8

118 18 0
                                    

To...tolong...tup tup tup. Panggilan dimatikan. Hanya itu sahaja yang kedengaran. Suara Youngjae lemah.

Jae!!! Kau kat mana!!! Jae!!! Kau dengar aku tak!!! Jae!!!! Daehyun segera keluar dari rumahnya dan menuju ke arah keretanya. Dia cuba menghubungi semula namun gagal.

2 jam,selepas mencari-cari Youngjae. Daehyun mendapat panggilan daripada Kyle.

Daehyun...kau datang sini kejap... kat rumah usang tu... aku ada something special untuk kau. Kyle mematikan panggilan sebelum sempat Daehyun menolak.

Daehyun terpaksa akur walaupun risaukan Youngjae. Dia pergi ke rumah usang itu secepat yang mungkin.

Kau nak apa? Bukan tugas aku dah habis ke? Cepatlah,aku ada hal ni. Daehyun amat risau.

Tenang...jom masuk dalam. Kyle menarik Daehyun. Mangsa baru lagi ke? Carilah orang lain... aku ada hal penting ni. Daehyun ingin sangat menolak tetapi tetap dipaksa.

Apabila dia melangkah ke dalam. Dia terkejut melihat susuk badan yang lemah..berlumuran dengan darah.. dia juga mengenali mangsa itu.

Yo-Youngjae!!! Daehyun terus menuju ke arah Youngjae yang terbaring kerana menahan senak di perutnya akibat dipukul oleh geng Kyle yang lain.

Kau...kau tak apa-apa? Daehyun mengeluarkan soalan bodohnya. Youngjae menolak Daehyun. Youngjae menenung Daehyun dengan tajam sambil memegang perutnya yang sakit.

Peng-Pengkianat!!! Hanya itu yang keluar dari mulut Youngjae sebelum dia pengsan.

Daehyun memandang Kyle dengan bengis lalu memegang kolar nya. A-apa kau dah buat kat Youngjae!! Kau nak apa lagi dari dia...keluarga dia pun dah tiada!! Bentak Daehyun.

Tenang...aku bawak dia datang sini untuk jumpa kau...tapi dia menolak,aku pun terus paksa dia..tak sedar pula terpukul dia. Kyle membetulkan kolar nya dan tersenyum sinis.

Kau bukan manusia Kyle!!! Daehyun terus menuju ke arah Youngjae dan menggangkatnya. Kau nak buat apa? Tanya Kyle. Aku nak bawak dia ba... . Kata-katanya dipotong oleh Kyle. Aku tak benarkan! .

Ada aku kisah? Daehyun menuju ke pintu keluar namun geng Kyle menghalang. Daehyun dan Youngjae dipisahkan.

Huh?! Aku bagi peluang kau jumpa dia bukan untuk selamat kan dia. Kau tu pembunuh Daehyun!! Terimalah nasib kau kat sini! Bentak Kyle.

Lepaskan aku! Daehyun diletakkan dibilik lain. Dia juga dipukul teruk.

...............................

Pada malam itu,
Aku kat mana? Youngjae yang pengsan tadi dah mula tersedar dan membuka matanya. Sakitnya kepala aku. Dia cuba memegang kepalanya namun gagal,yup dia diikat ketat.

Ouh...pengkianat tu... Bayangan Daehyun tadi masuk dalam otak nya tanpa diundang.

Kau dah sedar. Bisikkan ditelinga. Youngjae memandang Kyle. Apa macam? Lama tak jumpa? Kau sihat? Hahaha...kau jadi gelandangan ke? Huh? Bertubi-tubi soalan keluar. Semuanya soalan bodoh.

Kau !!!! Marah Youngjae. Apa? Nampaknya Daehyun lebih selesa dengan aku dari kau.. kau cemburu? Hahaha... aku akan pastikan dia bunuh kau dengan tangan dia sendiri. Perkataan 'bunuh' sengaja ditekankan. Kyle menyilangkan kakinya.

Kau binatang!!!! Jerit Youngjae. Kau ni...bukan aku suruh pun. Dia yang pilih sendiri yang nak join geng aku. Kyle masih tersenyum. Kemarahan Youngjae tercabar.

Youngjae cuba menendang tapi gagal dengan teruk. Tak payah habiskan tenaga kaulah. Dah,bawak dia masuk! Kyle mengarahkan Jr.

Jr membawa masuk Daehyun. Mukanya tercedera parah. Dia memandang Daehyun.

Youngjae...mianhae... Daehyun meminta maaf tapi Youngjae buat tak layan. Dia hanya membatu.

Cis,drama apa pulak ni? Kyle menyemak. Dah!!! Aku tak nak buang masa lagi,cepat Daehyun... Pistolnya beralih kepada Daehyun. Tembak dia!!! Tembak!! Kyle memaksa.

Youngjae hanya memandang tajam ke arah Daehyun. Muka nak minta simpati pun tiada. Hanya muka bengisnya ditunjukkan oleh Youngjae.

Apa kau tunggu lagi?!! Tembak!! Kyle memaksanya sekali lagi. Daehyun mula mengalirkan air matanya.

Kau buatlah... kalau itu bahagiakan kau... aku juga turut bahagia.. Youngjae bersuara lemah. Mungkin dia pun dah tak sanggup hidup lagi.

Semakin deras air mata Daehyun mengalir. Jr kesian melihat Daehyun,dia teringatkan JB. Namun,dia tiada kuasa.

Yo...youngjae... Daehyun terkejut mendengar ayat kawan baiknya itu. Bahagia? Memang takkanlah

BEST FRIEND FOREVER [C] Where stories live. Discover now