. Jadi, tanggungjawab menjadi yang sulung itu sudah pindah ke bahu aku untuk aku pikul bebannya.

Adik-adik aku kembar. Double trouble ni lahir waktu aku baru berusia 2 tahun.

Puan Mama kata, aku kuat mengamuk waktu kecil. Mungkin sebab tumpuan semua orang dah bukan pada aku. Tak kisah saudara jauh atau dekat bahkan Puan Mama dan Encik Papa sendiri akan tengok kembar dahulu. Kemudian baru aku. Disebabkan jarak umur aku dengan double trouble tak berapa jauh sangat, tetapi cara layanan yang agak berbeza buat aku cemburu.

Kau tahulah kembarkan, mesti mak ayah nak pakaikan baju sama apa
semua. Disebabkan double trouble kembar tak seiras seorang lelaki seorang perempuan, lagi seronoklah Puan Mama pilih baju mereka yang nampak seakan pasangan mini. Baju aku mesti lain daripada mereka. Aku nak juga pakai baju yang sama!

Aku memang tak banyak bercakap. Aku bercakap pun lambat daripada
budak normal. Entah la macam mana aku nak terangkan ni. Tapi kelahiran
Double trouble betul-betul buat aku tertekan. Seawal usia jagung jagungan aku dah tertekan. Aku perlukan perhatian yang lebih. Persekitaran aku buat aku malas nak bercakap dengan manusia dan aku sendiri tak mahu bercakap dengan aku. Sebab tu, bila aku kena bercakap aku jadi gagap yang teruk. Tapi, dalam tak banyak aku bercakap aku kuat mengamuk. Macam aku yang bongsu pula.
Memang tak segan silu aku baring guling-guling dekat lantai tanpa mengira waktu dan tempat.

Kadang-kadang aku menyorok dalam almari bilik aku. Tak sesak nafas
pun, almari ada ruang udara. Tak keluar sampai aku dengar nama aku dilaung dijerit baru aku tolak pintu almari dan keluar. Encik Papa cerita, pernah sekali aku tertidur dalam almari. Tak muncul langsung. Sedar aku tak ada sebab nak keluar waktu tu. Punyalah mereka cari satu rumah siap ronda taman lagi, akhirnya jumpa secara tak sengaja bila Puan Mama buka almari tengok aku
tengah pisat-pisat mata. Teruk juga Puan Mama marah aku waktu tu tapi marah Puan Mama tak adalah sampai aku kena pelangkung.

Puan Mama polis unit khas kut dulu pada zaman kegemilangannya. Nasib baik aku tak dilipat empat. Lepastu Puan Mama peluk aku sambil menangis. Waktu ni aku umur 6 tahun. Aku ingat sangat macam baru semalam jadi. Antara sebab kenapa aku ingat ialah Puan Mama dah lama tak peluk aku waktu tu.

Sejak tu, aku putuskan untuk jadi pendiam sangat sebab aku ingat kalau
aku buat macam tu, Puan Mama akan cari aku. Tapi tak pun, Puan Mama
semakin sibuk dengan urusan syarikat dan Encik Papa dengan tugasnya menjaga keamanan negara. Aku ingat Encik Papa superhero dulu. Aku sebenarnya teringin nak tanya kenapa Encik Papa tak pakai spender dekat luar.

Jangan gelak!

Aku tak boleh terima apa sahaja ilmu yang cuba disumbat dalam kepala
otak aku. Baik ABC mahupun Alif Ba Ta. Benda pertama aku nak terima ialah kasih sayang dan perhatian daripada Encik Papa dan Puan Mama yang diberi lebih dekat double trouble.

Tapi, disebabkan dua-dua sibuk dan dah jarang masuk ke bilik nursery
dekat HQ Syukur Travel memang benda yang aku nak tu agak mustahil la. Aku tak benci double trouble sebab aku tahu bukan salah merekapun. Aku lebih tua dari mereka kut! Aku ada satu naluri sejak kecil lagi, naluri untuk menjaga. Tak kisah jaga apa, semua aku boleh kecuali jaga perasaan sendiri.

