Bab 6

667 43 0
                                    


Aku mengedarkan kad kahwin kepada beberapa orang asatizah dan pelajar. Adikku yang berada di tahun ke empat juga turut membantu mewar-warkan tentang majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Aku berjalan masuk ke kelas Jemaah Thalisah membawa kitab Ta'lim.

"Assalamualaikum."ujarku.
"Walaikumsalam"balas mereka berjemaah.

Kemudian aku menyuruh mereka duduk.

"Hari ni hari rabu, esok Khamis dan saya dah start cuti. Nampak tak wajah saya ceria sekarang ni?"ujarku dengan nada ceria. Murid-muridku sudah tergelak.

"Okey, saya nak masa kelas saya, tafsir baca sehari empat muka. Jangan nakal-nakal, jangan buat bising. Pastikan datang eh majlis saya Sabtu ni."

Syafiqa Zul mengangkat tangan. "Ustazah, kalau kitaorang yang dah outing minggu lepas nak datang boleh ke?"

"Itu saya tak pastilah.Okeylah. Tutup majlis dengan tasbih Kifarah."

Aku membantu ahli keluargaku yang sudah sibuk menguruskan persiapan majlis. Hatiku mula berdebar. Sedar tak sedar, esok aku akan bergelar seorang isteri.

Kehidupanku pastinya akan berubah seusai akad nikah nanti. Menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupku yang bernama Azman Yahya.

Berjumpa buat pertama kalinya dan berjumpa semula setahun kemudian dan terus mengikat tali pertunangan. Aku pernah melihat wajahnya sekali itu sahaja begitu juga dia. Segala urusan selama ini semuanya diuruskan oleh orang tengah.

Ya Allah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Permudahkanlah segala-galanya. Doa yang kupanjat siang dan malam.

Air mata kesyukuran mengalir di pipi pantas ku sela. Tangan ibu dan ibu mertuaku kini ku salam dan ku kucup. Aku telah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Azman Yahya.

Majlis yang diadakan ringkas itu dipenuhi oleh sanak saudara, sahabat handai dan anak muridku. Wajah suamiku disebelah ku tatap sekilas. Malu mula menyerbu ke dalam hati. Tidak kurang juga rasa debar yang berpalu di dada.


Ini Kisah AkuWhere stories live. Discover now