SOLAT

73 3 2
                                    

Iskandar menahan gelak tawanya. Hampir meledak tawanya apabila menyaksikan bagaimana rakannya berulah apabila diganggu solatnya. Keserenokan berputik di hati. Kelemahan rakannya, Zaid ialah ditatap tepat ke matanya. Nescaya solat sunat qabliyah maghrib yang cuba disempurnakan terbatal. Begitu sahaja. Mudah, bukan?

Semudah hati berpaling kepada syaitan. Merafakkan sembah padanya sehingga menggagalkan cubaan seorang hamba berbicara dengan Tuhan.

"Aarrgh!!!",ulah Zaid begitu stres apabila solatnya terganggu.

Akhirnya, tawa Iskandar yang cuba ditahan terledak jua apabila muka Zaid pucat apabila imam sudah mengangkat takbir. Menandakan bermulanya solat fardhu maghrib.

Riak kekecewaan terpapar jelas menyarungi wajah Zaid, seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Gembeng. Riak wajahnya sekali lagi mengundang tawa Iskandar dan geng-gengnya. Meskipun solat berjemaah telah dimulakan dan Iskandar sudah berada dalam saf bersama gengnya, dia masih seronok mempermainkan Zaid yang terkial-kial mengangkat takbir apabila dirinya diketawakan.

"Lundeh... Zaid lundeh... Seluar lundeh... Baju pun lundeh... Hahaha!"Iskandar masih galak mempermainkan Zaid dan mengejeknya lundeh, yang bermaksud lemah dalam bahasa asrama mereka.

"Allahuakhbar!..."

"Lunde... Eh!"kini giliran Iskandar pula terkial-kial mengangkat takbir mengejar imam.

Zaid menghembus nafas lega.

Dasar syaitan..

***

Kemarahan Zaid semakin meluap-luap. Sekali lagi solatnya diganggu. Namun dia tahu dia tidak mampu untuk melawan, apatah lagi menegah. Dia hanya seorang budak pendek yang sering dipandang rendah oleh rakan-rakan di sekolah. Itupun jika mereka layak bergelar rakan. Matanya merenung tajam tepat ke dalam bebola mata Iskandar, mempersembahkan apa yang terbuku di hati melalui pandangan mata. Namun hanya senyuman sinis yang diterima sebagai balasan.

Zaid yang berasa terhina mula berlalu pergi. Dalam hati sumpah-seranah menjadi zikir. Mengharap agar Iskandar mendapat pembalasan yang menyeksakan. Perlahan, Zaid menggumam. Berkata Aamiin. Berharap agar doanya diperkenan.

Semakin lama, jarak mereka berdua semakin bertambah jauh. Seorang dengan kepalan penumbuk. Seorang lagi dengan senyuman mengejek.

Persoalannya, apakah yang disediakan Tuhan buat mereka?

***

"Huh... Huh..."Iskandar kelelahan apabila berjaya menjejakkan kaki ke surau.

Sekarang waktu menunjukkan pukul 12:45 malam. Malam ini, Iskandar pulang lewat ke asrama kerana berada di dalam bilik komputer sekolah. Dia terlibat dalam proses mengedit video kem kepimpinan BAKTI atau Badan Kepimpinan Tertinggi sekolah. Walaupun Iskandar bukannya terlibat dengan perkhemahan tersebut namun dia terlibat dengan kumpulan editor sekolah. Kemahirannya digunakan sepenuhnya meskipun dia bukanlah ketua kumpulan editor. Dia paling banyak membantu terutamanya dalam mengemas kesemua barang. Maklumlah itu tugas hakiki seorang junior di sekolah. Disebabkan masa mengedit diambil terlalu lama, dia tidak dapat solat berjemaah dengan pelajar lain. Dan sebagai seorang junior, dia terpaksa akur untuk solat bersendirian di surau. Berbeza dengan ahli kumpulan editor lain yang memilih untuk sodorm. Mereka senior, biarkan sajalah jawabnya.

Iskandar kepenatan disebabkan dipaksa menghantar kertas kerja ke meja guru. Apabila diberi arahan oleh senior, mana mungkin tidak jawabnya. Tengah malam pun tengah malamlah. Janji selesai. Jika tidak, buruk padahnya. Badannya yang akan menjadi mangsa. Iskandar yang bukanlah seorang yang gemar berlama-lama dalam gelap, melainkan waktu tidur memilih untuk berlari ke surau. Baginya, solat tetap perlu diutamakan. Biarlah tak sempat menjamah makanan di Dewan Makan, solat tetap perlu ditunaikan terlebih dahulu. Ironinya, hobinya menganggu orang lain menunaikan solat.

Cerpen 2016Where stories live. Discover now