Dalam diam aku, aku jaga kembar tu elok-elok. Aku betul-betul aplikasikan action speaks louder than words. Budak dua orang ni memang hormat aku sebagai abang walaupun keadaan aku macam apa je waktu tu. Aku beri mereka kasih sayang aku dengan cara aku dan mereka balas dengan cara
mereka.

Diam, pendam.

Cara itu yang aku pilih. Biar aku sakit, jangan mereka sakit. Tapi aku masih lagi tak boleh dan tak mahu terima apa sahaja yang cuba diajar orang lain.

Puan Mama mula cari tutor peribadi untuk aku sebab aku tak mahu ke
tadika tapi semua tak tahan dengan perangai aku sekejap je dah lari. Masuk darjah satu keputusan aku mencatat sejarah, kosong untuk semua mata pelajaran. Namapun cikgu tuliskan, kertas kosong suci murni bersih. Tipu je, aku lukis Pikachu besar-besar dekat kertas.
Sampailah satu hari ni, Cik Ila muncul. Aku rasa dia memang terdesak nak duit waktu tu dia guna macam macam cara nak suruh aku belajar duduk semeja dengan dia. Double trouble seronok je belajar ABC dengan dia aku duduk dekat sudut bilik sambil kepala otak blank memerhati.

Cik Ila kata, Puan Mama dan Encik Papa akan sayang aku kalau aku
pandai. Memang jelas sangat suara dia waktu tu. Jadi, aku konklusikan aku kena jadi pandai baru Puan Mama dan Encik Papa pandang aku dengan perhatian dan kasih sayang.

Mula dari situ aku mula cuba belajar. Sumpah susah gila sebab aku dah
block otak aku daripada terima apa-apa. Aku cuba ingat abjad aku cuba ingat huruf. Aku buat apa yang Cik Ila suruh tapi biasanya berakhir dengan kertas yang terkoyak ataupun aku koyak. Memang tak boleh.
Aku belajar ngaji pula dengan Umi. Umi aku ialah wanita paling sabar
dalam dunia. Sungguh-sungguh dia cuba untuk hidupkan ruh Al-Quran dalam jiwa aku walaupun aku ni kerjanya asyik buffering je. Alif di atas Aa pun aku tak boleh nak ingat. Dengan Umi aku tak berani nak lawan. Aku tak berani nak jerit atau mengamuk.

Dekat sekolah pula, dari darjah satu aku kawan dengan abang susuan aku,
Abang Nawfal. Budak yang sebaya dengan aku tak nak kawan dengan aku sebab aku tak pandai. Kena ejek bodoh tu dah biasa la. Disamakan dengan lembu la apa la. Teruk juga aku kena buli secara mental waktu darjah satu dulu. Sampai Abang Nawfal tahu dia terus lapor dekat cikgu maklumlam abang aku
tu pengawas. Aku benci gila sekolah waktu tu tapi Puan Mama suruh sekolah jadi aku sekolah je la. Zaman kanak-kanak penuh parut di hati sungguh!

Kau faham tak struggle belajar yang kau dah usaha sungguh-sungguh tapi
kenapa masih tak dapat masuk. Aku rasa benda tu waktu darjah satu. Tapi aku rasa umur apa pun sama je. Lagi bertambah geram bila kita dah usaha sehabis daya tapi bila orang tengok kerja yang kita buat dia rasa macam kita tak buat apa-apa sebab tak ada perubahan. Sumpah waktu tu aku down gila. Aku rasa itulah lowest point dalam hidup aku sepanjang 7 tahun bernafas waktu tu.
Dengar macam drama lebih tapi tu la realiti yang aku rasa. Aku tak boleh nak ingat. Nombor dan huruf tu semua macam berpusing- pusing je dalam otak lepastu keluar. Cikgu dekat sekolah bukan main laju.
Belajar dengan Cik Ila pula latihan yang diberi sukar untuk dia buat. Cara mengajar semua orang tak serasi dengannya.

P/S: Kalau kau orang tertanya-tanya macam mana aku boleh ingat semua
ni, kau orang perlu tahu yang otak aku diberi kelebihan oleh Allah untuk
mengingat. Ingatan aku sangat kuat tapi aku yang menolak ilmu untuk masuk seawal usia.

Aku Bukan Dyslexia Where stories live. Discover now