nenek dan cucu (part 2)

1.9K 66 3
                                    

Katil 6 dah tidur ke belum ?.. ada nmpak cucu nek tak ?.. nek rindukan cucu nek ..

Ali yg sedang dalam ketakutan tetap cuba untuk lelapkan matanya tapi tetap gagal. Dia terus mengendahkan suara nenek tersebut. Tiba tiba ...
Semakin lama semakin tak jelas suara nenek tersebut seakan semakin jauh nenek tersebut dari dorm mereka. Ali dengan perlahan lahan membuka selimutnya untuk melihat keadaan dormnya.

Suasana kembali seperti biasa selepas pemergian nenek tersebut. Dalam ketakutan, ali tibatiba terdengar ada suara yg samar dari dorm ke 5 seakan akan memanggil namanya dan meminta tolong. Ali yg masih dibelenggu ketakutan mengejutkan rakan sebelahnya yg berselimut.

"Weii bangun weii .. aku dgr ada suara minta tlg nii!"
"Hrmmmm.. ngantuk ar"
"Aku serius ni, cuba kau kira kita tak cukup sorg nii!"

Hafiz lantas terbangun dari tidur lepas terdengar kata kata ali itu.

Hafiz : kau biar betul !? Sape yg takde?
ali : tuh lah aku hairan ni, kita kan tujuh org mula mula, tapi skrg dah enam org. Maksudnya salah sorang dari kita dah hilang. Samada tersalah masuk bilik atau nenek tadi dah bawa pergi cari cucu dia.
Hafiz: kau merepek mende ah ! Manada nenek tiba tiba ni . Kau mimpi je kot..
Ali: aku serius ni gile ...

Tiba tiba satu suara yang tidak jauh dari situ kedengaran...

Tolongggggg ... aku takut .... tolong ...

Suara tersebut samar kedengaran dan kurang jelas.

Ali, hafiz dan sorang lagi kawannya terdengar suara tersebut. Mereka pandang sesama sendiri . Ketakutan masih menyelubungi diri masing masing .

Ali: apa kita nak buat ni? Mungkin itu suara faiz kot.
Hafiz: hrmmm boleh jadi jugak, korang dua pergi cari dia, aku tunggu sini jaga bilik okay ?
Ali dan amir: okay !.

Amir yg tadi dalam keadaan berselimut kini bangun lantas capai lampu picitnya dalam stor dan bagi ali untuk misi mencari kawannya faiz yang hilang tersalah masuk bilik ketika hujan lebat tadi.

Ali bergerak dihadapan dengan berbekalkan lampu picit di tangan diikuti amir dibelakang. Kawasan asrama tersebut gelap gelita dan hanya diterangi oleh cahaya bulan. Lampu picitnya sikut sebanyak membantu jugak. Kakinya semakin bergetar sebaik sahaja melangkah keluar dari dormnya itu.

Mereka berdua terus 'check' setiap dorm. Tapi setibanya dihapan dorm ke 4, dia seakan akan merasakan ada sesuatu yang kurang selesa dibelakangnya.ali terus menoleh kebelakang tapi tiada apa apa melainkan amir yg sedang tunduk pandang ke lantai. Tapi ali tidak ambil kisah mungkin amir sedang takut sebab tidak biasa dalam situasi tersebut. tanpa melengahkan masa, mereka berdua terus masuk ke dorm tersebut dan terkejut melihat tubuh faiz kaku melihat keluar tingkap . Mereka terus mendapatkan faiz..

Ali: kau okay ke ni?
Faiz: errr.. errrrr.... akuu.. oka.. okayyy.. *sambil tangannya menunjukkan kearah luar tingkap iaitu ke arah court futsal.
Ali terkejut melihat sekumpulan askar jepun tanpa kepala sedang berkawad formasi...

-bersambung..

ASRAMAWhere stories live. Discover now