Hari pertama

13.7K 85 8
                                    

Aku iwan, hari ini adalah hari pertama aku bertugas sebagai pengawal keselamatan. Aku baru tamat latihan daripada syarikat keselamatan dan ditugaskan di sebuah sekolah pendidikan khas.
Sebaik sahaja aku bertugas di dalam sekolah ini, aku berjumpa dengan "orang lama" yang sudah lama bertugas di sekolah ini. Pegawai aku mengenalkan diri beliau kepada aku dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Rizman, katanya dia lebih suka di gelar man. Walaupun dia sudah berumur dia tetap mempunyai perangai kebudak budakan, dia suka berjenaka dan suka bercerita.

Minggu itu aku menjaga pada waktu pagi dan Rizman menjaga pada waktu malam. Beliau tinggal berdekatan dengan sekolah ini dan sering datang bercerita dengan aku, sewaktu bercerita dengannya barulah aku tahu bahawa beliau seorang bujang terlajak. Beliau tidak banyak bercerita mengapa beliau tidak berkahwin, aku turut diam dan tidak mahu bertanya lebih banyak kerana takut beliau tersinggung.

Sekolah pendidikan khas ini merupakan sekolah yang baru dibina dan rizman sendiri melihat proses pembinaannya, bermacam cerita seram diceritakan kepada aku sebelum aku bertukar syif dengannya. Katanya sebelum sekolah ini dibina kawasan ini adalah kawasan paya dan banyak orang membuang "benda keras" di kawasan ini, katanya lagi semasa pembinaan sekolah ini ada banyak pekerja kontrak di ganggu oleh makhluk halus.

Semasa beliau bercerita tentang perkara tersebut, aku tidak mengambil serius tentang apa yang diceritakannya. Dalam fikiran aku, man cuma mahu menakutkan aku. Tambahan pula gayanya yang bersahaja dan suka bergurau membuat aku langsung tidak berasa takut.

Hari mulai petang, dari jauh aku melihat susuk tubuh Rizman datang dengan beg galasnya. Akupun berkemas dan bersedia untuk pulang ke rumah, sebelum aku pulang Rizman sempat bergurau kepada aku dengan berkata "esok kau syif malam, nanti jangan lupa berkenalan dengan kawan malam kita" beliau berkata sambil tersenyum. Aku senyum kepadanya menghidupkan motor tua aku dan tidak lama kemudian akupun berlalu pergi.

Pengawal KeselamatanWhere stories live. Discover now