Our Memory

211 17 1
                                    

Our Memory
Ep 4

[Keesokkan paginya]

"AAAAHHHH DAH LAMBAT!!"
jerit Suga secara tiba-tiba sehingga membuatkan Jimin terjaga dari tidurnya.

Jeritan Suga membuatkan kesemua telinga ahli BTS di dalam rumah menjadi bingit seperti sudah nak pekak.

Suga kehulur dan kehilir tak berhenti². Jimin pula hanya melihat sahaja telatah hyungnya itu.Dia tersenyum riang walaupun baru bangun dari tidur.

"Hyung,...hyung okay tak?" soal Jimin sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Matanya dikelip berkali. Mulutnya dinganga seluasnya kerana menguap.

Suga yang mendengar soalan Jimin itu terus berhenti berjalan ke sana dan ke mari. Dia memandang Jimin.
Dia merapati Jimin.

"Chim rasa hyung okay ke tak?"
soal Suga semula kepada Jimin lalu menampar muka Jimin dengan lembut.Pagi-pagi lagi boleh tanya soalan yang begitu.

Jimin memandang Suga yang berlalu pergi. Mindanya kosong,otaknya tak dapat nak berfungsi kerana lapar.

Lalu Jimin pergi ke arah meja makan. Tudung salji diangkat .

"What the...mana makanan" tanya Jimin di dalam hatinya.Perutnya mulai bising.
Jimin memegang perutnya.

"Tahan ya perut" ucap Jimin dengan perlahan.

Matanya mula memandang ke arah yang lain.Dia mencari Suga tetapi Suga tidak berada di ruang tamu ketika itu.

Jimin menundukkan kepalanya.

PAP!

"OH SUGA KYEOPTA!!"
latah Jimin apabila seseorang menepuk bahunya secara tiba. Jimin memusing kebelakang.

Matanya begitu terbeliak dan mukanya menjadi merah apabila dia melihat muka orang yang menepuk bahunya.

******

V bangun dari tidurnya.

Dia memandang ke kiri.

"Aigoo cutenya..~"
kata V sendirian apabila melihat Jungkook yang masih lagi sedang tertidur disebelahnya.

V tersenyum,dia memeluk Jungkook dengan erat seperti anak patung. Geram benar dia melihat Jungkook.Badan Jungkook dilepaskan apabila Jungkook mula bergerak.

Dengan kadar segera V terus berlari keluar dari bilik Jungkook dan senyap² menuruni anak tangga.

"Wuu asal ngan Jimin tu~"
kata isi hati V lalu tertawa kecil.Dia mengintai sahaja Jimin dari tangga itu.

"Muka dia dah merah~~hihi"
kata isi hati V lagi.

******

"Hyung? Kyeopta?"
soal Suga tertanya-tanya lalu tersenyum sinis.

Dia tahu yang sekarang ini Jimin sudah malu akibat menyebut
'Suga Kyeopta'.

Our Memory [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang