Sebelum mengakhiri buku ini, aku nak kau pasakkan dalam hati. Aku,
kau dan seluruh pemuda-pemudi Islam ialah harapan ummah yang kian tenat.Dibahu kita terletaknya masa hadapan agama Allah ini. Benar, janji tuhan itu benar. Islam akan menang dengan atau tanpa kita. Tapi, kita tidak akan pernah menang tanpa Islam.
Kalau bukan kita, hendak harapkan siapa membuat kerja-kerja dakwah?
Kalau bukan kita, siapa yang mahu tegakkan semula panji Islam?Membela seluruh saudara Islam yang ditindas kejam oleh para kafirun!Kalau bukan kita, kemana hala tuju sebuah negara Islam bernama
Malaysia yang semakin hari semakin uzur ekonominya. Semakin tua
pemimpinnya?Ada masalah yang lebih besar berbanding niqabis selfie. Ada isu yang lebih rumit berbanding main DOTA ML PUBG Fortnite tak berhenti.
Pulanglah, kembali kepada fitrah yang suci. Siapkan ketumbukan tentera
Al-Mahdi. Itu tanggngjawab anak muda Islam kerana ummah memerlukan kita.