Pembaca Kalam Illahi

49 4 0
                                    

Kita mesti pernah terfikir.
"Ya tuhan. Aku ingin membaca kalam-Mu. tapi bagaimana.?"
"Ya tuhan. Jadikanlah kalam-Mu sebagai temanku. Tapi layakkah aku.?"

Mempelajari ilmu bacaan Al-Quran,
Semestinya ada ujian,
Tak lepas juga dari dugaan,
Kadang kala hadir juga bisikan syaitan,
Untuk melemahkan kita,
Meragukan kita,
Mematahkan semangat kita.

Tapi ingatlah,
Disebalik ujian itu ada kenikmatan,
Disebalik dugaan itu adanya kemanisan iman,
Yakinlah dengan kuasa tuhan,
Kerana Manusia yang ikhlas berkorban di jalan Allah,
Yang sanggup hadapi ujian dan dugaan dari Allah,
Tak lain dan tak bukan,
Allah amatlah sudi menyediakan syurga kepada kita.

Hiraukanlah bisikan² syaitan,
Yang melemahkan kita,
Yang mematahkan semangat kita,
Dengarkanlah Zikir² cinta dari Allah,
Bacalah Kalam² cinta dari Allah,
Yang menenangkan kita,
Yang mampu memberi kekuatan tanpa disangka.

Bacalah Quran dengan penuh keikhlasan dan istiqamah,
Moga dengan usaha kecil kita itu,
Allah menempatkan kita disyurga firdausi Illahi yang indah abadi.

Syadiq_smartz.
Insan berjiwa.
Updated 10/5/2016.

Kalam HatiWhere stories live. Discover now