***
"Ahhh!! Pakailah baju , Gyu!!"
Jiae terus memejam rapat kedua-dua belah matanya. Tidak cukup dengan itu , tapak tangan Jiae turut diguna kan bagi menutup matanya yang tidak bersalah itu.
Apa yang sedang dia lihat ketika itu sungguh menakutkan. Dan Jiae benar-benar serius tentangnya.
Walaupun secara teknikalnya itulah apa yang sering kali Jiae lihat setiap malam , tetapi dengan adanya anak kecil yang tidak berdosa di sisinya saat itu membuatkan Jiae tidak sanggup lagi untuk terus memandang Mingyu.
Mata bulat bayi kecil yang sedang didukungnya ketika itu langsung tidak berkedip melihat appa nya.
"Wooooo.."
Mulut kecil Eunho semakin muncung ke hadapan. Lambat-lambat , dia akhirnya bertepuk tangan. Pandangan Eunho kini beralih pada Jiae. Eunho kemudiannya memandang ibu bapa kesayangan nya itu silih berganti.
"Sekshiii.."
Eunho menyebutnya perlahan , namun cukup jelas pada deria pendengaran Jiae yang sedang mendukung tubuh kecilnya ketika itu.
Entah bagaimana dan dari manalah anak kecilnya belajar perkataan itu. Sungguh tidak dijangka..
Oh , tunggu......
"Mingyu!!"
***
Mesti ada antara korang yang dah fikir byun , kan? = ̄ω ̄= Dan mesti korang nak tahu apa yang Jiae nampak masa tu. Tengok media , aku yakin korang akan nosebleed nanti. ╮(╯▽╰)╭
YOU ARE READING
[BOOK 2] From INNOCENT To BYUNTAE
RandomSudah matang? Tentu tidak!! Walaupun sudah dikurniakan Kim Eunho , itu tidak bermakna imaginasi 'blue' dan keanak-anakkan Mingyu akan pupus begitu sahaja. Senang kata , Mingyu sememangnya tidak mahu menjadi matang! Susah untuk Jiae percaya yang ka...