"Jadi...awak tolong jagakan mereka dengan baik hari ini je. Mereka akan bekerjasama dengan awak. Pembayaran, nanti saya uruskan. Good luck!"
Kata- kata Encik Bang Sinhyuk bermain di dalam kotak fikiranku. Bekerjasama?BTS.Atau lebih dikenali sebagai Bangtan Boys. Sekumpulan jejaka yang kian meningkat naik, diminati ramai baik perempuan mahupun lelaki. Aku pun tak tahu kenapa..Tapi sebelum kisahku bersama mereka bermula, biarku perkenalkan diri.
Nama aku Song Ji Hyo, dan aku ditugaskan untuk menjaga mereka selama satu hari. Sorry to say, aku tak minat langsung BTS.
~
"Jaga diri dekat sini" Pembantu Encik Bang iaitu Cik Hyerin menepuk-nepuk bahuku selepas menghantar aku di hadapan pintu sebuah Asrama/Dorm yang besar. Aku mengganguk kepada Cik Hyerin. Perlahan-lahan, aku membuka tombol pintu selepas melambai kepada Cik Hyerin.
"Anda telah tertangkap! Put your hands in the air yow!" Seorang manusia berbaju T-shirt hitam berlengan pendek menghalakan pistol air ke arahku. Siapa ini? gumamku."Entah-entah dia ni sewel tak.."
"Hai!" Sebuah suara yang asing bagiku kedengaran begitu dekat. Aku menoleh, seorang jejaka yang kacak berdiri di sisiku.Matanya kecil, pipi nya tembam. Aku menelan air liur. "Hi, Saya Jimin." Dia senyum! So Cute!
"Yang kau dekat sangat ni dah kenapa?" Seorang lagi jejaka, tapi kali ini lebih tinggi dari si Jimin tadi berdiri di hadapanku. "Aku hyung la, Jadi tolong hormat aku, maknae!" Terdengar suara Jimin merajuk. "Pedulikan dia. Saya Jungkook. Panggil je apa yang Awak Suka. Awak?" Jungkook menghadiahkan aku seulas senyuman. Kenapa panas sangat ni, tiba-tiba aku lupa cara nak bernafas.
"Sa..sa.." Aku tergagap."Dah dah. Sinilah Ji Hyo." Seorang lelaki berbaju merah jambu memanggilku. Dia kelihatan lebih matang, dan berkarisma? Aku kaku.Jungkook, Jimin dan lelaki yang membawa pistol air tu berpaling ke arahku. Apa? Aku tahulah aku comel.
"Jomlah." Lenganku rasa ditarik. Wangian lelaki ini menusuk hidungku. Sungguh wangi, suci dan segar! Aku mengikut sahaja lelaki berambut putih ini dan dia menunjuk ke arah sofa yang diduduki lelaki berbaju merah jambu tadi. Nak aku duduk ke? Duduk jelah ,Jadi...Aku terus duduk dengan sopan santun.
"Korang, berkumpul!" Lelaki berbaju merah jambu itu menepuk tanganya kuat sebelum berdiri."Boleh tahan.." Aku memujinya dalam hati. Dua orang lagi lelaki turun dari tingkat dua, salah seorang turun menyusur turun menggunakan pemegang tangga."HENSEMNYA" Mulutku ternganga 5 saat.
"2-3 Bang Tan! Annyeonghaseyo, Bangtan Sonyeodan imnida!" Aku mengerdipkan mataku berkali-kali tanda pelik, bukan buat² comel k. Apa yang diorang cakap ? Lajuuuuuu...
Aku menggigit pipiku dari dalam.Aku hanya mengangguk kan kepala."Awak pembantu kita orang tu kan?" Lelaki berambut putih itu berkata. Pembantu ? Tapi... Encik Bang kata 'jaga' bukan 'bantu'. Angguk jelah Ji Hyo.
"Saya Jin." Kata lelaki berbaju merah jambu kepadaku. Aku melopong memerhatikannya. Senyum je lah Ji Hyo.
"Suga. Bye." Dia terus melambai ke arah aku sebelum menghilangkan diri. Macam tu je kau layan aku? Hina sangat ke aku ini.
"Taehyung" Dia mempamerkan barisan giginya yang putih melepak. Ni la budak tak senonoh turun menggunakan pemegang tangga tu."Hi!" Aku menarik otot mukaku untuk senyum dengan comel.
YOU ARE READING
[ONE SHOT] One Day With Bangtan Boys!
Fiksi PenggemarSebuah kumpulan dari Big Hit Entertainment. dikenali sebagai Bangtan Boys(BTS) telah diberi cuti untuk satu hari untuk mereka berehat selepas konsert mereka.Bangtan Boys(BTS) dianggotai Namjoon atau lebih dikenali sebagai RapMonster, Jin, Suga,J-Hop...