Aku tersedar

5.6K 57 6
                                    

Aku tersedar daripada lenaku, ternyata waktu itu telah pagi dan aku merasakan malam itu seperti mimpi aku menghabiskan rondaan.

Aku duduk sebentar dan berfikir tentang kejadian semalam, lama juga aku berfikir tentang kejadian itu. Aku kembali kepondok pengawal dengan hati yang lega, tibanya aku di pondok pengawal aku melihat ramai orang bergegas ke pejabat.

Aku mula merasa takut, persoalan bermain di minda aku. Adakah sebaik kejadian yang berlaku kepada aku semalam berlakunya kecurian di pejabat sekolah dan bermacam lagi persoalan yang ada di dalam fikiran aku.

Aku segera ke pejabat sekolah, ramai yang berada di tandas berdekatan pejabat sekolah. Aku berasa hairan, aku segera ke tempat tersebut dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat diri aku berbaring di dalam tandas itu. Aku turut melihat darah di sekitar badan aku yang terbaring, aku telah meninggal dunia. Aku terkejut dan meninggalkan kawasan tersebut, aku kembali ke pondok dan cuba ingat apa yang berlaku pada malam tersebut.

Akhirnya aku teringat aku terjatuh semasa bergegas meninggalkan tandas tersebut, dan kepala aku terhentak di bucu singki yang tajam. Aku terus berdiam diri dan mengikut van jenazah menghantar jasad aku ke hospital, sebelum aku meninggalkan sekolah aku sempat melihat di pondok pengawal dan melihat rizman duduk memerhati daripada tingkap yang kecil dan kelihatannya dia sedang tersenyum kambing sambil melihat aku. Misteripun terus menyelubungi aku. TAMAT??

P/S: Terima kasih kerana sudi membaca cerita aku yang direka-reka ini dan bersabar dengan cerita yang agak meluat..sekian..

Pengawal KeselamatanWhere stories live. Discover now