***
"Ewmmmm...
.
.
.
.
.
Sedapnya..
.
.
.
.
.
Ahhh..
.
.
.
.
.
Jiae....
.
.
.
.
.
.
Ermm..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mingyu memejam rapat kedua dua belah kelopak matanya . Dia sepertinya sedang asyik merasai nikmat yang cukup memuaskan itu.
Satu kepuasan yang tidak pernah dia alami. Apatah lagi kepuasan dan nikmat seperti sekarang ini.
Jelas , Mingyu amat menyukainya.
Ianya adalah satu kenikmatan yang begitu sukar untuk Mingyu gambarkan dengan kata-katanya sendiri. Atau lebih tepat lagi.....
No comment.
Dan itulah dia , nikmat kesedapan susu suam yang baru sahaja dibancuh Jiae sebentar tadi.
(Gyu.. What thee....  ̄ˍ ̄)
Mingyu berguling-guling keriangan tanpa henti di atas tikar berkelah itu. Pada masa yang sama , dia turut bersorak.
Dadanya sungguh lapang saat ini. Mingyu seolah olah berada di taman bunga. Hanya bau lavender dan bunga-bungaan harum sahaja yang kini menusuk hidung Mingyu.
Entah dari mana datangnya imaginasi itu , Mingyu sendiri pun tidak tahu.
Puting botol susu itu dihisapnya lagi tanpa henti bagi menikmati rasa susu suam yang begitu sedap itu.
Eunho memandang sahaja perlakuan selamba badak ayah kesayangannya yang tidak ubah seperti seorang kanak-kanak ribena itu.
Jiae pula langsung tidak menghirau kan Mingyu. Dia kini sibuk menyiapkan sandwich tuna bersama salad .
Jiae turut membawa spaghetti karbonara dan kimbap yang disediakan dari rumahnya.
Itupun kerana Mingyu dari tadi asyik merengek kelaparan.
Jiae termenung seketika. Dia ingat lagi semasa di sekolah tingginya , dia dan rakan-rakan yang lain terlibat dalam aktiviti perkhemahan.
Jiae pernah lemas. Dan cuba teka , siapa penyelamatnya?
Senior Jeon Wonwoo!
Sejak itu , Jiae sentiasa menjadi tidak keruan apabila bertembung dengannya.
Oleh kerana dia terlalu malu untuk berkata apa-apa , setiap kali mereka bertembung , Jiae pasti akan mengucapkan terima kasih.
Dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia perlu berbuat demikian. Bukan hanya sekali , tapi berkali kali!
Kadang kala , dia sering dianggap gila dengan perangainya yang sentiasa riang itu.
Jika dibandingkan , perangai Jiae yang dulu dan perangai Mingyu yang sekarang , kedua-duanya memang hampir tiada beza!
Jiae tersenyum sendirian. Nampaknya dia dan Mingyu memang pasangan yang sama padan.
"Gyu..Jiae nak pergi tandas kejap. Tolong jaga Eunho. Jangan bagi dia merangkak jauh-jauh dari Gyu , okay?"
Jiae mengingatkan Mingyu seraya mengangkat punggungnya dari tikar itu.
Pantas sahaja Mingyu mengangguk dengan puting botol susu yang masih berada di dalam mulutnya.
Jiae meninggalkan mereka berdua seketika. Mingyu terlena oleh kerana perut 'ceria' nya itu sudah kenyang.
Selang beberapa minit , Jiae kembali ke kawasan itu dan mendapati Mingyu sedang nyenyak tidur.
Matanya melilau ke sekeliling , cuba untuk mencari susuk tubuh kecil milik Eunho.
Apa yang begitu menakutkannya sekarang , Eunho langsung tidak kelihatan di mana-mana!
Jiae cemas. Dia begitu khuatir jika anak kecilnya terjatuh ke dalam sungai itu ketika dia sedang merangkak.
Jiae menangis , terus meninggalkan Mingyu yang sedang terlena dengan botol susu kesayangannya itu.
"Eunho..Eunho.."
Jiae berusaha mengesat air matanya itu dari tumpah. Entah di mana dia berada sekarang ini , itu tidak menjadi persoalannya.
Dia takut sesuatu yang buruk menimpa anak kecilnya itu. Jiae terduduk. Puas dia mencari. Tetapi , langsung tiada hasil menggembira kan yang dia peroleh.
Pada masa yang sama , Mingyu terjaga dari tidurnya. Dan apa yang turut mengejutkan Mingyu , anak kecilnya tiada di situ.
Dia tahu , jika Jiae mahu ke mana-mana , pasti dia akan membawa Eunho dan Mingyu bersamanya. Tetapi Eunho juga tiada.
Dan apa yang paling ditakutkan Mingyu , Jiae pergi meninggalkan nya seorang diri di situ. Mingyu memeluk lututnya dan menangis.
Saat kepalanya diangkat semula , baru dia perasan yang Jiae sedang menghampiri kawasan itu. Air matanya diseka.
Dia bangun dan berlari ke arah Jiae. Satu pelukan erat diberikan kepada gadis itu.
Tetapi yang menghairankan Mingyu sekarang , Jiae langsung tidak membalas pelukannya.
Malah menolak Mingyu jauh darinya. Matanya kelihatan sembab.
"Eunho dah hilang."
Tangis Jiae. Dia risau.
"Kenapa Mingyu tak jaga dia? Kalau Eunho kena culik atau jatuh dalan sungai macam mana?"
Semakin galak Jiae menangis di situ. Ibu mana yang tidak risau anaknya tiba-tiba sahaja hilang?
Mingyu melangkah pergi. Dia sedih apabila dia kini seakan akan dipersalahkan oleh Jiae. Mingyu tersenyum nipis.
'Takpelah..Jiae dah tak sayang Gyu lagi.'
***
Idk why.... I feel like I wanna cry writing this. T^T It's okay , Mingyu.. I'm here for you to cry.
Sekolah dah nak mula. T^T Tbh , I'm not ready to be 14 yet tho.
Vote ✔
Komen ✔✨✨✨
YOU ARE READING
[BOOK 2] From INNOCENT To BYUNTAE
AcakSudah matang? Tentu tidak!! Walaupun sudah dikurniakan Kim Eunho , itu tidak bermakna imaginasi 'blue' dan keanak-anakkan Mingyu akan pupus begitu sahaja. Senang kata , Mingyu sememangnya tidak mahu menjadi matang! Susah untuk Jiae percaya yang ka...