Our Memory

190 16 0
                                    


Our Memory
Ep 5

Badan Jimin masih lagi terasa sakit² apabila tersadung kehadapan akibat terlanggar Jungkook yang terbaring di lantai.

Jimin menggoncang badan Jungkook ke kiri dan ke kanan.Jungkook langsung tidak memberikan apa-apa reaksi sehingga membuatkan Jimin menjadi resah dan gelisah.

Tapak tangan Jimin menampar-nampar muka Jungkook dengan sekuatnya.

"Budak ni biar betul? Tampar kuat pun tak bangun~ Hm...pelik"
kata Jimin seorang diri lalu mengangkat Jungkook turun ke tingkat bawah.

Satu persatu Jimin melangkah anak tangga itu dengan berhati-hati agar tidak jatuh.

Agak bahaya juga mengangkat Jungkook sambil menuruni tangga rumah tersebut.

"Berat..Sama je macam Suga hyung" ngomel Jimin seorang diri.

Apabila kakinya memijak anak tangga yang terakhir,tiba-tiba dia terjatuh ke bawah bersama Jungkook.

Entah mengapa dia boleh terjatuh. Seingat Jimin, lantai pada waktu itu tidak basah.

Bagaimana dia boleh terjatuh.

DBUKK!

"AAAHH!!" jerit Jimin.

Jungkook yang berada di pangkuan Jimin turut terjatuh. Bunyi hempapan itu amat kuat sehingga dapat di dengar dari tempat meja makan.

V yang masih lagi memakan makanan yang diambilnya daripada Jimin segera melihat kejadian yang telah berlaku di tangga.

"HAHAHAHAHAHA!!" ketawa V apabila melihat Jimin terbaring di lantai.

V mentertawakan Jimin sepuas yang boleh.

Baginya ketika itu rupa Jimin amat hodoh untuknya.

"Hey Jimin macam mana kau boleh jatuh ni~~"
tanya V sambil ketawa kecil.

Pandangannya berpaling ke arah lain. Matanya mula mengecam sesuatu.

"Jungkook?"
kata V sendirian lalu berjalan menuju ke arah Jungkook yang terlantar di lantai.

Jari V menyentuh bahu Jungkook.

"Yahh bangunlah~" kata V lagi sambil tersenyum.

V mencucuk-cucuk bahu Jungkook berkali tetapi tiada apa yang berlaku.V mulai cemas.

Dia memandang ke arah Jimin yang mula bangun untuk berdiri.

"Apa?" soal Jimin sambil memicit-micit lututnya kerana kesakitan.

Ini sudah dikira kali ke-2 dia jatuh pada hari itu.

"Nasib malang betullah harini" kata isi hati Jimin.

******

Our Memory [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang