PROMOTE !!!

1.6K 55 5
                                    

Selain HILANG, ada juga kawan-kawan sekelas aku yang buat novel menggunakan watak budak-budak kelas kami. Contohnya...

1. Class Fantasia : SIDE DATA (oleh ResonatingIzzy)

Cerita yang berbahasa Inggeris ini mengisahkan sebuah kelas (of course, 5 Sains 1) yang terperangkap dalam sebuah game. Dari kaca mata watak utama, Izzy, dia mengalami konfliknya tersendiri dalam menyelesaikan misi permainan dan menyelamatkan rakan-rakannya. Best novel ni, sebab mesti ada antara kita yang  teringin nak masuk dalam game, bukan? Hehehe. Cerita ni best  kerana ada banyak unsur saspen dan adventure. Bagi sesiapa yang suka akan unsur romantik atau ship bagai, jangan risau. Cerita ini masih sesuai untuk anda. Hoho.
P.S. ~ Raja = Izzy, Fithri = Fifi

2. A Future To Remember (oleh HanieWu)

Ingat lagi Hani, yang berkawan baik dengan Azim dalam Hilang? Hani inilah penulis novel ni! Cerita ini pula berkisar tentang tujuh orang wanita muda yang masih baharu atau sedang dalam zaman kerjaya mereka. Setiap daripada mereka mempunyai berita gembira dan halangan bagi mereka untuk mencapai kejayaan. Tak seperti Hilang dan Class Fantasia : SIDE DATA, novel ini tidak menceritakan kisah budak-budak kelas. Lebih kepada cerita orang dewasa biasa sebenarnya. Sengaja aku promote dekat sini. Ahahahah. Terus terang, aku dan kawan-kawan baik aku membentuk satu kumpulan yang dinamakan "Gays" di sekolah, dan salah seorang daripada kami ingin menulis cerita fasal kami sendiri ketika sudah dewasa. Lebih kurang macam tulah. Dan novel ini menggunakan nama rekaan untuk menggantikan nama-nama sebenar kami (cuma nama aku kekal 'Fifi'). Cerita ini best kerana ada unsur fanfiction dan anime. Serta...~ Novel ini menyeronokkan apabila si penulis menggunakan sebuah aplikasi untuk membuat imej avatari setiap watak - menggunakan wajah-wajah artis K-pop! Aku (Fifi) guna muka Dara [2NE1]. Hani (Stephanie) guna muka Wendy [Red Velvet] , manakala Raja (Izzy) pula guna muka N [VIXX].

3. Apa Cerita Ni? (oleh RachelBayboomer)

Ha, ini lagi satu. Adventure juga. Namun watak-watak cerita yang ini bukan saja warga 5 Sains 1, malah turut 'dibintangi' oleh budak-budak kelas sebelah, iaitu 5 Sains 2. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa dia tambah watak budak kelas sebelah. Mungkin sebab boyfriend si penulis berada di kelas sebelah? :3 Nama sebenar penulis dirahsiakan atas sebab tertentu - melainkan atas izin penulis tu sendiri. Hahaha. Oh ya. Penulis novel ni juga merupakan salah seorang ahli "Gays".

HilangWhere stories live. Discover now