Part 15

4K 287 20
                                    

***

"Gyu , sudahlah tu..... jari Jiae dah okay ni."

Bersungguh-sungguh dia meyakinkannya .

Suasana bertukar sunyi kembali.

Lambat-lambat , Mingyu akhirnya mengangkat juga kepalanya , memandang tepat pada wajah Jiae itu.

Jiae hanya kaku di hadapannya.

Sejujurnya , dia memang tidak pernah melihat walau sekali pun Mingyu begini.

Nampak serius dan risau.

"Betul ke ni?"

Mingyu semakin menunduk ke bawah .

Hampir tidak bersuara dia dibuatnya.

Suaranya yang perlahan dan hampir-hampir pecah menjadi tangisan itu membuat Jiae sayu.

"Mianhae.."

Mingyu menarik nafas panjang.

Genggaman tangannya pada tangan Jiae tadi diperkemas dan dieratkan seerat-erat yang boleh.

Jiae menarik badan Mingyu ke dalam dakapan hangatnya.

Sedikit sebanyak , Mingyu menjadi tenang seperti sebelumnya.

"Its okay.."

Jiae tersenyum. Belakang badan Mingyu diusapnya perlahan.

Kelembutan yang dirasakan Mingyu di kala itu berjaya membuatnya tenang.

"Gyu...minumlah susu yang Jiae dah buat tu. Agaknya dah sejuk sebab dari tadi tak berusik."

Jiae menunding jarinya pada segelas susu yang diletakkan di atas meja yang terletak hanya bersebelahan dengan katil bersaiz queen itu.

"Awwwwww~ kenapa bukan dalam botol?"

Mingyu mencebik manja.

Jiae ketawa kecil melihat mimik wajah Mingyu itu. Lucu sungguh dia melihatnya.

"Kalau taknak...Jiae yang minum."

Jiae tersenyum senget. Tangannya mengacah-acah mahu mencapai gelas itu. Mingyu hanya memandang gelas itu tanpa berkedip.

Jiae menyisip sedikit susu itu walaupun pada asalnya dia tidak suka akannya. Saja mahu mengusik Mingyu. Itu sahajalah tujuannya.

"Andwae!!"

Jiae serta-merta meletakkan kembali gelas susu itu di atas meja sebelum tertumpah gara-gara apa yang bakal Mingyu lakukan nanti.

Badannya ditolak ke atas katil walaupun telah meletak ketepi susu Mingyu itu.

Mingyu marahkah?

"Gyu...j-janganlah macam ni. Pergi minum susu tu...cepat."

Tersekat-sekat suara Jiae di kala itu. Mana tidaknya? Sekarang Mingyu sedang duduk di atas perut kecilnya itu. Dan ini jelas , membuatnya senak dan susah untuk bernafas.

Bayangkanlah betapa beratnya si galah itu. -..-

Mingyu memandang tepat ke dalam mata Jiae. Jiae diam , menekan liurnya kembali.

.

.

.

.

.

"Ahahahahahahaha!! Aigoo , Mingyu!! Hajima!!"

Jeritan dan gelak tawa mereka berdua mengisi ruang bilik itu. Jari jemari Mingyu semakin nakal menggeletek pinggang kecil Jiae.

Jiae cuba untuk menggeleteknya kembali. Tetapi tidak berjaya.

Oh tolonglah.. dia memang dah tak tahan!!

Chuup!!

Jiae terdiam. Kaku. Terkesima.

Senang kata , semua ada --" Mingyu hanya ketawa melihat reaksi Jiae yang cukup melucukan itu.

"Hikhikhik..."

***

Aigoo.. Mingyu gedik xD

Vote ✔
Komen ✔

[BOOK 2] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now