Bisikan Kekuatanku

90 3 3
                                    

Dan kau tanya dalam diam,
Mampukah aku ?
Bisakah aku ?
Bolehkah aku ?
Dalam aku menuntut ilmu TUHAN
Sambil tanggungjawab datang bergegas.

Percayalah.
TUHAN tidak sekali-kali mendera hamba
Apa yang diberi itu semampu kita
Apa yang dicurah itu semahu kita
Jangan mengalah sebelum mencuba
Jangan berserah sebelum usaha
Jangan pasrah sebelum tawakkal.

Tiada manusia yang tidak berjaya, tapi hanya kejayaannya yang tertangguh.

Kuat. Tabah. Hadapi dan pelajari. Ceria.
Kerana engkau Bisikan Kekuatanku.

Kalam HatiWhere stories live. Discover now