CINTA

164 6 3
                                    

Nabil meraup mukanya dengan air paip terasa sejuk mengigil sehingga ke tulang.Hatinya dirusuh pelbagai persoalan yang membentak diri untuk membuarkan kemarahan . Dendam kesumat yang tersimpan membuatkan Nabil dihurung benci.Tangan dikepal dengan hati penuh marah dan dihempas ke dinding tandas.Darah merah mengalir keluar dari rekahan di dinding dan celah-celah jari.Kesakitan yang terbit menyedarkan Nabil dari igauan yang sering menghantui,saban malam.Keluhan berat dihembus keluar dari rengkungan mengenai tapak tangan yang berdarah.

Tangan kiri Nabil yang masih berdarah kesan tumbukan ke dinding membuka pili air.Pili air yang ketat akibat karat terbuka apabila kedua-dua belah tangan digunakan.Terpancutlah air bersih yang jernih dari pili air tepat ke muka dengan deras.Nabil tersenyum menikmati itu semua.Baginya,syurga dunia telahpun diperoleh.

Setelah puas,Nabil berjalan keluar dari tandas dan membiarkan pili air terbuka membanjirkan air ke singki.Tak semena-mena,semerbak harum bauan menerjah dan memenuhi lubang hidung .Meransang mukus dan sel-sel deria bau lalu menghantar isyarat impuls ke otak untuk ditafsir.Isyarat itu telah pun disalah tafsir dan menyebabkan otak menghasilkan bayangan khayalan yang indah-indah,Nabil memejamkan mata,menghayati simfoni yang diputarkan minda.Menghantar Nabil ke satu relung masa yang telah berlipat dalam lipatan sejarah.Sejarah telah lama dilupakn otak akibat trauma.Trauma yang mencengkam jiwa.

Pada masa itu ,Nabil berlari kearah sebuah bilik yang dilatari kesuraman malam .Koridor yang hanya diterangi cahaya lilin digantung ke dinding .Dinding yang kelihatan menyeramkan dengan tulisan Sanskrit lama dicat darah.Bait-bait kata itu mengeluarkan aroma yang menggoda .Pintu bilik itu dibuka kasar dengan tangan kasar Nabil.Pemandangan yang menerjah retina sungguh mengejutkan dan mengugurkan jantung.Nuril dilingkari bebola api dan dirantai dengan akar tumbuhan berduri!

Merasakan isteri Nabil dalam keadaan berbahaya,Nabil berlari kea arah Hurin dengan sekuat daya yang ada.Tak semena-mena Nabil ditarik akar berduri ke belakang .Akar yang entah dari mana datangnya itu menjalar perlahan-lahan kea rah Nabil.Peluh terasa merimaskan apabila membanjiri muka.Semasa ditarik ke belakang,Nabil yang terhempas ke dinding ditusuk duri berbis.Bisa itulah yang menjalar dalam badan Nabil dan melumpuhkan setiap sendi yang ada .Tatkala akar berduri itu melingkari Nabil dan memeluknya ,Nabil hanya mampu melihat Hurin terseksa .Jelas terpancar di wajah jernih dan mulus itu kesengsaraan yang membeban jiwa.Nabil hanya mampu melihat tatkala badan Hurin,isteri kesayangannya itu dibakar api hitam yang marak menjulang-julang

"Ah...argh...ah"tersekat-sekat suara Nabil di rengkungan apabila mulutnya dimasuki akar berduri.

Kesakitan yang terlalu berbisa itu Berjaya mengalirkan air mata Nabil ke pipi.Sakitnya tidak terperi ,otak Nabil terasa menggelegak dan mencair .Nabil menutup mata dan menahan sakit .Akar berduri yang semakin ketat pelukannya menyebabkan Nabil hilang nafas .Perlahan-lahan,rohnya terasa dicabut keluar dengan kasar!

"Huh...huh...huh"udara dalam badan tersekat-sekat keluar.Nabil tercungap -cungap mengambil nafas.

Peluh yang berjejaran di muka dikesat kasar .Nabil bangun dan duduk di birai katilnya .Mimpi yan dialaminya sebentar tadi terasa bagai meragut nyawanya.Segalanya seakan benar .Dada Nabil terombak-ombak naik dan turun .Pernafasan diatur seabik mungkin.Nabil menoleh ke sebelah ,melihat isterinya tiada di perbaringan membuatkan jantung Nabil tersentak.Hatinya dirusuh gelisah .Nabil tertoleh-toleh mencari isteri kesayangannya,namun hampa batang hidung isterinya pun tiada .Benaknya terasa dihimpit kasar ,otaknya sempit,nafasnya mula tersekat dan dadanya berdebar.Saat debaran di dada sampai ke kemuncak , suatu gelombang bunyi menerjah cuping telinga.

Cerpen 2016Where stories live. Discover now