Cikgu Wan : Si Bujang LINUS

4.1K 365 5
                                    

Titik perubahan hidup aku bermula bila Allah takdirkan cikgu bujang
kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang yang aku sangka datang untuk menambah lagi neraka hidup aku rupanya hadir untuk membantu.

Waktu awal-awal memang aku anti gila dengan cikgu ni sampai tahap aku tak mahu selisih pun dengan dia. Kalau aku nampak dia dekat tangga, aku rela patah balik lalu jalan jauh sebab aku tak nak bagi salam dekat dia. Aku taknak doakan dia sejahtera pun.

Pergh, sampai sekarang aku terasa berdosa lagi.

Nak tahu kenapa? Dia satu-satunya cikgu yang periksa kerja rumah lepastu kena buat pembetulan tak cukup dengan tu selalu ugut tak siap tak boleh keluar. Dah la kelas dia selalu waktu akhir dengan waktu rehat.

Disebabkan kebebalan aku dalam matapelajaran akademik, aku tersenarai dalam pelajar LINUS. LINUS ni program untuk murid yang tak capai standard literasi dan numerasi dekat sekolah. Kira budak yang sangat lemah dalam bahasa ataupun matematik. Aku la tu. Cikgu LINUS sekolah waktu aku darjah
satu dah tua dah. Dia buat juga kerja dia tapi cara dia pun tak serasi dengan aku.

Nak dijadikan cerita, Cikgu Wan Nadim ni cikgu fresh graduate yang
baru kali pertama posting lepas praktikum. Kata orang tu tengah darah panas. Antara 30 orang budak LINUS aku paling teruk sekali jadi dia asingkan aku seorang. Kelas aku je dengan dia lepas sekolah. Kau nampak tak betapa kejam
cikgu ni? Masa Qailulah aku pun dia nak rembat dah la petang tu ada kelas dengan Cik Ila pula. Setiap kali aku kena berhadapan dengan cikgu ni, aku selalu tak tenang. Panik semacam jadi aku melukis.

Aku dapat kawal perasaan aku bila aku melukis. Dekat rumah aku ada satu frame kayu besar dekat dinding
ruang tamu. Puan Mama dengan Encik Papa bingkaikan lukisan pertama aku yang aku buat guna gincu Puan Mama dan Puan Mama letak tanda tangan Furqasso. Macam tu la aku dapat nama ni.

Berbalik kepada cerita aku tadi, orang lain siapkan kerja yang dia bagi
lepastu tunggu loceng dan balik. Aku masih dekat dalam kelas. Kertas yang Cikgu Wan bagi langsung aku tak usik. Aku lebih fokus melukis Naruto Abang Nawfal dekat kertas A4. Bila loceng, ramai yang keluar. Padahal aku tahu ramai je yang menipu. Tak siap kerja lagi tapi dah balik. Aku tak berani nak menipu.

Abi Afiq kata, kalau menipu ilmu tak berkat nanti hati cepat gelap. Ilmu itu cahaya tak mungkin akan bercampur dengan zulumat iaitu kegelapan.

Aku simpan Naruto yang dah siap tu dekat bawah laci meja. Laci meja aku memang penuh kertas. Serabut betul. Kalau ular ada dalam meja pun aku tak perasan.

Dia datang dekat aku. Tanya kenapa aku tak pergi je macam kawan aku yang lain. Aku jujur je lah dengan dia. Aku tak siap kerja.

Hadirnya cikgu ni bawa sinar baharu dalam hidup aku. Dia nampak apa
yang aku cuba sembunyikan daripada orang lain. Tekanan yang aku hadapi, yang aku sangka orang lain tak akan faham. Hari demi hari bersamanya buat aku lebih terbuka. Dia sahaja yang berani bercakap tentang kebenaran aku kepada Encik Papa dan Puan Mama.

Dia buat ujian dyslexia ke atas aku sebab itu yang dia syak. Keputusan ujian tu sangat persis dengan budak yang ada masalah pembelajaran ni sedangkan aku bukan dyslexia. Aku cuma seorang budak yang menolak untuk belajar.

Kondisi otak yang aneh. Manusia ni
kewujudannya nampak sama, tapi berbeza. Itu yang menjadikan kita unik.

Cikgu ni bantu aku sedaya yang dia mampu. Dia yang pertama buka mata Encik Papa dan Puan Mama. Puan Mama dan Encik Papa bawa aku ke klinik psikologi kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.

Aku berhenti sekolah rendah waktu darjah dua. Aku dah tak sekolah
sebab aku tak suka budak-budak dekat sekolah ni dan aku tak serasipun dengan sistem persekolahan. Aku ada cara dan rentak aku sendiri.

Aku Bukan Dyslexia Where stories live. Discover now