SAYANG

696 21 37
                                    

Aku memandang kosong suamiku di ruang tamu. Aku benci diperlakukan sebegini. Aku minta dia untuk ambil tahu. Tak lebih daripada itu. Aku bukan mahu mendengar kata-kata kosong daripadanya. Kulit bawang dikupas dengan lebih kasar. Tidak seperti kebiasaan, air mata tidak berjuraian turun ke dagu. Mungkin aku dah terlebih benci dengan sikap sambil lewa suamiku. Cukup untuk membuatkan aku terasa seperti mahu menyiat kulit suamiku itu sahaja. Sama seperti bawang yang telah hancur aku kerjakan. Balasan tidak menjalankan tugas menitiskan air mata. Sama sahaja seperti suamiku. Dan untuk itu, aku perlu bangunkan tubuh ini.

Serlahkan potensi seorang pembunuh. Serlahkan potensi seorang Anastassia.

***

"Hahaha... Bodoh! Kau ingat semudah itu kau boleh larikan diri ke?"

"Jangan, pergi. Jangan ganggu aku."

"Heh,kau ingat semudah itu je nak halang aku. Aku akan hapuskan Norman. Lepastu, anak-anak kau.Nanti diorang balik sekolah, kan?"senyuman sinis diukirnya.

"Jangan kau ganggu suami dan anak-anak aku!"

Ting-tong....ting-tong....

Tidak...

"Yea! Anak kau dah balik. Biar aku tolong bukakan."

Kreeeeet... bunyi pintu kayu berkeriut. Dahlia dan Adam masuk ke dalam tanpa menyedari kehadiran seorang lelaki asing.

"Ibu, Lia nak tolong ibu masak makan malam?"Dahlia bertanya setelah siap dia menanggalkan kasutnya. Dia terus berjalan ke arah dapur.

"Adam pon nak tolong ibu. Boleh, kan?"Adam terus berlari ke arah ibunya tanpa membuka kasut terlebih dahulu.

"Mana boleh, Adam tak pandai masak macam akak. Ya Allah! Adam kenapa tak buka kasut masuk dalam ni. Habis kotor."kata Dahlia yang baru keluar dari dapur sambil memegang sebotol air.

Adam merampas botol air itu dari tangan Dahlia. Dahlia marah dan cuba mengambil semula botol air tersebut. Najwa terleka melihat kerenah kedua-dua anak kesayangannya. Terlupa sekejap ancaman bunuh lelaki misteri tadi.

Tiba-tiba 'dia' mengelar leher Dahlia. Adam terkejut melihat leher Dahlia memancutkan darah. Habis basah baju Adam dipenuhi darah kakaknya. Botol air tadi terlepas dan memuntahkan isinya ke atas mereka. Adam menoleh ke arah Najwa, mukanya penuh kekeliruan. Tiba-tiba 'dia' mengelar leher Adam. Najwa dihambat kejutan. Anak-anaknya kini telah terkulai layu di lantai,darah mereka bercampur dengan air dari botol air yang jatuh tadi.

Razif berjalan masuk ke dalam rumah. Jelas kepenatan terpancar di raut mukanya.Dia melonggarkan ikatan tali leher dan melangkah masuk ke dalam rumah. Apa yang tersaji di hadapan matanya sungguh mengejutkan. Terkulai layu dua orang anak kesayangannya di sisi isterinya. Kedua anaknya masih lengkap berpakaian sekolah. Darah pekat masih lagi mengalir. Mengotori lantai.

"Kau buat apa dengan anak aku. Hah, perempuan!"Razif menjerit sambil matanya lekat memandang pisau di tangan Najwa yang masih berdarah.

Najwa memandang ke arah tangannya dan terkejut melihat pisau berlumuran darah digenggam kemas tanganya. Dia menoleh ke arah Razif penuh keliru.

"Kau...kau..."muncul sepasang tangan hitam di sebalik Razif seperti cuba untuk mengcekik Razif. Razif tidak perasan, apa yang dia tahu amarahnya meluap-luap.

"Abang!!!"Najwa melempar pisau di tangannya ke arah suaminya. Dia cuba untuk menghalang tangan itu daripada mencekik leher suaminya. Namun, pisau itu tepat mengena batang leher Razif. Pisau itu tembus ke dalam.

Razif rebah setelah ditikam dengan pisau. Dia cuba mencabut pisau itu sebelum ajalnya tiba. Namun,malang tidak berbau apabila rohnya direntap kasar dari badan. Sehingga badannya menghenjut ke depan. Terpancar kesakitan yang perit pada wajahnya kala nyawa dibawa pergi.

Cerpen 2016Where stories live. Discover now