Our Memory

144 10 0
                                    

Our Memory
Ep 7

TAP TAP TAP TAP

"Nampak macam Jimin je tu.."
kata isi hati Suga sendirian.

Langkahannya makin lama makin perlahan.

Tangannya mula memegang bahu seseorang yang mungkin dikenalinya.

Orang tersebut memusingkan badannya ke belakang dan menatap wajah Suga dengan riak yang terkejut.

"Hyung?!"
ucap Jimin gembira lalu bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk Suga yang berada di hadapannya.

Suga tersenyum, dia membalas semula pelukan Jimin.

Selepas 1 minit berpelukan, Suga pun bertanya kepada Jimin.

"Jungkook mana? V mana?"
tanya Suga kerisauan.

"Jungkook dekat bilik pemeriksaan.
Um V pulak dekat bilik pesakit.
Dia jatuh pengsan"
kata Jimin pendek lalu menundukkan kepalanya kerana risau akan keadaan
Jungkook dan V.

Pandangan Suga beralih kepada Jin yang dari tadinya berdiri di belakangnya. Jin memandang ke arah Suga.

Dia mengetap bibirnya. Perasaan takutnya mula menguasai mindanya.

"Oi tak yah lah pandang hyung camtu takut lah.."
rayu Jin kepada Suga.

Mukanya ditutup dengan menggunakan tapak tangannya.

Suga yang melihat gelagat Jin hanya mengeluh. Pandangannya beralih semula ke arah Jimin yang dalam kesedihan.

Tapak tangan Suga diletakkan di atas bahu Jimin. Dia memicit-micit bahu Jimin dengan lembut.

Senyuman di muka Suga terpapar seluasnya. Mukanya begitu manis ketika dia ingin menenangkan Jimin.

Jimin hanya tersenyum melihat hyung kesayangannya itu berbuat begitu kepadanya.

"Dah dah jom duduk okay?"
soal Suga.

"Nae Suga hyung" jawab Jimin singkat lalu duduk semula ditempat menunggu.

Suga memandang Jimin. Mahu sahaja dia berkata sesuatu tetapi ketika itu otaknya begitu buntu untuk bercakap tentang apa² yang boleh membuatkan Jimin gembira.

"Ahh Ji--"

"Hyung kerja hyung dah siap ke?"
soal Jimin yang tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan kepada Suga.

"D..dah dah" kata Suga singkat.

"Um Jimin"

"Yes hyung?"

"Malam ni...Chim nak keluar ngan hyung tak?"
tanya Suga tersipu-sipu malu. Mukanya mulai merah sedikit.

Inilah kali pertamanya dia bertanyakan soalan sebegitu.

"Bo..boleh je Hyung. Takde
masalah pun.
Nak keluar pergi mana malam ni?"
soal Jimin gembira.

Our Memory [SLOW UPDATE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang