Because I'm Your Husband Forever ( Part 16)

1.2K 66 14
                                    

Baekhyun'pov
Keesokan paginya, aku membuka mataku dan terpancar wajah yang paling aku sayang iaitu isteriku yang cantik. Mukaku dengan mukanya sangat dekat disampaikan hidungku dengannya berlaga sesama sendiri. Comel sungguh tengok Taeyeon tidur dengan lenanya. Aku mencium dahinya. "Adakah dia akan dapat terima aku?? Dia sayang aku dengan ikhlas ke??" Aku mengomel dengan hatiku sendirian. Tiba2 telefonku berbunyi lagu Shut Up And Dance With Me iaitu salah satu lagu kegemaranku yang menandakan satu mesej masuk. Aku melihat pada screen handphone ku dan membuka lock pada screen tersebut.

From: Omma Cute
"Baekhyun ah, petang nanti datang rumah appa dan omma. Omma ajak jugak parents Taeyeon. Omma ada nak bincang dan buat suprise sedikit untuk korang"

To:Omma Cute
"Ok. Nanti kitaorang pergi ye omma. Take care".

Aku menekan send. Aku melihat wajah Taeyeon sekilas sambil tersenyum dan aku bangun dari katilnya dan pergi ke bilikku untuk mandi lah takkan basuh jamban pulak -,-(jangan buat lawak bodoh pagi2 ni -_-).
Skip

Taeyeon'pov
Aku menggeliat kecil. Aku bangun dari tidurku kerana aku terdengar orang menyanyi dengan merdunya berdekatan denganku. Aku suka akan suaranya. Aku mencari suara tersebut dan rupa - rupanya suara itu dimiliki oleh orang yang berada di dalam bilik mandi Baekhyun. Semestinya Baekhyun. Pffffttttt. Kenapa suara dia sedap sangat?? Aku mengendahkan soalan yang bermain di fikiranku. Aku membersihkan diri di dalam bilikku dan selepas itu aku pergi ke dapur untuk membuat sarapan. Baekhyun masih lagi dengan angan-angannya di dalam bilik mandi yang tidak habis2 menyanyi. Aku membiarkannya sahaja dan terus memasak. Beberapa puluh minit kemudian, aku sudah siap memasak dan menyediakannya di atas meja makan sambil menunggu Baekhyun siap mandi. Aku sudah mulai bosan menunggu Baekhyun yang sudah hampir dua jam dia mandi. " Haissh dia mandi ke dia tidur dalam bilik mandi tu?? Lama benor aku jenguh menunggu. Hmmm sabar jelah. Kan syurga di bawah telapak kaki suami. Hmmmm hah!!! Apa kata aku sakat dia?? Lama tak sakat orang ni. Hehehehehe!!!" Aku mengilai seorang diri seperti pontianak harum sundal malam. Aku menjejak kakiku perlahan2 ke arah bilik Baekhyun. Aku redah sahaja biliknya. Aku menolak daun pintu tanpa mengetuknya dan aku terlopong. Aku cepat2 menutup mataku. Haish tercemar mataku yang selama ini suci sahaja. Benci betul!!

Baekhyun'pov
Selepas aku berpuas hati dengan suara merduku, aku membersihkan diriku (cish patut lama mamat ni tak mandi lagi rupanya','). Selepas sepuluh minit, aku keluar dari bilik mandiku. Aku hanya memakai tuala paras pinggang dan aku tidak memakai apa2 pada badan atasku. Apabila aku ingin menyarungkan baju pada badanku yang telah lengkap dengan seluar pendek paras bawah lutut, tiba2 Taeyeon membuka daun pintu bilikku tanpa ketukan pun. Haish apa punya isteri la sahaja nak tengok badanku yang meletop ni(puihhh. Muntah pelangi sekalian). Mulut Taeyeon terlopong dan cepat2 dia menutup matanya. Aku sudah tersenyum sinis. " Buka lah mata tu" aku menyakatnya sambil aku berdiri di hadapannya yang hanya berjarak 5cm dariku. Taeyeon membuka matanya dan serta merta membulatkan matanya dan berlari keluar dari bilikku. Aku tergelak kuat melihat telatahnya yang comel itu. Aku mendengar jeritannya. " Kau jahat Byun Baekhyun!!!" Aku ketawa sampai nak pecah perutku. Aku mengesat air mataku yang terkeluar akibat ketawaku yang tidak ingat dunia ini sambil menyarungkan baju yang berwarna putih kosong di badanku. Aku turun ke bawah dan pergi ke dapur untuk mengisi perutku yang sudah berkeroncong ini. Aku melihat Taeyeon yang berada di hadapanku sambil duduk di atas kerusi yang telah berada di meja ini. Mukanya seperti cili sahaja. Aku hanya tersenyum melihatnya. " Omma dan appa ajak kita pergi rumah diaorang nanti. Parents awak pun ada" kataku untuk memecahkan kesunyian. Taeyeon sudah tersenyum sampai ke telinga dan hampir tembus telinganya itu akibat senyumannya. " Parents saya pun ada???!!! Yahooooo!!! Baekhyun cepat sikit makan. Saya dah tak sabar ni" katanya sambil menggoncangkan badanku supaya cepat makan. Aku mengerling ke arah jam dindingku yang berada di dapur tersebut. " Baru pukul 1petang. Kita pergi pukul 3petang eh. Nanti kita singgah kat mall kejap. Nak beli barang kejap" kataku dengan nada memujuknya supaya dia tidak merajuk. Taeyeon hanya menganggukkan kepala sahaja. Aku tersenyum ke arahnya. Senang betul dapat isteri macamni.
Skip

Because I'm Your Husband Forever {Slow Update}Where stories live. Discover now