Bab 3

724 44 0
                                    


Aku meminta izin untuk keluar dari asrama. Ibu dan ayahku sudah menunggu di luar. Aku menghampiri kelas adikku untuk melihat sama ada dia sudah siap atau belum.

"Piah, dah siap?" Sofea mengangguk. Aku dan Sofea berjalan ke pintu pagar.
Semasa dalam perjalanan, ayahku bertanyakan tentang jawapanku terhadap seorang pemuda yang bertanyakan hal ku tempoh hari.

Dan jawapan aku adalah..... Tolak! Mudah bukan?
Mindaku berjenak. Jika ada jodoh, InshaaAllah adalah nanti tu.

Sudah hampir masuk pertengahan tahun. Majlis muhodharah tahunan akan diadakan tidak lama lagi. Perlabagi persiapan telah pun dijalankan seminggu sebelum.

Tahun ini, aku memegang peranan sebagai pengacara majlis.

"Siapa yang jaga tirai nanti? Ada berapa persembahan yang perlukan 'buka-tutup' tirai? Buat list cepat."

"Siapa yang bawa hadiah ustazah nanti?"

"Cukup tak goodies? Ke perlu tambah?"

"Siapa nampak selipar? Semua dah kena telan ke?"

sempat pula seorang makhluk menyampuk disaat-saat genting begini. Majlis dahlah esok pagi.Aku memandang Timah Zack pelik. Ada-ada sajalah.

Alunan selawat mengiringi langkah para asatizah memasuki musollah. Aku memulakan mukadimah majlis dengan beberapa kata aluan diikuti doa yang dibacakan salah seorang pelajar.

"Persembahan pertama, dipersilakan Jemaah Ulaa...." musollah dipenuhi tepuk dan sorakan.
Sehinggalah pukul dua belas tengahari, persembahan diakhiri dengan sketsa dari kelasku iaitu Jemaah Khomisah.

Alahmdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Tetapi agak menyedihkan kerana salah seorang para asatizah yang disayangi ramai akan menamatkan khidmat pengajarannya.

Sekali lagi ayahku memberitahu aku akan kedatangan pemuda yang sama bertanyakan tentang aku. Dan sekali lagi aku menolaknya.

Haishh... tak berputus asa betul. Bukan nak jual mahal, tapi, entah. Mungkin belum masanya lagi.

Tentang khidmat mengajar setelah habis belajar, aku telah memberi kata putusku. Alhamdulillah aku bersetuju dan keluargaku juga tiada halangan.

Tapi aku tidak memberitahu sesiapa. Buat apa nak kecoh, benda pun belum jadi.
Seseorang memanggilku dari belakang. Aku menoleh dan tersenyum.

"Kak Syabu, ada jualan tak?"
Aku menggeleng. "Harini tak ada jualan. Esok ada InshaaAllah."

Ini Kisah AkuWhere stories live. Discover now