Satu - Haih

43 1 2
                                    

Akhirnya, lepas juga aku dari kesesakan lalu lintas tadi. Pheww! pengsan aku kalau lambat tadi. Mahu aku hilang mood nak pergi kerja hari ini. Yang lepas biarlah lepas. Mood yang happy senang hati ini harus disemai dengan baik sampai ke petang.

Puteri mematikan enjin kereta Honda Jazz nya. Baru dia mahu membuka pintu untuk keluar, ada motor berkuasa tinggi memakir betul betul sebelah pintu kereta. Menghalang pergerakannya untuk keluar.

"wahh sedap sedap lelaki ni park sini!", bebel Puteri. Puteri menurun kan sedikit tingkap keretanya.Kedengaran lagu Hotline Bling nyanyian Drake. "encik encik hellooo, ketepikan sikit motor boleh?", Puteri melihat lelaki itu seperti tidak memperdulikannya. "haih, naik motor pun nak pasang lagu kuat kuat, rajin pulak bawak speaker , ni aku panggil pekak pulak",

"oii encikk!" lelaki itu memandang Puteri, "tolong pindahkan motor awak! saya nak keluar!", jerit Puteri. Namun sayang , jeritan Puteri hanya sia sia. Oleh sebab lagu terlampau kuat, lelaki terbabit hanya menunjukkan okay pada Puteri. Lantas, dia mematikan enjin motor nya, dan beredar sambil menari ala ala Drake.

"ish bungokk laa mamat ni, pasang kuat kuat lepas tu pekak. Gerammmmnya akuuu!!", jerit Puteri. "dah la pasang lagu aku tak suka!".

Terpaksalah Puteri keluar mengikut pintu penumpang. Dan terus beredar ke pejabat nya dengan muka yang masam.

Cinta Hati PrincessTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon