Aku terpaku melihat lelaki tua itu, dia memanggil aku dengan muka tenangnya. Bagaimana seorang yang tua boleh melihat aku yang sudah meninggal, persoalan itu bermain di minda aku sambil kaki aku melangkah terus maju menuju kearah lelaki itu.
Bila aku sampai di pondok kecil orang tua itu aku menoleh belakang dan melihat belakang aku bukan lagi hospital tetapi ladang sawah padi, dan ada air terjun di belakang pondok itu, udara di situ sungguh nyaman dan aku berasa sangat selesa berada di pondok kecil itu. Pemandangan tadi tiba tiba bertukar, aku terpersona sebentar melihat keindahan pemandangan itu.
"Duduk nak" kata orang tua itu, suara orang tua itu menyedarkan aku dari khayalan pemandangan itu tadi. Aku duduk di sebelah orang tua itu, pondok itu agak kecil menyebabkan aku terpaksa duduk berdekatan dengan orang tua itu. Orang tua itu tersenyum melihat aku, dia berkata belum masanya aku pergi meninggalkn keluarga aku. Orang tua itu kelihatan tenang dan berkata kepada aku bahawa aku akan diberikan peluang untuk hidup semula tetapi kali ini kehidupan aku akan bertukar sepenuhnya.
Orang tua itu mengajak aku mendaki air terjun di belakang pondok itu, aku hanya mengikut orang tua itu. Beliau menyuruh aku berdiri di atas batu yang berada betul betul di tengah air terjun itu, aku melihat ke bawah bahawa tidak ada sebarang batu dan takungan air begitu dalam kerana kelihatan gelap. Orang tua itu berkata kepada aku berbuat baiklah engkau dan bantulah orang yang ditindas, aku berasa hairan dengan kata kata orang tua itu.
Orang tua itu menyuruh aku berdiri di hujung batu itu dan aku hanya menurut katanya, tiba tiba orang tua itu menolak aku. Aku terjatuh dari atas air terjun itu sambil berteriak, agak lama aku berada di udara dan terkena air. Bila aku terjatuh di dalam air aku sepertinya disedut ke bawah dan aku sukar untuk bernafas kerana banyak air memasuki kedalam mulut aku, aku lemas dan terbatuk batuk.
Aku terduduk, memuntahkan air daripada badan aku dan menarik nafas lega. Apabila aku membuka mata aku melihat aku dikelilingi oleh lelaki berkopiah...
Bersambung....
Pastinya sudah tau apa kejadian watak "aku" ni kan
Apa pun tq sudi baca..
Nantikan sambungannya...