Bab 1

1.3K 59 7
                                    


(2009)

Aku menjejakkan kakiku ke madrasah Darul Uloom Lilbanat. Tak sangka, sudah hampir setahun aku menamatkan pengajian hafizah dan menjadi pengajar Al-quran walau dalam tempoh yang sekejap.
Dan sekarang, aku memulakan langkah baru untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam sebagai pelajar alimah pula di madrasah ini.

Aku, Siti Aisyah Abu. Anak kedua dalam keluargaku. Disebabkan di madrasah ini ramai yang rata-ratanya bernama Aisyah, mereka memanggilku 'Kak Syabu'. Senang, mudah dan....sedap. mungkin. Hahaha. Bukan Shabu yang dadah tu yer... Nauzubillah.

Syabu adalah gandingan Aisyah dan Abu. Maka, terciptalah gelaran nama baruku di sini. Tahun pertama adalah tahun yang amat memenatkan bagiku.

Masa amatlah berharga untuk aku bazirkan kerana siang dan malam penuh dengan tugasan. Nak menghafal, nak khidmat.Jadi, tahun pertama, sumpah memenatkan!

Peperiksaan awal tahun akan tiba tak lama lagi. Jadi, minggu prep (preparation) digunakan dengan sangat cermat. Masa yang berbaki seminggu itu hanya untuk revision to all subject dan khidmat para ustazah serta kidmat madrasah sahaja.

Sebarang gosip bulanan tanpa pra-bayar atau aktiviti lepak-king tidak akan dilayan buat sementara waktu.
Sebagai orang yang dikira sudah berumur didalam kelas yang majoritinya kanak-kanak ribena lagi, akulah yang harus memberikan contoh yang baik sebagai ikutan. Jika aku yang tua bangka dalam kelas ni pun malas nak buka buku, apetah lagi mereka. Jadi, sama-sama ler kita membuka buku ye, kawan-kawan.

"Kak Syabu, kita tak fahamlah macam mana nak cari alamat isim dalam ayat ni. Ajarkan boleh?" pinta Ucop. Nama sebenarnya, Syahirah Yusuf. Dia juga sama kes macam aku. Nama Syahirah dan Aisyah terlalu overload di sini.

"Oh, yang ni senang je. Alamat isim ni antaranya alif, lam. Kalau dalam ayat ni, kan ada alif ,lam dan ada juga tanwin. Jadi, yang ini dan ini , isim. Cuba ingat balik alamat isim apa je selain Alif ,lam dan tanwin?"ujarku sambil membulatkan perkataan Ar-rijalu dan Zaidin.

Ucop tersengih. "Terima kasih, Kak Syabu."
"Sama-sama."aku tersenyum sendiri lalu kembali menghadap buku.

Pagi yang tenang itu riuh dengan suara para pelajar. Masing-masing mula mengangkat beg masing-masing dan berkumpul di musollah. Hari ini keputusan peperiksaan akan keluar dan setelah itu madrasah akan bercuti selama seminggu.

Dari jauh kelihatan beberapa orang kawan sekelasku telah menunggu didalam musollah. Aku mengambil tempat di belakang Aini Samad. Suara ustaz mula bergerma di dalam musollah. Bayan dah nak mula. Aku mengeluarkan nota kecil dan pen untuk menyalin isi yang boleh diambil dalam bayan ini.

Aku tersentak apabila belakangku terasa sedikit perit. Aku menoleh ke belakang dengan wajah blur. Seorang pelajar hafizah yang duduk dibelakangku yang masih mamai tersengih. "Sorry Kak Syabu. Tertidur."

Aku hanya menganggukkan kepala kemudian menoleh ke depan kembali. Rata-ratanya semua kawan-kawannya sudah melentokkan kepala ke dinding atau ke bahu kawan sebelah. Ada yang berborak dan tidak kurang juga keluar masuk musollah untuk menghilangkan mengantuk.

Aku menekup mulut yang sudah mula menguap. Baru fefeeling nak join berdengkur, ustaz sudah mengakhiri bayannya.
Kami menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh ustaz.

Setelah itu, beberapa orang ustazah mula mengambil tempat duduk sambil memegang buku rekod pelajar ditangan. Debaran di hati makin menggila dirasakan.

"Saya akan mulakan dengan top five dulu. Jemaah Ulaa...."
Aku rasa memang cerah harapan tak ada nama aku dalam lima terbaik ni. Tapi aku tetap menadah telinga dan menepuk tangan tanda tahniah pada siapa yang berjaya.

"...... tempat ke dua, Siti Aisyah Abu Samah....."

Aku terpempang, terkedu, ternganga dan teruja.

Ini Kisah AkuWhere stories live. Discover now