Mereka berempat hanya terus senyap di dalam bilik tidak bertingkap itu. Lemas juga, sehingga kurangnya oksigen dalam bilik itu membuatkan mereka rasa mengantuk.
Atau mungkin saja atas sebab hari sudah malam? Atau kerana mereka sudah letih menangis meraung? Tiada siapa tahu.
Mereka terus menyepi, mengikut arahan melalui nota kecil yang mereka jumpa tadi. Hati tidak berharap tinggi kerana masih keliru, namun jauh di lubuk dalam, mereka percaya Irdina cuba menyelamatkan mereka.
Keempat-empat remaja itu hampir saja tertidur apabila bunyi pintu terbuka mengejutkan mereka.
Ada dua orang yang berpakaian Hazmat, memegang empat pasang gari. Hani, Izzah, Azim dan Hafiz kembali panik dan cuba menjauhkan diri, namun dengan bantuan tentera pengawal pintu, empat orang remaja itu akhirnya ditangkap dan digari.
Hani dan Izzah mula terjerit-jerit, meminta untuk dilepaskan. Tetapi, orang-orang Hazmat itu meletakkan jari telunjuknya pada topeng mukanya, tanda dia menyuruh mereka berdua senyap. Dengan segera, orang itu membawa keluar keempat-empat remaja klon itu dari bilik tersebut dan dibawanya mereka menuju ke sebuah lagi bilik. Satu-satunya bilik tidak berpengawal.
Mereka memasuki bilik itu. Bilik itu tidaklah menyerupai tempat penyeksaan atau bilik bedah. Ia cuma sebuah bilik biasa, yang mempunyai sebuah katil, peti sejuk, sofa dan bilik air.
Dua orang tadi membuka topeng dan pakaian Hazmatnya.
"Kejutan~!"
"Irdina! Diyana!!"
Diyana dipeluk Hani dan Izzah di kiri dan kanannya. Irdina?
"Tiada siapa nak peluk akukah?"
"Kami masih takut dengan kau lagi..." gelak Hafiz, terasa sedikit janggal.
Irdina dan Diyana tertawa geli hati. Hani dan Izzah juga begitu.
"Irdina berlakon sebagai perisik juga, seperti aku," Diyana menepuk-nepuk bahu Irdina yang tersenyum kambing, "aku pun tertipu tadi, tahu!"
"Bukankah kau dah mati, Diyana? Irdina inject racun ke dalam badan kau dan dia patahkan leher kau tadi!!"
"Itu cuma air kosong," Irdina menjelaskan kepada rakan-rakannya, "dan aku bukannya patahkan leher Diyana. Itu cara untuk buat seseorang tidak bernafas dan terus pengsan buat sementara waktu. Jadi Diyana akan sedar selepas beberapa minit. "
Yang mendengar tadi, melopong sagu. Termasuklah Diyana. Patutlah dia sudah tidak sedar ketika dia berada di bilik bedah. Sedar-sedar saja, dia sudah berada di bilik mayat yang sejuk gila itu.
"Macam mana kau tahu buat tu?"
"Movie!"
Meletus lagi tawa mereka. Yalah kan, takkanlah Irdina yang asyik fikirkan tentang makanan saja dan mempunyai hobi menonton wayang, boleh berubah menjadi jahat sekelip mata?
"Ini bilik apa, Irdina?"
"Bilik aku--"
"Bagus! Aku nak pinjam tandas kau, ya??"
Secepat kilat Azim masuk ke tandas. Pintunya juga dihentam kuat.
Rakan-rakannya yang melihat kerenah Azim tertawa besar lagi. Maklumlah, pelan mereka sebelum ini tidak berjaya, jadi Azim tidak berpeluang hendak ke tandas.
"Kenapa kau bawa kami ke bilik kau?" Hani bertanya.
"Bilik ini saja bilik terdekat yang tidak mempunyai pengawal pintu dan kamera CCTV. Jadi kita takkan diperhati oleh sesiapa."
YOU ARE READING
Hilang
PertualanganSPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun ra...