Part 8

4K 336 15
                                    

***

"Omma.. m-mana Mingyu?"

Tersekat-sekat suara Jiae menyoal ibunya yang kelihatan begitu gusar saat itu.

Dia hampir tidak dapat bersuara akibat terlalu merisaukan Mingyu.

Jiae difahamkan bahawa Mingyu telahpun pulang ke rumah itu.

BERSENDIRIAN.

Terimbas kembali saat di mana dia meninggikan suara terhadap Mingyu.

Wajahnya Mingyu nampak begitu......

Terkejut dan takut pada masa yang sama , membuatkan rasa serba salah semakin menghimpit diri Jiae.

Pn.Shin mendongakkan kepala , merenung wajah anak dan cucunya yang sudah pun selamat ditemui itu dengan pandangan sayu.

Semakin lebat air mata kerisauan yang gugur di pipi gebu Jiae itu .

Dia tidak dapat menahan lagi rasa takut dan risaunya terhadap Mingyu.
Jiwanya semakin tidak tenteram. Jiae sendiri tidak pasti mengapa dia berfikiran begitu.

Yang pastinya , Mingyu menghilang kan diri secara tiba-tiba oleh kerana trauma akibat dimarahi Jiae tengah hari itu.

.

.

.

Mingyu istimewa.

Menjadi anak yatim sejak berumur 3 tahun lagi membuatkan Mingyu berasa kekurangan di samping rakan-rakan sepermainannya dahulu.

Kurang kasih sayang dari ibu bapanya , berbeza dengan kanak-kanak yang lain .

Bukan itu sahaja , malah Mingyu juga dilayan dengan teruk oleh makcik yang menjaganya sewaktu itu.

Dan apa yang membuatkan hati sesiapa sahaja terkesan saat mendengar ceritanya , Mingyu menjadi trauma setiap kali dimarah.

Hatinya yang begitu lembut itu sememangnya mudah retak walaupun hanya dengan sekali hentak sahaja.

Jiae terus menyerahkan Eunho pada Pn.Shin.

Tanpa membenarkan ibunya bercakap sepatah pun , dia pantas membuka langkah dan meluru ke arah bilik Mingyu.

Tombol pintu yang tidak berkunci itu dipulasnya perlahan .

Sebaik sahaja dedaun pintu bilik itu terbuka , mata Jiae membuntang luas. Darahnya berderau laju.

"Mingyu!!"

***

Guys.... author cuma nak cakap yang ff ni akan diupdate lambat dari kebiasaan. Sebabnya , author pun nak fokus study. Maybe akan diupdate 2 hari 1 kali? Author pun tatau korang paham ke tidak. ╮(╯▽╰)╭

Vote ✔
Komen ✔

✨✨✨

[BOOK 2] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now