Our Memory

144 13 0
                                    

Our Memory
Ep 6

"Ahjusshi tolong bawa laju sikit boleh?"
soal Jimin gementar.

Jari jemarinya mula menggigil seperti kesejukan.

Peluhnya menitik sedikit demi sedikit kerana risaukan akan Jungkook.

V yang duduk bersebelahan dengan Jimin cuba menenangkan Jimin.

Dia tahu Jimin ini amat menyayangkan Jungkook lebih dari dirinya sendiri.

V mengusap lembut tangan Jimin supaya Jimin tenang tetapi Jimin menepis tangannya dengan kuat.

"Jangan Sentuh!" marah Jimin kepada V.

Otaknya kini menjadi huru hara akibat Jungkook yang masih lagi belum sedarkan diri.

Selepas setengah jam, akhirnya Jimin,V dan Jungkook pun tiba di hospital.

Masuk sahaja ke dalam hospital tersebut Jimin menjerit memanggil jururawat serta doktor sekuat yang boleh.

V yang memapah Jungkook hanya berdiam diri sahaja.

Terasa malu pun ada. Sudahlah hospital itu terdapat ramai orang.

"Aigoo....dia ni wat aku malu jelah" dengus V sendirian.
Matanya mula dialih kan ke tempat lain.

Orang ramai mula memandangnya sambil berbisik.

V mula takut.

Kakinya menggeletar.
Jimin yang berada di hadapannya masih lagi terjerit-jerit memanggil jururawat dan doktor.

V sudah tidak tahan lagi akan kelakuan Jimin itu lalu dia pun menarik lengan baju Jimin dan segera menutup mulut Jimin dengan menggunakan tapak tangannya.

"Chim cuba kau senyap sikit tak boleh ke?"
soal V kepada Jimin yang sudah tidak ada tentu arah.

V menampar pipi Jimin dengan lembut.

"Wake up Man Wake up..." kata V lembut kepada Jimin.

"Tae tahu Chim risaukan Jungkook tapi janganlah buat perangai camtu. Memalukan.. Semua orang tengah pandang kita Chim."
kata V lagi.

Pipi Jimin diusap lembut.V melemparkan senyuman yang manis kepada Jimin tetapi Jimin tidak memberikan apa² reaksi.
Mukanya hanya muram sahaja.

"Tae rasa....Jungkook mati ke?" tanya Jimin kesedihan.

"Ahh?"

V amat terkejut apabila Jimin kata begitu kepadanya.
Tak mungkin Jungkook akan mati.
V mengelip matanya berkali.

"Tapi mungkin betul juga..." kata isi hati V.

Matanya terbeliak sebesar yang boleh.

Our Memory [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang